Hidup Biar Sedap Kisah hidup yang terlalu indah untuk dibiar tanpa erti…
  • Biodata
  • Blog Tutorial
  • Kenangan Lalu
  • Tanya Kujie
    • Hubungi Kujie
    • Pengiklanan
    • Review & Advertorial Posts
  • Teman Tapi Mesra
  • Wajib Baca
Search
Kategori: Isu Semasa | 16 November 2008 |
Luahan rasa Pengkid
Selepas Majlis Fatwa Kebangsaan memutuskan pengkid itu haram saya baca di Harian Metro mengenai luahan rasa seorang pengkid.

pengkid Luahan rasa Pengkid

- gambar google images

Dia menyuarakan ketidakpuasan hati terhadap pihak media yang selalu menyiarkan isu pengkid untuk tatapan semua pembaca. Dia mendakwa pengkid wujud kerana sikap lelaki juga selepas dikecewakan berkali-kali daripada segi zahir dan batin oleh lelaki.

Saya tidak bersetuju kalau jantina dilabelkan sebagai tidak setia atau sebaliknya kerana bagi saya kesetiaan, baik , bertanggungjawap bukan hak milik satu-satu jantina.  Semua sikap baik atau buruk adalah diri sendiri tak kira dia lelaki atau perempuan.


Dia berharap jangan dipaksa mereka berubah kerana jika berkahwin pun mereka bakal menyiksa si lelaki yang menjadi suami mereka dan kerana itu dia mendakwa mereka boleh dikatakan menyelamatkan institusi keluarga . Ada seorang rakannya yang ingin berubah dan berkahwin tapi akhirnya rumah tangga mereka musnah kerana hati dan nalurinya bukan untuk lelaki.

Antara luahan hati seorang pengkid ini yang membuatkan saya terkedu patlima minit.

Ada hikmah mengapa Tuhan mencipta makhluk seperti kami. Kami adalah petanda dunia sudah hampir kiamat. Kami peringatan untuk manusia lain beringat-ingat. Kami bukan ingin dibelenggu dosa. Satu hari kelak Allah akan memberi hidayah dan kami akan terima dengan hati terbuka.

Ungkapan ini seolah-oleh membawa maksud dia rela berkorban kepada kita supaya kita beringat-ingat. Ungkapan ini seperti ” kubur aku aku punya pasallah…” Salah…ungkapan dan anggapan ini salah kerana dalam al-Quran jika dalam satu masyarakat berleluasa melakukan kegiatan yang dilarang Allah, bala ini bukan sekadar ke atas mereka yang ingkar tetapi kepada semua manusia di kawasan itu.  Contohnya taufan, tsunami dan bencana alam.

Biar apa keadaan atau kesusahan sekalipun seseorang Islam itu tidak boleh menjadikannya alasan untuk menghalalkan apa yang diharamkan Allah. Faktor seperti kemiskinan, desakan hidup, terpaksa dan naluri semula jadi, itu semua tidak boleh dijadikan alasan.

Saya pernah terserempak dengan makhluk ini. Dalam komuter bersesak-sesak macam belangkas. Saya bertekad kalau dalam masa 5 minit lagi mereka masih berpeluk berbisik meroyan depan saya, saya akan tegur. Nasib baik sampai saja stesen seterusnya, mereka turun.

Pemilik tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang kerosakkan atau kehilangan yang dialami disebabkan oleh penggunaan maklumat di dalam laman ini. Jika anda memerlukan perkhidmatan nasihat yang khusus (contohnya, perubatan, perundangan dan sebagainya yang berisiko) sila dapatkan pakar bertauliah dan berpengetahuan di dalam bidang berkenaan.
 Luahan rasa Pengkid
Kujie
View all posts by Kujie
Kujies website

No related posts.

Sup tulang »

70 Berkongsi Rasa!

  • Pemenangnya adalah… | Hidup Biar Sedap says:
    12/03/2009 at 6:20 pm

    [...] 573 komen pernah saya delete. Banyak tuuuu….. Kebanyakkan komen yang saya delete dari entri Luahan Pengkid kerana yang datang itu hanya menegakkan benang yang basah dan mencari salah orang lain atas [...]

  • Sesejuk embun yang menitis | Hidup Biar Sedap says:
    12/01/2009 at 12:56 pm

    [...] Luahan Rasa Pengkid saya kunci ruang komen kerana semakin kerap yang datang hanya untuk menegakkan benang yang basah. [...]

  • Yentz3687 says:
    27/12/2008 at 9:44 pm

    :grin: niwayz…Human is not perfect…
    Allah Maha mengetahui… :wink:

  • insan memahami says:
    20/12/2008 at 2:50 pm

    :cool: mmmmm………. bila sy membaca ruangan ini, ingin saya kongsikan ape yang telah terjadi pd sy. sy tidak menafikan yg menjalin hubungan sejenis adalah haram disisi agama. tetapi apa yang berlaku kadang2 diluar jangkaan kita… saya faham ape yg mereka rasai.

  • isandra_ice says:
    18/12/2008 at 2:33 am

    :cool: askum and hi to u all..sekadar meluahkan sedikit pendapat dan berkongsi..kenapa perlu di bangkitkan isu pengkid yang rasanya tidak menjadi masalah besar jkepada negara..diaorng bukan terlibat dengan rompakan..pelacuran..black metaL OR WATEVER YANG BLH MENDATANGKAN MASALAH BESAR..bagaimana pula dgn gay,nyah,pelacur,dadah, yang perlu lebih perhatiAN..angka peningkatan kes-kes sosial begini makin meningkat dari thn ke thn..belum punya penyelesaian..???

  • miss lola says:
    17/12/2008 at 9:31 am

    hm..terbace topik ni rase nak komen lak..
    yg menghairankan..skrg ni makin byk pulak kisah2 pengkid ini…yg terbaru sy terbace paper smlm kisah pengkid, penulis khatijah mohammad nor berkata “gejala pengkid ini yg semakin menular dalam kalangan remaja boleh manjejaskan keamanan dan kesejahteraan negara” fuhh!
    saye bukan nak memihak kepada mana2 pihak tp..bukan gejala pengkid ini je yg perlu di ambil perhatian..
    saye rase..gejala merompak, merogol adalah lebih kearah menjejaskan keamanan negara…
    selain pengkid ini, isu gay..gigolo..takde pulak yg nak dijadikan isu..padalah dorang berada dalam kotak kehidupan yang sama..tak perlulah hanya menuding jari kepada pengkid aje..

    peace..no war!

  • Buat apa kau sibuk, kubur masing-masing | Hidup Biar Sedap says:
    11/12/2008 at 11:38 am

    [...] Update ringkas ini saya nak balas komen seseorang merujuk pada posting saya di sini [...]

  • fas says:
    10/12/2008 at 8:08 am

    :mrgreen: laki2 pun byk jd pompuan :smile: :lol: :eek:

  • yayah says:
    09/12/2008 at 11:18 pm

    :?: dowang jadi pengkid pown ade sbab..sbab lelaki tak gune..so dowang pown jdi laki2..lagi 1 sbab llki tak fham msalah pompuan..,,2 yang jdi penkz..kan3x?? bab sye byk kwn ngn owg2 cam nieyh..tpi,,mcn trjebaklah plak..uhuhu..

  • AnonymousPerson says:
    09/12/2008 at 1:25 am

    Bagi saya,alasan mengaitkan lelaki adalah penyebab utama mengapa masalah Pengkid ini berleluasa adalah tidak tepat…Manusia tidak boleh berputus asa mencari kebahagiaan,dan kebahagiaan itu akan tiba jua dengan kehendak-nya…bukan dengan cara songsang yang dilaknati Allah…

  • laling says:
    05/12/2008 at 9:50 pm

    Menarik entry Kak Jie nih.

    Tulah penat dengan isu pengkid nih sampai komen2 kat atas nih ramai yang tak jelas apa itu pengkid. Sebenarnya ia mudah di explain kalau ada 3gp video nyer menerangkan secara panjang lebar santai dan mudah faham terutama video diorang melakukan hubungan sex terlarang. :evil:

    lalings last blog post..Toilet Office CCTV

  • SweetAnGeL says:
    03/12/2008 at 4:01 pm

    hello all…
    sy ada la pngalaman berkawan ng pgkid, n still now.juz fren.sbnrnyer, msyrkt xblh la nk salah kn dorg 100%.bile bnde ni dh jadi isu, jd mcm satu big problm plk, sdgkan kite tgk la jgk.ape sbnrnye punca dorg jd cmtu, kaji dari byk aspek, then baru blh cari jln pnyelesaian. cube dekati dorg, ng cara yg lembut..

  • monalisa says:
    03/12/2008 at 1:41 pm

    salam
    sy pun pada awalnya keluar isu pengkid ni sy macm agak terkejut kerana ada y membantah dan tak puas hati.
    sy rasa macam diaorang dahlah buat benda yang salah tapi masih nak menegakkan benang yang basah.
    saya rasa macam tak patut dan saya baca luahan pengkid dalam metro
    memang agak terkejut dengan kata-kata yang ditulis.
    tak lama kemudian sy telah berkenalan dengan pengkid.
    first sy xtau.
    then dia honest dengan saya
    sy agak terkejut.
    tp bila dan kawan dengan dia sy rasa dia ok.
    sy tanya kenapa dia jd mcm tu..
    macam2 y dia ckp.
    dan sy ingin cuba untuk membetulkan dia menjadi seorang perempuan y normal dan sy doakan dia akan dapat lelaki y betul-betul baik sebab walaupun dia seorang pengkid tapi dia baik.mudah2n Allah akan membuka pintu hati dia.

  • EsEMPOI.com says:
    21/11/2008 at 4:57 pm

    pengkid ni biasenye stat zaman skolah….bile kat U lagi la menjadi-jadi….

    bukan tak nak faham…tapi cube diorang jangan buat benda terlarang, rasenye ok je kot

  • zool says:
    19/11/2008 at 11:29 pm

    Tu le.. Yang NGO plak buat demonstrasi..
    Diorang tak paham.. Pengkid akan merosakkan institusi keluarga..
    Mereka tidak berminat dengan lelaki .. Jadi apa citer…

    zools last blog post..Anak = haiwan ?

  • intan says:
    18/11/2008 at 11:17 am

    Harap2 mereka yg terlibat kembali ke jalan yg benar. Pengkid satu hal, maknyah pun satu hal lagi.

    Dunia akhir zaman. Kita cuma mampu doakan yg baik2 je.

    intans last blog post..Kisah Jumaat Yang Lalu

  • adek says:
    18/11/2008 at 8:25 am

    thanks kujie for ur support..hmm mana tau satu hari nnt klu adek kawin..he.he.doakan eh..amin

  • chokilala says:
    17/11/2008 at 11:12 pm

    eii.. tak selera tgk pengkid. nak2 pengkid yang bermuka buruk. nak kata dia hensem kalau dah jadik pengkid tu, tak la hensem pun

    ala, bercinta sampai ke mana pun. bkn leh kawen, bkn leh dpt anak. nanti takde anak nak doakan dia. huhu

    chokilalas last blog post..Aksi gedik Yubiyu!

  • Zubli Zainordin says:
    17/11/2008 at 8:26 pm

    Ya, betul Kujie.

    Mujur Lah I manyak X daripada manyak jugak Lah Y.

    Macam miss 10 poin jer.

    Syukur…

  • cikgu panji says:
    17/11/2008 at 7:53 pm

    na’uzubillah min dzalik.
    mintak dijauhkan dari anak cucu cicit kita.

    cikgu panjis last blog post..Tahniah

  • adek says:
    17/11/2008 at 3:53 pm

    nothing much to say..biarlaa allah maha mengetahui..lebih baik mntk petunjuk dari nya..yelaa kata2 org ada yg mbantu ada yg mjatuhkan..susah

    • Kujie says:
      17/11/2008 at 5:56 pm

      @adek, jaga diri ye adek…

  • callister says:
    17/11/2008 at 3:49 pm

    mcm dah terpesong jauh je budak 2… :roll:
    nak kata mangsa keadaan pun xleh gak sb derang yang memilih jalan 2..susah nak ckp sb kita xrasa ape yang derang rasa..
    tapi ape pun yang penting kita leh bezakan antara yang benar dan yang salah… :wink:

    callisters last blog post..Skeleton in my closet

  • megat says:
    17/11/2008 at 2:15 pm

    perlu disebarkan lagi perkara macam ni. kalau tidak makin teruk musibah yang bakal melanda.

    haram tetap haram! apatah lagi disisi agama kita. masya allah apa dah jadi.

    megats last blog post..Semakin Tenang, Keluar Dari Rumah Dan Berpindah

  • adek says:
    17/11/2008 at 12:51 pm

    sy mmg sokong fatwa keluarkan haram utk pengkid..cuma sy sakit hati kenapa budak2 pengkid nie melawan takdir..sy mmg pengkid sy bkn nk buruk kan pengkid2 lain..cuma sy tkena tempias skali..bile keluar org ckp kita sama jek..susah tau x..tekanan yg tlalu myeksa sy..bila sy ckp org ckp sendiri yg cr masalah..susah laa nk ckp org xkan phm..

    • Kujie says:
      17/11/2008 at 2:16 pm

      @adek, kes pengkid ni dah lama ada, zaman saya tinggal di asrama lewat tahun 80′an dah ada. Ianya berlaku secara senyap dan tertutup. Tetapi sekarang mereka terlalu berani berpeluk sesama jenis di tempat awam. Kalau itu adalah naluri semulajadi , perasaan peribadi tersendiri tetapi rasanya mereka wajar menghormati orang lain di tempat awam. Buat salah satu hal tapi dengan bangganya menunjuk-nunjuk adalah juga satu hal.

  • kruel74 says:
    17/11/2008 at 12:25 pm

    :evil: Di Afrika ada sejenis binatang nama lemming, dia ikut lemming depan kalau yang depan masuk lombong, dia pun terjun sekali. Dulu ada video game dia saya suka main, zaman 1990an dulu. Camtu lah manusia…

    postscript – ada kawan saya kawin dengan girlfriend pengkid. Dah beranak 3 dah. Lawa lah pulak tu (gf pengkid memang selalu lawa2). Masa bercinta hebat gak cabaran tu

    post-postscript – I suspect but I never asked, my wife was one, long time ago, when she wasn’t mine. And I let it be…

  • adek says:
    17/11/2008 at 11:36 am

    itulaa susah nyer org zaman skrg..bkn mbantu mjatuhkan lagi ada..x guna ckp bnyk aik jaga jek diri sendiri..anyway thanks..

    • Kujie says:
      17/11/2008 at 12:14 pm

      @adek, saya tidak boleh terima jika apa2 pun mesti nak salahkan orang… rasanya tiada sesiapa di sini yang ingin menjatuhkan sesiapa jika kita boleh terima dengan hati yang terbuka.

      Jarang orang dalam tekanan boleh menerima pandangan orang lain dengan hati yang terbuka. Kadang² dia bertegas dengan prinsipnya walaupun ternyata salah. Masalah tidak akan selesai jika kita dijadikan sasaran meluahkan perasaan bukan menantikan jawapan.

      Kalau jawapan atau pandangan kita dihujahi kembali dengan pelbagai hal bela diri untuk tetap mengatakan diri sendiri sahaja yang betul, bagaimanakah penyelesaian dapat dicari.

  • mz says:
    17/11/2008 at 11:32 am

    apa nak buat …
    yg besh nya .. kaum lelaki di persalahkan :) ) ahakz

  • en_me says:
    17/11/2008 at 11:06 am

    gittewww larrr fulakkks..

  • yonna says:
    17/11/2008 at 10:32 am

    dulu time skolah ramai kawan2 yonna pengkid. (skolah pompuan je pun),
    yonna pun pelik.ape diorang nak sebenarnya? setakat bercouple dengan jantina sesama sendiri,konon2 selalu dengar diorg ckp mcm ni

    “ala,pompuan dengan pompuan.kalau buat pun bukan boleh pregnant”

    ni byk ayat la yg yonna dengar tapi bukan semua pengkid ckp mcm ni.

    kebanyakan mereka ckp mereka tertekan dengan family (rujuk pada posting adek kt atas ni),persekitaran,kecewa dengan lelaki..

    ok.yonna fhm kenapa mereka ni terjebak dengan pengkid.mereka sure lah tertekan. tapi,berapa lagi lama masa yang mereka perlukan.kebanyakan mereka terjebak dlm pengkid ni since skolah menengah takpun dr kecik,sampai skang ni dah 20-30 lebih dah umor diorg,masih tak cukupkan masa yang masyarakat bagi pada mereka. tahun demi tahun,pengkid still meningkat..

    bila kita cuba fhm mereka,tp bila mereka sendiri taknak bg peluang utk mereka fahami diri sendiri susahlah.
    bagus la fatwa ni dah keluar. harap semua boleh berubah.

    kalau setakat nk ckp pengkid ni sebagai tanda akhir zaman,tak pyh la nk ckp mcm dia tu betul sgt jd pengkid. byk lagi contoh2 lain yang tunjukkan kita ni dah akhir zaman.

    titik perubahan sentiasa ada kat tangan kita,ada dalam hati. nak dengan taknak je.

    brapa tahun lg mereka perlukan utk berubah?terang2 benda tu salah dr segi islam..

    ni belum kira pengkid yang terjebak dengan lesbian lg.

    err mama,sorry.mcm lepas geram lak :p yonna pon baca metro semalam.rasa nak bakar je paper tu bila baca statement tu huh

    yonnas last blog post..kalau anda benci boss anda…

  • erisa says:
    17/11/2008 at 10:23 am

    org zaman moden ni, macam-macamlah alasan nak menghalalkan apa yang haram.

    berkorban demi nak menyedarkan orang lain? ahahahah. gile punya alasan.

    dengar lagu I kiss the girl seround…

    erisas last blog post..Nak Buat Perarakan Bogel?

  • chuckiesd says:
    17/11/2008 at 9:40 am

    pengharaman tu dibuatkan untuk mereka berubah…tapi semua faham..bukanlah jam-jam tu jugak…mungkin dgn pengharaman ini…membuatkan mereka takut dan mereka akan berubah sedikit demie sedikit…

    chuckiesds last blog post..Saya, Me dan aku.

  • anasfadilah says:
    17/11/2008 at 9:19 am

    dulu masa saya form 1 and 2,saya sekolah all girls school.memang teruk gak la pengkid ni kat sekolah saya,ada yang ditangkap kissing belakang dewan…saya tomboy,tapi never pengkid..hehehe

    ada jugak la perempuan minat saya..(hahahaha!)

    tapi saya tak layan :)

    isu pengkid ni dah lama…

    tak perlu kuar fatwa pun

    memang sah2 haram.

    pikir la sendiri!

    anasfadilahs last blog post..::Putera Mahkota::

  • adek says:
    17/11/2008 at 8:48 am

    akum..saya mmg seorg pengkid..dari darjah 4 smp laa skrg umur sy da 25..mmg bkn ini jalan yg sy pilih..satu satu sebab psekitaran,family,tekanan hidup..semua ini tdk dirancang..tapi sy setuju dgn fatwa..ini utk kebaikan dan x bnyk skit ini mbantu sy pelahan2 utk berubah..sy tdk penah mnentang fatwa..sy masih sedar sy org islam dan sy seorg perempuan..ati dan perasaan bkn senang utk diubah..sy tdk diminta utk jadi seorg pengkid..mcm2 tomahan sy lalui..tp sy kuatkan smngt sbb bg sy semuanya ada hikmah di sebaliknya..salah satu sbb sy blh terima diri saya ialah kerana psekitaran sy skrg dan keluarga angkat yg terima saya dan mbantu mgubah hidup saya..cuma perubahan ini tidak boleh dipaksa,biarlah ia dtg dgn sendiri..mmg niat semua umat islam ingin mbantu pada setiap pengkid yg wujud di negara kita,tp bolehkah pengkid2 yg melampaui batas nie ada otak nk pikir?bg mereka hidup mereka sudah mjanjikan kebahagiaan dan pengkid yg mgatakan mereka blh melawan fatwa adalah insan yg paling dilaknat allah..sy doakan biarlaa mereka sedar satu hari nnt yg hidup ini bkn laa die yg tentukan tp allah s.w.t yg akan mghukum insan2 sebegini..satu yg sy pinta jgnlaa tafsirkan semua pengkid sama..bantu laa pada mereka yg ingin berubah..sy memerlukan sokongan dr semua umat islam yg ada di negara ini..jgn laa dipandang hina insan sebegini..doakan agar sy dapat berubah sepenuhnya yg dtg dr keikhlasan hati bkn dari hati yang mberontak..wsalam.

    • Kujie says:
      17/11/2008 at 6:16 pm

      @adek, waalaikumsalam adek. Baguslah kerana berusaha utk berubah dan membaiki diri. Moga pengalaman boleh dijadikan sempadan guna utk membaiki kesilapan.

  • Azah says:
    17/11/2008 at 7:59 am

    lorh…tajuk sama la plak..sorry…x berniat nak tiru, da mmg lama nak bercakap psl benda nih… haih~

    Azahs last blog post..Luahan Rasa Pengkid

    • Kujie says:
      17/11/2008 at 6:14 pm

      @Azah, lor..apa nk sori2 pula…sharing is caring

  • shaxx says:
    17/11/2008 at 2:12 am

    memang dah nak kiamat bila manusia dah berani menentang fatwa…

    shaxxs last blog post..Kuala Lumpur Jakarta Surabaya

    • Kujie says:
      17/11/2008 at 6:13 pm

      @shaxx, Tabiat ini melanggar tabii dan fitrah. Dalam Islam, sudah termaktub ia tidak boleh dilakukan.

  • Zubli Zainordin says:
    17/11/2008 at 12:54 am

    Dalam diri setiap orang ada lelaki dan ada perempuan.

    Perempuan ambil banyak ciri keperempuanan dan sedikit kelakian.

    Lelaki ambil banyak ciri kelakian dan sedikit keperempuanan.

    Ada juga perempuan ambil banyak ciri kelakian dan sedikit keperempuanan.

    Ada pula lelaki ambil banyak ciri keperempuanan dan sedikit kelakian.

    Pilihan. Setiap kita punyai.

    • Kujie says:
      17/11/2008 at 6:13 pm

      @Zubli Zainordin, cikgu sains datang bagi penerangan ttg xy+xx = xy @ xx
      kadang anak perempuan ada xxy = sedikit ciri lelaki.

  • Neeza says:
    17/11/2008 at 12:44 am

    itu adalah alasan bagi orang yang nak cover dosa dia.. bagusnya.. berkorban untuk orang lain.. kat dunia boleh lah cakap cam tu.. kat akhirat esok, sanggup ke dia cakap cam tu?? Nauzubillah.. moga dijauhkan dari gejala cam tu kan kak Jie..

    Neezas last blog post..Kakok, nok kek!

    • Kujie says:
      17/11/2008 at 6:01 pm

      @Neeza, moga masih ada waktu

  • |1f34|-|1r3 says:
    16/11/2008 at 11:54 pm

    saya pon nak jugak menulis panjang pasal benda ni…tp seakan kontroversi la plak kan…maybe lepas saya gagahkan menulis pasal benda ni…apa yg pasti, semua org dilahirkan lelaki, perempuan dan khunsa yg kena pilih jantina lepas tuh…itu jer…diorang jadi aper…tuh diorang sendiri,persekitaran dan pengalaman yg mencorakkan diri diorang…

    |1f34|-|1r3s last blog post..How to optimize blog loading time part 2

    • Kujie says:
      17/11/2008 at 4:34 pm

      @|1f34|-|1r3, mmg banyak sebab yang menyebabkan dia org pilih jalan tu… apa yg kita pilih, kita bertanggungjawap.

  • TokNabe says:
    16/11/2008 at 11:21 pm

    Makin banyak tanda2 akhir zaman…………. :sad:

    TokNabes last blog post..Petang Ahad

    • Kujie says:
      17/11/2008 at 4:29 pm

      @TokNabe, dulu tertutup…sejak zaaman sy kat asrama akhir 80′an tu pun dah ada

  • affuan says:
    16/11/2008 at 11:19 pm

    aku tidak akan tunggu 5 minit. nampak je terus bagi penumbuk kat perut, tampar kepala, telanjang kan – nak cek laki ke pompuan. haha.

    affuans last blog post..Strategi trafik WordPress.com

    • Kujie says:
      17/11/2008 at 4:28 pm

      @affuan, kena guna cara lembut dulu..lagi pun bkn mudah utk ada kekuatan nak menegur orang

  • am says:
    16/11/2008 at 11:00 pm

    tensen siot.. awek pengkid ni biase lawa beb..

    ams last blog post..My Profile Sold!

    • Kujie says:
      17/11/2008 at 4:25 pm

      @am, cabaran tu utk org lelaki :mrgreen:

  • KNizam says:
    16/11/2008 at 10:40 pm

    yep semua antara kita kena berusaha untuk kemaslahatan umat ini. bala sebenarnya tidak mengenal sesiapa kan. :roll:

    KNizams last blog post..That’s It ! Aku Dah Give Up Dengan Intense-Debate… Haha !

    • Kujie says:
      17/11/2008 at 4:24 pm

      @KNizam, tuan punya diri yang perlu ada kekuatan untuk berusaha …

  • chika says:
    16/11/2008 at 10:20 pm

    Tak faham.
    Takkanlah kecewa sangat sampai berubah orientasi. Itu bukan sebab kecewa semata-mata. Tapi iman memang goyah. Nak kata kesian, macam tak kesian. Sebab ikutkan sangat perasaan.

    memang tak faham.

    • Kujie says:
      16/11/2008 at 10:54 pm

      @chika, alasan tu – semua orang akan bagi alasan utk menegakkan pendirian dia…tapi yang salah tetap salah..ada sebab di haram semua tu

  • BaniHassim says:
    16/11/2008 at 10:04 pm

    err…kdg2 perilaku dorg ni pelik…
    org yg tgk pun jelik jee…
    kdg2, dorg ni cam overacting je…
    lagi org tgk, lagi dier nk tunjuk yg dier mmg gitu…
    kalau nak jadik cam jantan pun, perlu ke nak berkapel…

    sbb dier dah buat dosa, org lain pun terlibat; pompuan yg kapel ngn pengkid tu laa…
    apela nak jadi…

    BaniHassims last blog post..Pra Introduksi…

    • Kujie says:
      16/11/2008 at 10:53 pm

      @BaniHassim, bab nak menunjuk2 tu pun betul
      kadang2 mmg sengaja je dia buat mcm tu

  • zany says:
    16/11/2008 at 9:52 pm

    rasanya dah lama ada pengkid ni, yang perempuan couple perempuankan. sejak awal 90 an dah ada, zaman saya di kolej. Saya naik segan, takut dan lari dari berkawan orang macam ni. ada kah patut minat sama jenis. Mereka ni akan jeles kalau orang lain rapat dengan makwe mereka. Jeles lebih-lebih, dahlah dapat hostel sebilik berdua, entah-entah tidur pun sekatil. Maunya orang tengok pun rasa pelikkan, biasanya mereka tak kawan dengan orang lain dah.

    • Kujie says:
      16/11/2008 at 10:52 pm

      @zany, a’aha…dulu2 kat asrama dah ada
      sekarang ini makin berani…terang² dia tayangkan gelpren dia atau boipren…berpeluk di tempat awam.

  • cakap kosong says:
    16/11/2008 at 9:46 pm

    betul kak jie………..sorang buat, satu kaum akn dilaknat allah, macam kaum2 yg terdahulu.

    cakap kosongs last blog post..Happy Bezday…………cayang ayong! (13 Nov 2008)

    • Kujie says:
      16/11/2008 at 10:48 pm

      @cakap kosong, itulah..jgnlah suka2 nk cakap
      ‘kubur aku ikut suka aku…”

      itu kalau dah mati..kalau masih hidup dia ada tanggungjawap dgn sesama Islam

  • hashim habeed says:
    16/11/2008 at 9:12 pm

    Tolong delete satu komen kak jie :roll:

    hashim habeeds last blog post..Saya akan Bercuti Hu Hu Hu…

    • Kujie says:
      16/11/2008 at 10:47 pm

      @hashim habeed, server problem ke..hehehe :lol:
      biasa je ni

  • hashim habeed says:
    16/11/2008 at 9:09 pm

    Pengharaman tidak bermakna semuanya akan berubah.. Pihak Jabatan Agama perlu berkerja keras untuk menjalankan menguatkuasaan dan menasihati para Pengkid dengan memberi Motivasi bimbingan dan membenbentuk kembali Mereka kembali ke pangkal jalan. Sedangkan isu keruntuhan moral, isu sumbang muhrin, berkesedudukan, zina belum mampu diatasi mampukah Jabatan agama menangani permasalahan ni?

    Alasan yang diberi oleh mengamal pengkid sekadar satu alasan seolah olah mahu menghalalkan perbuatan mereka.

    hashim habeeds last blog post..Saya akan Bercuti Hu Hu Hu…

  • hashim habeed says:
    16/11/2008 at 9:08 pm

    Pengharaman tidak bermakna semuanya akan berubah.. Pihak Jabatan Agama perlu berkerja keras untuk menjalankan menguatkuasaan dan menasihati para Pengkid dengan memberi Motivasi bimbingan dan membenbentuk kembali Mereka kembali ke pangkal jalan. Sedangkan isu keruntuhan moral, isu sumbang muhrin, berkesedudukan, zina belum mampu diatasi mampukah Jabatan agama menangani permasalahan ni?

    Alasan yang diberi oleh mengamal pengkid sekadar satu alasan seolah olah mahu menghalalkan perbuatan mereka.

    hashim habeeds last blog post..Akhirnya

    • Kujie says:
      16/11/2008 at 10:47 pm

      @hashim habeed, Fatwa ialah keputusan fatwa yang telah dikeluarkan oleh Jabatan Mufti kerana Islam mensyariatkan umatnya bertanya kepada orang yang berilmu sekiranya mereka mendapati sesuatu masalah itu tidak jelas hukumnya.

  • Tie says:
    16/11/2008 at 9:01 pm

    Tie tak pernah pulak jumpa pengkid ni. Mungkin tinggal kat ulu ganu …belum ada lagi kat sini, kot. Tapi kalau maknyah tu pernah tengok.

    Tak tahu laa. Susah nak cakap. Tapi yang jelas , yang haram tetap haram, walau macam mana situasi pun. Tak boleh salahkan sesiapa kalau itu jalan yang kita pilih. Sesungguhnya tuhan itu maha pengasih dan penyayang.

    • Kujie says:
      16/11/2008 at 10:45 pm

      @Tie, Ada Tie mungkin dia tak menunjuk nunjuk..dia org biasanya sengaja pamerkan kasing sayang..cintan cintun….
      geli nengok :cry:

      Orang tegur kita sebab orang sayangkan kita..

Pertama Kali ? Baca Dulu

  • Letak Gambar ( Gravatar )
  • Cara Menulis Komen
  • Kenapa Komen Tak Keluar?

Jadual Persekolahan 2012

  • Jadual Persekolahan 2012 Dan Cuti Ganti

Post Terkini

  • Petua Mengelak Kucing Berak Merata-rata
  • Majlis Aqiqah Dan Cukur Jambul Cucu Chef Wan
  • Alasan Pelik Kenapa Rasa Letih
  • Bengkel Dan Demonstrasi Masakan Minyak Zaitun Naturel Organic
  • Lelaki Kacak Bersama Holiday On Ice
  • Tebu ditanam takkan peria yang tumbuh

Komentar Terkini

  • Sara on Alasan Pelik Kenapa Rasa Letih
  • na nis on Apesal Entri Ini Tentang Apesal?
  • chekmud on Selamat Hari Jururawat Yatie
  • titan on Majlis Aqiqah Dan Cukur Jambul Cucu Chef Wan
  • titan on Petua Mengelak Kucing Berak Merata-rata

Teman Terhangat Mei

  • akubiomed akubiomed (17)
  • ProfHariz ProfHariz (17)
  • HAdira Kifly HAdira Kifly (15)
  • pipoq pipoq (13)
  • Rina As Rina As (13)

Penaja

Apesal Tak Klik?

Negaraku Tanah Tumpah

Web Analytics

Design by Fearlessflyer.com
Host by ServerFreak

All Rights Reserved © Hidup Biar Sedap.