Matrik Atau Diploma? IPTA atau IPTS ?

matrikulasi ke upu

Terima Matrik atau tunggu keputusan UPU keluar?

Ini biasanya dilema yang dihadapi oleh ramai pelajar yang sedang menunggu panggilan mendaftar ke mana-mana universiti awam sekarang.

Biasanya tawaran untuk Matrikulasi KPM  bermula bulan Mei sementara UPU ke IPTA pada bulan Jun. Ramai yang keliru untuk membuat pilihan sekiranya ingin mengambil Matrikulasi atau melanjutkan pelajaran peringkat diplomat di IPTA.

Buatlah pilihan yang betul, matrikulasi atau diploma ada kelebihan tersendiri bergantung bidang yang dikehendaki dan perancangan masa depan masing-masing.

Kes Angah lain, sebab dia yang memilih bidang yang dia minat dan satu-satunya universiti yang menawarkan tempat adalah di UniKL.

Dia dah pun mendapat tawaran untuk program Foundation in Science and Technology  – Fizik di Kolej MARA Kuala Nerang, Kedah. Ini adalah program asas untuk kemasukan ke tahun pertama program Ijazah Sarjana Muda di Universiti Kuala Lumpur.

Saya cuma merancang jalan untuk anak-anak mengikut keperluan mereka, berdoa dan tawakal, segalanya nanti ketentuan Allah.

Patlima kali juga saya bertanya dia, sungguh² ke, betul² ke dengan pilihan yang diambil.  Sebab kursus asas ini bukan main² . Dia mesti bersedia untuk menempuh tempoh setahun yang padat.  BUkan itu saja, dia juga perlu hadapi pandangan orang mengenai pelajar IPTS . Orang selalu anggap pelajar IPTS adalah saki baki yang tak layak ke IPTA.

Orang biasanya memilih universiti , baru nak pilih course sedangkan saya pula mengalakkan anak-anak memilih course baru menentukan universiti.

UNIKL adalah IPTS yang diuruskan oleh MARA kerana dasar kerajaan IPTA mesti diuruskan oleh KPT. Yuran IPTS biasanya tinggi namun dengan pinjaman pelajaran MARA , kosnya menjadi lebih rendah dan lebih murah berbanding belajar di IPTA dengan pinjaman PTPN. Ini kerana mereka boleh memohon pengurangan bayaran daripada MARA .

Pinjaman MARA dinamakan pinjaman boleh ubah.

Pointer 3.5 – 4.00 pinjaman boleh ditukar menjadi biasiswa.
3.00 – 3.49 bayar balik sebanyak 10% saja
2.00 – 2.99 bayar balik 25%

* bukan tetap, boleh berubah 

Nampaknya jodoh Angah untuk tinggal di Kedah berpanjangan selepas 2 tahun di Merbok. Sekarang perlu uruskan surat penangguhan pendaftaran kerana akhir bulan Mei dia ada final exam di Kolej Komuniti.

About Kujie

Pemilik tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang kerosakkan atau kehilangan yang dialami disebabkan oleh penggunaan maklumat di dalam laman ini. Jika anda memerlukan perkhidmatan nasihat yang khusus, sila dapatkan pakar bertauliah dan berpengetahuan di dalam bidang berkenaan.

Untuk biodata penuh boleh lihat di Biodata Kujie

Comments

  1. salam,saya mendapat tawaran unikl bmi dlm bidang medical electronic (degree) yg akan mendftr 1/9/13..pd mse yg sme sedang menunggu keputusan rayuan upu yg akan keluar pada minggu k 2 bln 9..dlm bidang yg sme..sy ingin menanya pendapat puan tntg hal ni..

  2. Anonymous says:

    adekh sye akn kompem smbg degree dlm bidg engnrg klo sy amek FIST nih??atau still bolh tukr dlm bidg medic??

  3. Saya pun dapat Kolej MARA Kuala Nerang untuk foundation yang sama. InsyaAllah akan berjumpa
    Jom terjah post menarik dari Denna ..Alhamdulillah, rahmatNya.My Profile

  4. nur najwa says:

    salam, saya nak tanya . baru- baru ni saya dapat twaran masuk matrikulasi . sya pening nak terime ke tak tawaran tu sekarang, sbb sya nak tunggu keputusan upu yg kluar 7 mei ni . boleh ke, kalau sya terima twaran matrikulasi tu lambat? ke tawaran saya akan dicancelkan? .

    • Terima atau tidak tawaran Matrik ini tidak menjejaskan tawaran UPU kerana ianya adalah dua tawaran yang berbeza.

      Matrikulasi KPM yang akan diumumkan pada 25 April ini oleh Kementerian Pelajaran dan Program Asasi IPTA, Diploma IPTA dan Diploma Politeknik Premier akan diumumkan pada minggu pertama bulan Mei adalah dua tawaran yang berbeza.

      Tarikh pendaftaran Asasi IPTA pada 27/05 dan program Diploma 03/06
      Jom terjah post menarik dari Kujie ..Bengkel Naturel OrganicMy Profile

  5. salam…sya nk tanya….kolej mara atau matrik yg perlu saya plih? pening2

    • bergantung kos / bidang pekerjaan apa yang diminati selepas pengajian.

      makcik lebih suka calon² spm bersedia dengan bidang pilihan, buat ujian peribadi untuk memilih pekerjaan masa depan.. jadi bila keputusan keluar – dah fokus arah mana nak dituju.

      biasa dah pening2 mcm ni… dia suka ikut kawan. .. :p
      Jom terjah post menarik dari Kujie ..Bengkel Naturel OrganicMy Profile

  6. budakserius says:

    Kak jie,saya pun dpt tawaran asasi ni kt KMKN.boleh la jumpa blogger famous kat sna.HEHE
    Jom terjah post menarik dari budakserius ..Tarian Gelek Arab Ini Cukup Popular DI UAE,Oman Dan Kawasan Teluk Parsi!My Profile

  7. aimannajmy says:

    matrik atau diploma hanya masa memisahkan.. contoh katakan sesorang amik degree engineering..

    matrik setahun + terus degree 4 tahun = 5 tahun
    diploma 3 tahun + degree 2 tahun setengah ke 3 tahun = 5 tahun atau 5 tahun setengah

    so cam lebih kurang ja huhu

  8. One da masuk asasi,sila get ready dengan sebarang kemungkinan.Bila satu program selama 2-3 tahun dimampatkan dalam 1 tahun,jangan terkejut andai ada yang kecundang,tewas di pertengahan jalan menuju kemuncak.

    Tidak mudah,juga tidak susah.Pokok pangkalnya,kita sendiri yang menilai kemampuan diri kita.Andai diberi peluang,teruskan.Tingkatkan usaha kerana setiap yang berusaha pasti akan peroleh ganjaran dari-NYA.

    Untuk memasuk MIAT,merupakan antara impian saya.Namun bila mendapat tempat di asasi IPTA,niat tersebut lenyap dalam sekelip mata.Mempunya peluang pekerjaan yang mapan dan kukuh seterusnya masih membangun,graduan dalam bidang aviation mempunyai peluang yang lebih besar untuk mendapat jawatan dalam bidang tersebut.

    Sekalung ucapan tahniah buat Angah kerana berjaya mendapat tempat yang pernah saya idamkan,impikan sejak menjadi lepasan SPM.Teruskan usaha,tingkatkan tenaga dalam menuju matlamat yang satu.:).Semoga berjaya.:)

  9. Anak saya pun dapat offer tempat yg sama. Kalau jadi pergi nanti boleh kita jumpa kat sana ek…Tapi anak saya tgh dilema ni. Sebenarnya dia nak matrik tapi keputusan matrik keluar pada 25/4. UNIKL pulak nak jawapan penerimaan tawaran sebelum atau pada 20/4. Mcm mana tu ye, takut pulak yg dikejar tak dapat yg dikendong keciciran…saya benar2 appeciate jika ada cadangan/pendapat yg boleh mambantu…

    • assalamualaikum, puan.
      saya Amirul Syafiq yang dapat tawaran Kolej MARA Kuala Nerang..
      saya rasa, puan perlu tanya anak puan tentang minat sebenar dia. Adakah dia memohon semata-mata ikut kawan atau saja suka-suka.

      Berbeza dengan saya, saya memohon kerana saya dah plan jalan seterusnya yang akan saya pilih selepas foundations programme. Saya buat rujukan kos yang akan saya ambil itu di IPTA?IPTS lain dan mengira baik buruk keputusan yang akan diambil.

      Maksud di sini, saya dah bulatkan tekad, fokus pada kerjaya impian selepas pengajian. Saya dah tandakan langkah selepas foundations programme.

      Mana mana pilihan yang anak puan buat pun ada baik buruk masing-masing, saya doakan dia akan berjaya walau dimana pun nanti
      Jom terjah post menarik dari Angah ..Satu hari di Low YatMy Profile

  10. Assalamualaikum, tadi saja-saja saya search keywords UniKL MIAT, jumpa blog akak. Lepas tu tengok frontpage nampak entri Matriks atau Diploma.

    Letter head UniKL tu dari surat kena barred exam, result setiap semester dan transkrip pengajian dan lain-lain tu je la warna oren tu, kadang-kadang warna kelabu.

    Anyway, selamat maju jaya buat anak akak ;-)

  11. memang lebih elok utamakan course sebab kalau tak minat dlm satu2 bidang yg kita ambil…sehebat manapun universiti tu kita tak akan rasa seronok utk belajar.

    saya juga dulunya anak MARA & menikmati kemudahan pinjaman boleh ubah dimana kami tidak perlu bayar semula pinjaman yg diperolehi & tidak juga terikat dgn MARA selepas habis belajar……terimakasih MARA.
    Jom terjah post menarik dari ieda ..5.4……My Profile

  12. Tengok apa yg dia minat..
    apapun ada kebaikan dan keburukan kedua2 pilihan tu…
    Jom terjah post menarik dari zool ..Tan Sri Anuar Musa digantung 2 tahun setengahMy Profile

  13. Aya dulu pilih matriks..tapi aya memang struggle belajar masa matriks setahun dan alhamdulillah , dapat result, dapat memilih kerjaya yang busy…hehehe
    Jom terjah post menarik dari Aya ..Wang Tunai RM5000 DilancarkanMy Profile

  14. masuk mana-mana pun, still kena survive..
    Jom terjah post menarik dari ohcikgu ..Semakan Online Peperiksaan Juruaudit dan Contoh Soalan Peperiksaan JuruAudit W41My Profile

  15. Assalamualaikum,
    Alhamdulillah, Angah dapat keputusan yang bagus…dia boleh buat pilihan apa yang dia suka. Saya dulu-dulu, tak ada pilihan langsung, nak tak nak kena naik tingkatan enam, itupun nasib baik ada peluang. Nasib baik saya gunakan peluang sepenuhnya tebus mana yang patut dalam STPM, kalau tak…tak tahu mana jatuhnya diri.

    Apa-apapun, moga Angah berjuang habis-habisn untuk capai impian dia. Bukan semua orang ada peluang begitu
    Jom terjah post menarik dari Anyss ..Baru 777 Entri…Lambat Lagi 1KMy Profile

  16. izwanyusof says:

    dulu saya dilema.. tapi keputusan UPU keluar beberapa hari sebelum berangkat ke matrik.. tak beli barang pun waktu tu,ada naluri agaknya nak pergi ke pilihan upu.. ;)

  17. Moga Angah berjaya mencapai cita-cita beliau..
    Belajar di mana2 pun sama, asalkan pandai membawa diri dan tidak menghampakan harapan kedua2 ibu bapa serta keluarga.. All the best!
    Jom terjah post menarik dari Nur ..Adele – "Set Fire To The Rain"My Profile

  18. Nak berjaya ini memang ada mujahadahnya terutama nak mendapat ILMU.
    Jom terjah post menarik dari Denaihati ..Makanan Enak di Strawberry Park Resort, Cameron HighlandsMy Profile

  19. tahniah buat angah, blaja betul-betul
    Jom terjah post menarik dari eiela ..Variasi Cara Memulakan PersahabatanMy Profile

  20. better ambik diploma…
    sebab sekarang nie dengan diploma dah mampu hidup mewah…
    ada cara nya…
    kalau matrikulasi memang xlaku sijil 2
    Jom terjah post menarik dari topiJerami90 ..Institusi Pendidikan MARA (IPMa) 2012My Profile

  21. Betul tu Kak Jie. Matrik @ diploma. Bergantung pada perancangan diri sendiri.

    Setakat pengalaman saye, setahun di matriks mmg mencabar. Dgn masa yang agak pendek, dan silibus yang mmg ketat. Semuanya kena cepat utk dihadam.

    Moga2 Angah dapat capai cita2 tu. InsyaAllah.

    p/s-Rasanya, kalau dapat tajaan MARA, lagi bagus =)
    Jom terjah post menarik dari hafizmd ..Belanja kahwin. Kenapa sampai membazir?My Profile

  22. memang pening nak pilih..tapi masa saya dulu mana offer yang sampai dulu ambik je yang tu..takut tertunggu2 yang diharap tak dapat pulak kan..langsung tak gi mana2 bak kata ayah saya..

    walau masa tu memang harap nak upu..nak masuk uia..tapi nak buat camne..ambik je la matrik pun..

    pendapat saya..kalau pasti apa yang nak tu boleh dapat..teruskan je..memang minat itu penting..masuk u lepas matrik pun mencabar jugak..takut kena lelong je permohonan kita..sebab top scorer kan ramai..kawan saya 3.8++ pointer pun dapat course untuk orang standard 2.5 je pointer..meraung la dia..

    last2 dia buat rayuan untuk buat medic kat indon ke india..tak ingat plak saya..tapi syukurlah dia dapat..dah jadi doktor pun..

  23. ayo berjuang..semngat..semangat…

  24. moga sukses…

    errr… maza juga nak daftar boleh?
    mau pilih kursus suami mithali.. ahaks.. gedik santai lah fulak.. hehehehe
    Jom terjah post menarik dari maza ..8 SEBAB BERUNTUNGNYA WANITA MEMPUNYAI RAHIMMy Profile

  25. Tahniah. Buat la pilihan yang terbaik.
    Jom terjah post menarik dari Azwan ..Lap pakai tisu sahajaMy Profile

  26. TAHNIAH ANGAH….ABAH AKAN LUANGKAN MASA UNTUK HANTAR ANGAH…ABAH JANJI.

  27. kalau dia betul2 minat dgn pilihannya tu, insyaAllah semuanya akan menjadi mudah.. =)
    Jom terjah post menarik dari bardboo ..‘Sharing is Caring’ Contest & GiveawayMy Profile

  28. Kalau sudah minat tak apa berikan galakkan. :-)
    Jom terjah post menarik dari akubiomed ..Minum kopi hanya berkesan untuk si pemalasMy Profile

  29. bukan anak kak jie nak kursus pelik apa tah ada kak jie bagitau tapi lupa…yang penting dia dapat kursus tu kak jie
    Jom terjah post menarik dari azura ..Pembantu rumah dari MyanmarMy Profile

  30. Kedah? Dkt la dgn sy penang. Apa2 pun sem0ga semuanya dipermudahkan oleh allah. Perancangan yg baik kak jie buat anak2 ye.

  31. Syafiq Лomoтехн says:

    apa pun saya doakan dia dipermudahkan perjalanan untuk berjaya :D
    Jom terjah post menarik dari Syafiq Лomoтехн ..Mentari senjaMy Profile

Trackbacks

  1. […] ke Program Matrikulasi, Kementerian Pelajaran Malaysia .  Sekarang ada 2 pilihan sama ada ke Kursus Asas Sains dan Teknologi Kolej MARA Kuala Nerang atau Matrikulasi […]