Manohara dan Ambalat

By Jie, 04/06/2009 1:39 pm
manohara 192x250 Manohara dan AmbalatMenteri Penasihat Pendidikan di Kedutaan Besar Malaysia di Indonesia Dr Junaidi Abu Bakar menasihati pelajar Malaysia di Indonesia supaya tidak berdebat mahupun berbincang mengenai beberapa isu panas yang sedang dimainkan oleh media massa Indonesia sekarang, termasuk tuntutan bertindih ke atas Ambalat di perairan Sulawesi dan isu Cik Puan Manohara Odelia Pinot.

Pihak Istana Kelantan telah mengeluarkan kenyataan rasmi bahawa dakwaan Manohara Odelia Pinot telah didera oleh suaminya Tengku Temenggong Kelantan Tengku Mohamad Fakhry Sultan Ismail Petra sebagai krisis peribadi antara seorang lelaki dengan isterinya yang mesti diselesaikan melalui peruntukan undang-undang.

Saya baca kes Manohara – Tengku Mohamad Fakhry dah 2-3 bulan lepas. Saya juga baca beberapa forum Indonesia yang hangat membicarakan isu ini. Ada berbagai pro dan kontra.

Ini adalah kes rumahtangga, biarlah mereka selesaikan . Biasalah, rumah tangga mana yang tidak dilanda masalah. Tak perlulah kita beremosi tak kena tempat, terlebih sudu.

Kasihan pula pada pelajar-pelajar kita di Indonesia terutama adik – Kuden yang perlu menghabiskan 2 tahun lagi di Jogjakarta Indonesia.

Ada laporan media massa bahawa ada pihak tertentu akan mengusir pelajar-pelajar Malaysia dari kampus mereka . Kementerian Pendidikan Tinggi Indonesia telah memberi jaminan bahawa hal itu tidak akan berlaku.

Mengenai kes tuntutan bertindih Ambalat, di Malaysia berita berkenaan hanyalah berita kecil. Ramai yang tidak mengetahui langsung. Mungkin kerana kawalan untuk tidak membangkitkan memarahan rakyat. Rakyat Malaysia juga mungkin menganggap kes ini adalah kecil dan banyak perkara lebih besar lagi harus diatasi, contohnya kes Jaya Supermarket dan bumbung stadium yang runtuh atau pun kisah rumahtangga artis yang runtuh.

Insiden kapal Tentera Laut DiRaja Malaysia (TLDM) yang dikatakan berlanggar dengan kapal Tentera Laut Indonesia (TNI) di perairan berkenaan pernah menjadi isu besar di kedua-dua buah negara.

Indonesia kehilangan Timor Leste (Timor Timur) pada tahun 1999 dan kehilangan Pulau Sipadan dan Ligitan pada tahun 2002 dan ini merupakan tamparan hebat dan sukar diterima oleh sesetengah golongan di Indonesia.

Perairan Ambalat penting bagi kita, sekurang-kurangnya dari sudut kedaulatan, maruah dan keluasan sempadan, sumber alam dan perikanan.

Seorang wartawan Indonesia, Endang Sukendar daripada akhbar Gatra mengakui bahawa bagi kebanyakan rakyat dan wartawan Indonesia, Malaysia adalah satu-satunya negara jiran yang paling dikenali dan dibenci.

Katanya semasa Malaysia masih merangkak, Indonesia sudah lama berdikari. Negara itu juga pernah membekalkan guru-guru untuk mengajar di Malaysia sementara pelajar Malaysia berlumba-lumba menuntut ilmu di Indonesia.

“Malangnya apabila kini Malaysia (adik) sudah lebih makmur dan sebahagian rakyat Indonesia (abang) yang miskin cuba mengabdikan diri sebagai pekerja di kampung adik, si adik tidak ramah lagi.”

“Malah kebelakang ini sang adik main ulah di Ambalat, begitulah kira-kira psikologi rakyat Indonesia,” ujar beliau.

Di Malaysia pula, rakyat Indonesia dianggap sebagai terlalu emosional dan mudah melatah terhadap sesuatu yang mereka tidak sepatutnya berperasaan demikian.

Malaysia bukan negara yang mengamalkan dasar konfrontasi atau kekerasan. Sejak zaman konfrontasi dengan Indonesia dulu, masalah pengganas komunis di sempadan Thailand, isu Sabah dengan Filipina, Pulau Batu Puteh dan lain-lain, semuanya dilalui dengan cara diplomatik dan perundangan.

EDIT : 16/6/2009

Isu Ambalat: Malaysia kemuka 13 nota bantahan

Jawatankuasa Teknikal Malaysia dan Indonesia bagi menyelesaikan isu sempadan di Ambalat akan bermesyuarat di negara ini bulan depan, kata Menteri Luar Datuk Anifah Aman hari ini.

Beliau berkata mesyuarat itu adalah kali ke14 setelah sebanyak 13 buah mesyuarat diadakan oleh jawatankuasa teknikal itu sejak 2005.

“Mesyuarat itu adalah satu langkah lagi ke arah penyelesaian isu itu,” katanya kepada pemberita selepas menyampaikan Anugerah Khidmat Cemerlang kakitangan Kementerian Luar di sini.

Beliau berkata Malaysia telah mengemukakan 13 nota bantahan kepada Indonesia berhubung pencerobohan pihak Indonesia di Ambalat sejak 2007 hingga April lepas.

Kerajaan masih menunggu laporan daripada agensi penguatkuasaan mengenai insiden terbaru pihak Indonesia di kawasan itu baru-baru ini sebelum mengemukakan nota bantahan. Anifah juga menjelaskan Malaysia menggunakan istilah Laut Sulawesi dan bukannya Ambalat apabila merujuk kawasan yang menjadi pertikaian itu.

Ini kerana secara khususnya istilah Ambalat merujuk blok konsesi carigali minyak dan gas di kawasan itu, katanya.

Kenyataan Tengku Temenggong tiada kaitan dengan Sultan
Pejabat Sultan Kelantan dalam satu kenyataan akhbar hari ini menegaskan, kenyataan yang mereka keluarkan itu merupakan kenyataan peribadi dalam hubungan mereka sebagai suami isteri.

Sebarang kenyataan yang dikeluarkan oleh mana-mana pihak adalah bersifat peribadi dan menjadi tanggungjawab peribadi mereka.

©Kujie – saya suka entri fakta dan sejarah…sila baca ye kawan².    Jangan gaduh²lah…saya mau ke Bandung lagi

EDIT kes terkini Manohara 06/11/2009 – sumber Utusan Online

Oleh NORAZLITA MOHD. SIES - pengarang@utusan.com.my
KUALA LUMPUR 5 Nov. – Tengku Temenggong Kelantan, Tengku Muhammad Fakhry Sultan Ismail Petra, memenangi kes saman fitnah RM105 juta yang dikemukakan terhadap isteri, Manohara Odelia Pinot dan ibu mertuanya, Daisy Fajarina.

Putera ketiga Sultan Kelantan itu berjaya dalam tuntutan tersebut setelah Mahkamah Tinggi di sini hari ini membenarkan permohonannya untuk memasukkan penghakiman ingkar terhadap Manohara dan Daisy yang gagal melantik peguam baru.

Bagaimanapun peguam plaintif, Mohd. Haaziq Pillay ketika ditemui di luar mahkamah menyatakan, jumlah ganti rugi akan ditaksirkan oleh mahkamah kemudian.

Tengku Muhammad Fakhry, 31, dan Manohara, 17, yang juga model Indonesia, berkahwin pada 26 Ogos tahun lalu dan menetap di Istana Mahkota, Kubang Kerian, Kelantan.

Selepas sembilan bulan bernikah, Manohara pulang ke Indonesia secara mendadak tanpa kebenaran dan pengetahuan suaminya pada 31 Mei lalu.

Tengku Muhammad Fakhry menuntut agar Manohara kembali taat kepada beliau dan menyerahkan semula hutang sebelum dan selepas berkahwin sebanyak RM1,112,250.

EDIT 14-12-2009 –  Kes Manohara terkini

Manohara diperintah taati suami. Mahkamah Tinggi Syariah telah mengeluarkan perintah supaya Manohara Odelio Pinot, 18, kembali taat dan membayar tuntutan RM1,112,250 dikemukakan suaminya, Tengku Temenggong Kelantan Tengku Muhammad Fakhry Sultan Ismail Petra.

Perintah kembali taat itu berkuat kuasa dalam tempoh 14 hari sebaik saja Tengku Muhammad Fakhry melafazkan sumpah ‘Yamin Istizhar’ (sumpah jelas) di mahkamah itu pada 3 Januari tahun depan.

Manohara juga diperintahkan membayar jumlah hutang itu secara sekali gus dalam tempoh 30 hari selepas sumpah terbabit dilakukan.

Sekiranya model Indonesia itu enggan kembali taat dalam tempoh 14 hari, mengikut undang-undang Islam beliau adalah isteri derhaka, nusyuz dan tidak berhak mendapat apa-apa keistimewaan lain daripada suaminya.

Post Lain Yang Berkaitan

24 Responses to “Manohara dan Ambalat”

  1. RUSLAN ADLI says:

    Sebenarnya orang yg jahat itu ada dan yg baik itu juga ada. Di Indonesia banyak kasus pembunuhan seperti kasus Ryan yg membunuh lebih dari 5 org dan ditanam disekitar rumahnya.Juga kasus mutilasi (kerat anggota badan)yg banyak terjadi di Indonesia.Juga kasus rampok, korupsi, rogol, oborsi, curan, selingkuh dan bermacam-macam kasus jenayah yg bisa ditonton di kaca tv Indonesia seperti rancangan SERGAP,PATROLI,BUSER dan SIDIK yg disiarkan setiap hari. Apakah kejahatan yang berlaku di Indonesia dilakukan oleh orang Malaysia?? Jawabnya TIDAK.

    Jenayah ini dilakukan oleh orang Indonesia sendiri tetapi orang Malaysia tidak mengatakan semua orang Indonesia itu jahat. Yg jahat itu adalah siperlakunya itu.Tetapi beda pula sekiranya kasus berlaku di Malaysia, lebih-lebih lagi kasus pembantu rumah yg didera majikan. Orang Indonesia akan menyatakan seluruh orang Malaysia itu jahat. Sepatutnya majikan itu sajalah yg disalahkan, ini sampai PM pun nak disalahkan!! Lihat sajalah berapa banyak orang Indonesia melakukan kejahatan di Malaysia tetapi orang Malaysia tidak mengatakan semua orang Indonesia itu jahat! Yg jahat itu adalah siperlakunya!!.

    Apa yg lebih mendukacitakan adalah melihat beberapa kali demonstrasi dibuat dihadapan Kedutaan Malaysia di Jakarta dan amat sedih bila melihat bendera Malaysia dipijak dan dibakar seperti negara Malaysia ini bukan negara berdaulat. Sebenarnya di Malaysia warganya juga boleh melakukan seperti apa yg dilakukan warga Indonesia tetapi warga Malaysia lebih tenang dan matang dengan tidak menghiraukan perangai keanak-anakkan warga Indonesia. Banyak lagi kerja lain yg perlu dibuat drpd berdemo!!

  2. pak itam says:

    bagaimana kita mahu bersatu di bawah naungan ‘negara islam indonesia’, sedangkan indonesia mengamalkan hukum pancasila & membenarkan perkahwinan campuran agama.

  3. INDONESIA says:

    BENAR !!

    saya setuju,, kita sesama muslim tidak boleh terpecah belah..

  4. Imam says:

    Bersatulah kalian RI-Kerajaan MALAYSIA dalam naungan NII (Negara Islam Indonesia) 1949. Kalian adalah wilayah NII. Dan bersatulah seluruh umat islam di dunia bangun kembali khilafah. Satukan Liga Arab supaya bersatu dan bangun kembali kekhalifahan seperti kekhalifahan usmani. Allah akbar…

  5. kak ina kl says:

    salam kujie…kat sini semangat cintakan negara mereka memang telah di semaikan sewaktu mereka kecil…dan apabila dewas sifat tu telah kental di dada mereka.

    masalahnya mereka memang cepat terpengaruh jika hal yang melibatkan malaysia..dan demo yang di anjurkan selalunya di dalangi oleh orang yang banyak duit dan mereka di pergunakan oleh mereka yang punya wang yang tak habis di makan..

    masa kes ambalat kat sana memang kecoh…akak dan anak-anak memang tak berani nak keluar..kedutaan malaysia hari-hari mereka buat demo..menakutkan sungguh.

    kes manohara ni…memanglah tak kenang budi lah dia ni…dia sosial sgt walaupun umur masih muda..memang tak boleh terima gaya hidup di istana..
    kak ina kl´s last blog ..Udang Goreng Cili ManisMy ComLuv Profile

  6. fauzi says:

    au ah gelap…hidup di dunia hanya sementara bah..ngape pula nak ribut2…santai ja’

  7. nun.. says:

    ya..soal komentar yg negativ/positif..saya nggak paham.pada hari puan mano melarikan diri dan berjaya bertemu bundanya,trans tv indon menyiarkan berita
    ekslusifnya pada tgh mlm,khas meliput tentang isu manohara,dan perairan ambalat.mereka mengatakan bahawa malaysia sengaja menimbulkan kemarahan rakyat indonesia.pikirkan…isu manohara,itu adalah masalah keluarga.bagaimanapun kejadiannya,ia tetap masalah rumahtangga.mereka kan suami dan isteri yg sah,jadi apa yg diherankan sangat dngn masalah2 seperti itu,lebih banyak kes2 kekeluargaan yg lebih dahsyat diluar sana mbak..masalah keluarga jangan dikaitkan dengan kerajaan atau rakyat..pasal ambalat pula,mereka menyiarkan berita bahawa negara jiran mereka sudah beberapa kali menceroboh perairan ambalat,dan mereka siap menghadapi pencerohan.kata2 mereka bukan komentar tapi seakan2 mengingatkan tentang timbulnya perang..hairan.isu manohara dijadikan penghangat suasana!tidak logik sangat!mereka juga menyelitkan tentang pulau ligitan dan sipadan yang jatuh ketangan malaysia,seolah2 mereka nggak puashati..pasal isu budaya juga mereka selitkan kononnya malaysia mengklon lagu rasasayang yg asli kepunyaan mereka.alat musik angklong juga dijadikan isu,serta ada beberapa lagilah..semuanya isu yang menimbulkan kemarahan bagi negara yang ditunding..pikirkan,pikirkan apa nasib rakyat beratus ribu rakyat indon di negara malaysia sekiranya mereka benar2 membenci malaysia???walhal org2 malaysia tidak pernah membenci atau mendendami warga indon apatah lagi negara indon walaupun rakyatnya majoriti menimbulkan masalah besar di negara yang mereka benci ini..warga mereka tetap silih berganti setiap bulan,setiap tahun dan pulang dengan selesa tanpa diusir walaupun masuk secara haram!!disini gue mengajak seluruh warga nusantara agar membuka mata,buka minda,buka hati,dan tanya pada diri sendiri..apa maksud perkataan serumpun dan seagama jika mengamalkan dendam!!!

  8. 'izzudin says:

    tolong jangan digeneralisasi dong
    itu satu comment orang indonesia. sebenarnya indonesia tu bukan cuma mereka yang keluaring komentar dan kebetulan yang di tampilin di sini yang negatif.
    sebenarnya kami merasa malaysia adalah saudara selain masih serumpun juga mayoritas agama di indonesia sama dengan dimalaysia
    ya mari kita sikapi dengan tenang dan sabar.
    bagi yang dimalaysia coba tampilkan jangan hanya komen negatif beberapa orang indonesia. dan demikian juga orang indonesia tampilkan bukan komen negatif tentang orang malaysia.
    kalo kita cuma melihat dari komen komen negatif maka pasti kita akan melakukan justifikasi yang tidak pas.
    mari kita jalin kekeluargaan negara serumpun ini dengan tampilkan segala hal yang positif.
    saya yakin tidak lah bisa digeneralisasi bahwa orang malaysia menjuluki(-) orang indonesia dengan indon.
    berarti masih banyak hal-hal positif yang dapat kita jadikan sebagai pemersatu.
    berkaitan dengan isu ambalat. coba kita telusuri secara seksama asal mula dan pokok permasalahan secara jelas. dan coba pikirkan solusi yang paling tepat selain dari sebuah peperangan.
    terima kasih

  9. kurt kuden says:

    Dah lama tak menulis di sini ;P

    Ada sesetengah (saya ulang SESETENGAH, bukan semua) orang Indonesia di sini yang memang terang-terang benci kami sebagai orang Malaysia. Memang sangat-sangat tak best, lagi-lagi kalau mereka semua itu ada yang datang dari golongan profesional (pensyarah, doktor etc). Ada yang akan generalisasi-kan kita rakyat Malaysia ini dengan sikap-sikap yang kita tak suka, misalnya

    “Orang Malaysia itu memang suka buat kejam dekat orang Indonesia ke?”

    “Kenapa orang Malaysia suka memandang rendah orang Indonesia?”

    ataupun, dengan ayat-ayat provokasi, seperti siap untuk perang dengan Malaysia, ganyang Malaysia. Sangat-sangat tak patut bagi saya.

    Saya mengaku media kita sangat tertutup dan ada benda yang kita tapis (mungkin untuk menjaga sensitiviti masyarakat ataupun untuk menjaga kepentingan mana-mana pihak), tetapi kita memang tak mendidik orang kita emosi tak tentu pasal. Kita sendiri akur dengan Singapura pasal Pulau Batu Putih, tetapi kita tak emosi tahap melampau. Kalau di sini, media ibarat makanan. Mereka hadam apa-apa yang media sajikan sekenyang-kenyangnya, dan media semakin teruja untuk keluarkan berita-berita sensasi.

    Isu Manohara, isu ambalat, kemudian diselang-seli dengan isu-isu lama tentang negara kita mencuri budaya Indonesia seperti kita merampas asal-usul Batik dari Malaysia dan bukannya dari Indonesia, lagu Rasa Sayang kita jadikan lagu latar untuk iklan mari melawat Malaysia, kita daftar seni Reog Penorogo itu dalam daftar budaya kita padahal terang-terang memang Penorogo dari sini, semua luka-luka lama tulah Malaysia kepada Indonesia, mereka toreh lagi. Sehingga kisah Manohara yang sepatutnya tak lebih seperti kisah peribadi rumahtangga orang jadi sentimen yang berbahaya. Dan Ambalat, sebuah blok perairan yang masih belum jelas hitam putih milik siapa, jadi bahan buat mereka untuk menghina kita.

    Semuanya bagi saya berlandaskan emosi, walaupun hal Reog Penorogo bagi saya satu kesilapan besar negara kita yang tak telus mengkaji kebudayaan ini. Bagi saya, masih ada orang Indonesia yang belum pernah lihat batik Malaysia, cuba dibanding antara keduanya, memang jelas batik kita dan batik Jawa sangat berbeza. Kita cuma berkongsi nama sahaja, sama seperti perkataan sutera. Ada sutera India, sutera Thailand. Tetapi tak semua orang emosi peduli hal-hal ini. Kalau betul orang kita pencuri seperti yang mereka laungkan ‘Maling-sia’, (maling di Indonesia bermaksud pencuri), dah lama kita curi karya-karya penggiat seni Indonesia yang murah rezeki di negara kita. Kita benarkan orang-orang mereka berkarya di negara kita, lebih dari penduduk sendiri, tetapi tak ada pun kita nak ubah hak cipta mereka kepada milik kita. Kita bimbang dengan kemasukan pendatang warga asing ke negara kita, tetapi kita tak pernah sekat, yang kita marah mereka-mereka yang masuk secara haram. Tetapi tak ada pun kita rasa nak ganyang negara tetangga itu.

    Saya tak tahu apa yang difikirkan sesetengah orang Indonesia (mereka-mereka yang kononnya nasionalis, tetapi bagi saya tak lebih sekadar orang emosi) yang bertindak seolah-olah nak menafikan sejarah antara dua negara. Tengok pada geografi sahaja pun sudah jelas, kalau Malaysia terletak ditengah-tengah peta Indonesia, memang wajar kalau perkongsian budaya dan jalur keturunan kita itu saling bertindih. Lagi-lagi kita semua orang Islam. Sekarang saya setuju kenapa nasionalisme itu boleh merosakkan iman.

    kurt kudens last blog post..Daulat Tuanku!

  10. zakeri says:

    halau jer semua pekerja Indon balik indonesia
    yg manohara ni confirm derhaka pada suami :twisted:

    zakeris last blog post..Why do we read Quran, even if we can’t understand a single Arabic word?

  11. BAGAK says:

    malaysia dan indonesia adalah sama

    cuma penjajah yang datang membezakan dan memecahkan tali persaudaraan yang telah lama wujud

  12. pjan says:

    sebenarnya indon2 ni mmg emo kalo satu2 hal..tapi sedarkah indon2 ni bahawa mereka selalu memburuk2kan malaysia tapi masih juga nka mencari rezeki di malaysia. Ibarat meludah ke langit indon2 ni. jenayah di malaysia pun byk yang membabitkan indon2 yang tak sedar diri ni. tapi bukanlah semuanya jahat ada juga yang baik dan hormatkan orang.

    Lagi satu angin juga dgn malaysia ni..suka sgt agung2kan indon ni..tv malaysia sbg cth melambak2 cita indon tp sapa2 yang kat johor yang tgk dpt tv indon mesti x penah tgk pun cita malaysia kat tv indon. mcm tuh juga artis2 indon, org malaysia sibuk sgt nak bawak masuk artis indon tp indon tak penah sibuk pun nak bawa artis malaysia masuk.

  13. iza says:

    Betul tu, janganlah gaduh-gaduh :sad:
    Iza pun masih nak pegi jalan2 ke sana sebab ramai kawan kat sana.
    Blogger pertama yg Iza jumpa bertentang mata pun blogger dari Jakarta. Jalan-jalan kat Jakarta, pastu sambung jalan2 dengan depa kat KL. Bagus banget gitu loh.

    Kalau gaduh2 camna nak ikut Kak Jie pegi jalan2 ke Bandung ni…eitss…terlebih sudah :mrgreen: :mrgreen:

    izas last blog post..Renung Sejenak…

  14. maza says:

    Erk! Den mencari toman yg hilang!

    Harap2 adolah kengkawan kek sini dapek tolong den ni ha..
    Dah lamo gak lah dio hilangkan diri..

    kalau korang jumpo lah, sampaikan salam den kek dio yo..

    huhuhu

    orang yg den cari tu ha namo eh.. blogger Tie. huhuhu

    dah dokek sebulan tak nampak…huhuhu

    Kujie, cubo lah ekau risik ko, ko call ko, tak pun den ingat ekau jorit yo boleh dongar sampai ke rumah Tie di Ulu Terengganu tu ha.. huhuhu.. tanyokan khobar eh.. huhuhuhu

    :lol: :lol: :lol:

    mazas last blog post..Bangkitlah…

  15. maza says:

    “waduh pak! bagaimana kami ini kalau semuanya anak2 didik malaysia dihalau keluar!

    nasib kami di sini pak bagaimana?

    kami ini hanya menjadi supir, buruh binaan, buruh ladang… ibu2 pula menjadi ammah, kerja di bokep2 dan warung2…. dan ada pula setengah dari kami jadinya ‘maling’, perampok, pembuli, pembunuh di Malaysia pak!

    Kalau dihalau ien semua anak2 didik malaysia itu. waduh! makanya nanti org2 malaysia halau kami juga, bagaimana kami mahu cari makan dong!”, kata si Superman bin Suparjo de Wonderwomen…

    huhuhuhu…

    mazas last blog post..Bangkitlah…

  16. kruel74 says:

    Paling penting dalam cerita ni part Bandung tu (walaupun nota kecil je) tapi sejarah org ramai cepat lupa. Saya sendiri pernah ke ‘kampung halaman’ sebenar saya di Sumatra tapi takde connection. Unlike the Chinese yg every year ke pendalaman China trying to connect to their real ancestors…

    kruel74s last blog post..My side of the bed

  17. shay says:

    isu pasal diaorang ni memang tak kan pernah abis…

    sampai bila2 pun memang berlanjutan… :cry:

    shays last blog post..AGAK – agak KorAnG lA kAn…

    • Nash says:

      Saya setuju dengan hal ini. saya baru sahaja pulang dari indonesia, dan isu manohara dan ambalat memang dimain mainkan oleh media indonesia.

      tapi saya ingin nak mengucapkan tahniah kepada kerajaan dan rakyat malaysia kerana telah menangani isu ini secara profesional, dan tidak membabi buta.

      hal ini telah membuktikan tahap mentaliti rakyat negara kita yang tercinta ini.

      • Jie says:

        @Nash, terimakasih kerana berkongsi cerita…. saya ada mengaji beberapa org pekerja Indonesia tetapi alhamdulillah..hubungan mereka tetap baik walau pun mereka sudah pulang ke sana..

        Kita kena betulkan diri kita sendiri baru kita mengintai kesalahan org lain….

  18. Lan Bingka says:

    kawan saya baru balik dari jakarta..
    dia kata, media di sana membesar-besarkan hal ini secara ekstrem, dah macam nak berperang dengan kita..

    Lan Bingkas last blog post..Hilang ingatan

  19. Isu mengenai segala Malaysia-indonesia terlampau banyak menimbulkan kontroversi….huhuhu

    hazman aka species1980s last blog post..Menjaga komputer riba

  20. zany says:

    amboi sesedap rasa je mention M’sia paling dikenali dan dibenci.
    Kalau dulu orang M’sia ke sana mencari ilmu, ada ke buat masalah kepada Indonesia? Habis belajar mesti nak balik ke negara asalkan berbanding sekarang ni di Malaysia dengan kadar jenayah melantun naik dek kerana perangai orang mereka. Masuk M’sia secara haram dah macam tak kisah apa lagi, ada ke kita berani ke negara mereka secara haram? :oops: Opppps teremo sudah :roll:

    zanys last blog post..Sana Sini Sinun

Panorama Theme by Themocracy