Liverpool Menang Tanpa Torres

Sebelum bertolak ke Hentian Duta hantar Angah balik ke asrama, dia pesan

” mama , nanti result game Liverpool vs Chelsea, sms Angah ye”

Sebelum Along balik ke kolej malam tadi saya berpesan

” nanti SMS mama result Chelsea vs Liverpool ye “

” Twitterkan ada……..”

“Esok dah start sekolah, mama nak tidur awal….”

Canggih betul, anak suruh mak dapatkan result terkini melalui Twitter sedangkan dia pun tak ada akaun Twitter tapi dia tahu mama dia ni ‘kaki gebang twitter’.:lol:

Daripada tunggu result kat Twitter, baik terus on TV…. tapi mana best nak tengok bola sorang² – dulu² bolehlah berkumpul anak beranak tengok bola.

Tepat 01:58:02am, dapat SMS dari Along ” Liverpool menang dah, 1-0 Meireles score “

Saya foward SMS kepada Angah di Kedah dan suami di Algeria.

“Bravo, tanpa Tores pun boleh “ SMS balasan.

Tahun 2006 – anak² dah bantu suami kerja² ukur.

Anak dan suami saya berYM tak pernah tak lepas dari cerita bola dan berkongsi rasa sedih ditinggalkan Fernando Torres

Minggu kegembiraan berganda sekeluarga dengan kekalahan Manchester United hari sebelumnya… hero kalah dululah kunun-kununnya…. macam filem hindustan.

korang tau dak…macam mana rasanya duduk dengan The Blues?

©kujie – apa khabar orang Bukit Mahkota – malam tadi tidur mengingau ke?

Published by

Kujie

Pemilik tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang kerosakkan atau kehilangan yang dialami disebabkan oleh penggunaan maklumat di dalam laman ini. Jika anda memerlukan perkhidmatan nasihat yang khusus, sila dapatkan pakar bertauliah dan berpengetahuan di dalam bidang berkenaan. Untuk biodata penuh boleh lihat di Biodata Kujie

16 thoughts on “Liverpool Menang Tanpa Torres”

Comments are closed.