Lewat gawat , apa nak buat

Baca berita di Kosmo buat saya sesak nafas.

Lebih 3000 orang beratur untuk ditemu duga bagi mengisi 150 kerja kosong di Zoo Twycross, Britain

Lebih 3000 orang beratur untuk ditemu duga bagi mengisi 150 kerja kosong

Lebih 3,000 beratur panjang untuk ‘merebut’ hanya 150 kerja kosong menyebabkan berlaku kesesakan jalan raya sejauh lapan kilometer.

Kebanyakan jawatan kosong itu merupakan jawatan rendah seperti penjual barangan cenderamata, pembantu makanan dan minuman, tukang masak, pembantu runcit dan tukang cuci selain renjer.

Inilah keadaan yang akan berlaku akibat krisis kewangan global . Bersediakah kita?


Kegawatan ekonomi tidak sepatutnya dipandang secara akademik – fakta dan angka sematamata tetapi harus dirasakan dengan ketajaman rasa kemanusiaan .

Saya pernah membaca satu rencana yang mengesorkan kita membina kembali ekonomi dengan prinsip-prinsip berikut :Β  Baca artikel lengkap di Sini

Kasb al-halal – berusaha mencari yang halal dan bersih, mendapatkan habuan yang memang menjadi haknya bukan menerusi rasuah, kolusi, nepotisme, penipuan, penyalahgunaan kuasa dan seumpamanya.

Infaq secara shar’iy – membelanjakan harta menurut aturan agama.

Pembudayaan gaya hidup sederhana dan pembenterasan amalan pembaziran – Dalam kaitan ini gaya hidup bermewah-mewah harus dihentikan kerana ia adalah sejenis pembaziran dan penyalahgunaan nikmat. Gaya hidup bermewah-mewah itulah yang menjadi punca amalan rasuah. Untuk memenuhi tuntutan biaya gaya hidup mewah yang seringkali di luar kemampuan itulah timbulnya dorongan melakukan pelbagai kecurangan seperti rasuah, pecah amanah, penyalahgunaan kuasa, penipuan dan seumpamanya.

Hentikan budaya berhutang – Menghayati doa, “Ya Tuhan, aku berlindung kepadaMu… daripada beban hutang (ghalabat al dayn) dan daripada dikuasai orang (qahr al-rijal).

Tentu ada sebabnya mengapa kalimat “beban hutang” itu berurutan dengan ungkapan “penguasaan orang”. Itulah sebenarnya yang sedang kita alami ketika ini. Akibat beban hutang yang tak tertanggung, kita terjerumus dalam dominasi kuasa-kuasa ekonomi dunia.

Penyuburan etos kerja Islam – Termasuk semangat kerja kuat dengan iltizam yang kuat terhadap segala nilai-nilai, etik dan moraliti keagamaan.

Antara nilai-nilai teras pembangunan ekonomi yang harus ditekankan ialah nilai syukur dalam erti menghargai nikmat dan menggunakannya menurut cara yang dikehendaki oleh Penganugerahnya (Allah s.w.t.). Sesuai dengan nilai tersebut segala sumber ekonomi (sebagai nikmat Tuhan) harus dimanfaatkan sepenuhnya.

Dalam kaitan ini langkah-langkah nyata harus segera diambil untuk mempastikan tidak akan ada lagi apa yang disebut “tanah terbiar”. Membiarkan tanah, tanpa diusahakan secara produktif bererti tidak mensyukuri nikmat.

*Pengertian Etos Kerja – Etos kerja ialah suatu sikap jiwa seseorang untuk melaksanakan suatu pekerjaan dengan perhatian yang penuh. Maka pekerjaaan itu akan terlaksana dengan sempurna walaupun banyak kendala yang harus diatasi, baik karena motivasi kebutuhan atau karena tanggungjawab yang tinggi.

Β©Kujie – Message untuk Kruel74 ” Sometimes I can’t access your blog. I got a message 403 Forbidden – Blocked by URL Filter – telling me I had no permission to access. Mungkin sebab saya on Internet filtering and parental control software supaya dapat monitor apa anakΒ² saya can see or do on the internet. Blog awak tu sesuai untuk orang dewasa saja sedangkan saya ni masih bawah umur….:mrgreen:

  1. OD pun tunggu dipanggil untuk kerja tapi macam biasa, kita diketepikan oleh orang sini sebab dia orang nak bagi orang dia orang dulu kerja… sian, kan?

    ODs last blog post..Peningku Sudah Hilang… He he he…

  2. mama.
    sgt terkesan ekonomi kali ni.
    dulu time tahun 98,yonna baru darjah 6,
    soo mmg tak rase ape lgsg bile gawat.
    bile time skang ni..
    ishh tgk kawan2 susah nk dpt keje..
    even nk keje kat fast food pon mmg susah nk dpt.

    ni pun yonna sgt2 bersyukur dpt gak kontrak 6 bulan.
    untung2 boleh sambung lg ke,mane tau kan?
    haih..

    dijangka pulih 2010,tp ye ke?
    kesian tgk diorg2 yang kene buang kerja.
    lagi2 mak ayah tu.
    yg nk cr sesuap nasik.
    kalau org muda takpe gak sebab diorg still byk lg peluang..

    πŸ™
    haihh

    yonnas last blog post..Live From Putrajaya :p

    • eemmm…makin kita dewasa, makin kita memahami kehidupan…

      dah matang rupanya anak mama ni…

      syukur ye skrg ni yonna dah dpt kerja
      teringat lagi masa kita marathon kat penang dgn bas old skool tu..

      dok ckapa..tak dapat bayangkan mcm mana yonna kerja..hehehehe

    • tapi tentu ada saudara mara terdekat atau kwan2 yg agak tergugat dengan musibah ini

      tadi kawan baru call…kompeni dia pun dah bagi warning…tu kompeni besar tu

  3. Kat Nilai ni dah mula terasa himpitan tuh kak jie… banyak kilang yg bagi notis cuti paksa-rela. Iza pun seriau jugak, tapi nasib baik lah setakat ni kilang Iza masih ok dan Iza pon takdak beban hutang…kalaujadi apa2 balik kampung berkebun ja lah. Ohh satu2nya hutang ialah hutang dengan yyasan kedah (study loan) dan hutang ngan yg “Kat Ataih” kot 😳 πŸ™

  4. Kat Malaysia Pun Apa Kurangnya..Dah Banyak Kena Buang Kerja..

    mrozaidis last blog post..Politik Sekarang?!

    • berserah pada Allah..kadang berfikir juga
      kita tak salah pun kena juga…kalau Allah nak turunkan bala..tak terpilih2
      semua kena

  5. jgn risau… Pak Lah kata ekonomi negara kita masih KUKUH… tu yg berpuluh2 ribu pekerja kena buang… sbb KUKUH sangat… πŸ‘Ώ

    • hehehe..tu ckp politik…susah nk percaya
      mcm kisah serigala dgn budak..
      tipu sekali….kali ke 2 jgn harap org nk percaya lagi

  6. tiap2 tahun ramai graduan baru yang memburu kerja..malangnya tempat pula terhad.. so kita kene pandai cari jalan alternatif,cari peluang berniaga dan gunakan semua kemahiran yang ada..
    di samping tu berjimat cermat dan elakkan berhutang.. insyaAllah tak terasa begitu terhimpit dgn situasi tak menentu ni..

    nadinezuharras last blog post..:: Anak kecil fikirannya suci..

    • kena jadi graduan yg berqualiti, moga apa yg dipelajari dijadikan panduan utk membuka akal dan fikiran .

      hidup kak jie mcm ni je dulu…time senang pn mcm ni -sbb tak pernah pula berlebihan, time susah pun mcm ni…sentiasa beringat2

      dan lagi…………..bertani..berbakti dgn tanah, insayaallah….

  7. Salam rindu…..K.jie

    Bersyukur dgn setiap nikmat pemberian-Nya

    muins last blog post..S-I-T-U-A-S-I

  8. Rezeki di tangan Allah SWT…..

    Kita teruskan usaha, dan tawakal …..

    insyallah adalah rezeki, kerana Alalh SWT berfirman, “tidak sekali-kali kami membiarkan orang-orang beriman bersendirian dalam menghadapi kesukaran, kecuali kami datangkan ia sebagai ujian – untuk keimanan mereka”

    Hutang memang membebankan…kerana hutan manusia dikuasai dan menjadi hamba hutang!

    huhuhu

    maza pun banyak hutang!
    uwakkkkkkk

    takut tanah tak terima coz hutang mesti dijelaskan – psst bukan hutan duit jerk, hutang solat, hutang puasa, hutang haji, hutang nasi lemak pak amir RM0.20 pun sama gak!

    uwakkkkk

    mazas last blog post..Terang Hati

    • Ia, bergantunglah pada Allah disamping berusaha
      bumi ini luas….di tutup satu pintu, pasti ada pintu lain yg boleh kita terokai
      mgkn ini cabaran utk kita memperbagaikan kemahiran

      huhuhuhu………

  9. Itu sebabnya sistem kewangan Islam yang sedang dibangunkan pelbagai negara Islam perlu ditekankan lebih lagi tetapi di Malaysia ramai juga yang menyoal ke’Islaman’ sistem itu. Saya terlibat secara tak langsung tapi saya rasa yang penting ada cubaan.

    p/s – Blog ‘As Good As It Gets’ saya tu memang kureng sikit dari segi bahasa nya sebab cerita org2 dewasa yang telah berumahtangga. Kalau yang ‘Legal Cat-asthrophe’ tu sepatutnya ok untuk semua. Harap masih melawat mana yang boleh… Thanks…

    kruel74s last blog post..Being vocal

  10. Hmm…….anak2 kita masih di peringkat belajar… Tak tahulah macam mana situasi akan datang, ye… Yang sulong tu beria2 nak ambil kursus bahasa mandarin…senang nak cari kerja katanya…mungkin gak, muka dia pun macam cina je… πŸ˜†

    Ties last blog post..Tidak KUPINTA

    • tak perlu risau tie, kalau masing2 ada kemahiran menggunakan segala yg dicipta Allah dimukabumi ini mengikut kehendakNya…Insyaallah…boleh.

      anak2 sy semua sekolah jenis kebangsaan (c)

      tapi itulah….sebenarnya bkn bahasa, yg penting semangat dan rajin mcm orang cina.

    • Salam Abang Long

      Al-Qur’an menyebut bahawa segala musibah yang menimpa adalah akibat tingkah dan olah manusia sendiri,(alShura: 30)