Mcdonalds Balas Aduan Pengguna Saya

Isnin lepas, saya ke KTM belikan tiket keretapi untuk Angah balik bercuti dari Sungai Petani – Rawang. Lepas tu saya pergi Mcdonalds untuk sarapan.

Perempuan kalau seorang diri tempat yang selesa untuk makan tanpa dipandang macam rusa masuk kampung adalah di restoran makanan segera. Saya tak makan di kedai mamak ( geli nengok bulu ) . Kalau masuk kedai makan yang biasa, alamat nak suap pun tak jumpa mulut. Orang macam pelik kalau perempuan makan di kedai seorang diri. Kalau berdua atau berkumpulan gelak terbahak-bahak macam Raja Lawak, orang boleh terima pula. :lol:

Ok… balik pasa kisah sebenar. Tiket KTM panjang, saya selit antara purse . Kat kaunter saya buka purse masa buat bayaran.

Sampai di rumah, saya cari tiket tak jumpa-jumpa. Tercicirkah?

Saya cuba hubungi Mcdonalds Rawang dari nombor telefon yang tertera di resit bayaran. 5 kali dail tidak berjawap. Saya cari maklumat di laman web Mcdonalds.com.my dan jumpa nombor telefon yang sama , saya dail juga tidak berjawap.

Saya nampak button Just Tell Us – Think you’ve got an idea to help us boost our service? Let us know!. Saya klik dan isi aduan . Saya bukan jenis pandai memaki atau bercakap kasar cuma di akhir borang tersebut saya tulis

Kenapa cetak nombor telefon jika tidak berfungsi? he he he… makan dalam tu.:lol:

Isi nama penuh, alamat dan no telefon dan submit. Buat apa takut untuk berikan data peribadi kalau apa yang nak diadukan adalah benar.

Semalam Rabu seseorang dari Mcdonalds Rawang yang memperkenalkan dirinya sebagai Azlina telefon saya untuk memohon maaf . Menurut beliau, sebenarnya mereka mempunyai nombor telefon yang baru tetapi tidak dikemaskini .

Tak apalah ,  kes saya dah selesai. Tiket pun saya dah pos ke Kedah. Mungkin kes saya tidak kritikal, bayangkan kalau ada orang tertinggal anak di situ…kehkehkeh…:lol: atau telefon untuk buat tempahan majlis harijadi anak-anak.?

Saya bukan marah pun cuma bila telefon lebih 10 kali tidak berjawap, geramlah juga. Dia cakap , Mcdonalds Rawang telah mengemaskini dan menukar nombor telefon mereka yang baru untuk cetakan resit bayaran.

Baguslah… kerana aduan saya yang nampak kecil dan remeh ini, satu tindakan besar telah dilakukan.

Tapikan………………. staff Mcdonalds Rawang tak perlulah kecewa sangat kerana dapat teguran atau mungkin perhatian dari HQ sebab dalam laman web nombor telefon terbaru pun belum ditukar.

Eh…. saya ni kaki komplen ke?

Saya pernah tulis surat aduan pengguna kepada Watson’s [link] apabila saya tidak mendapat diskaun yang sepatutnya seperti yang diiklankan di akhbar.   Kemudian saya dapat panggilan dari pihak Watson’s memohon maaf dan memberi bayaran balik dari beza harga tersebut.  Masalahnya kena pergi ke cawangan tersebut.

Pada tahun 1988 saya pernah menulis aduan di Forum Berita Harian mengenai doktor di Hospital Kuala Lumpur dan saya pernah membuat panggilan bebas tol kepada PLUS Highway melapurkan satu bungkusan plastik hitam yang terdapat di tengah-tengah lebuhraya susur keluar dari Setia Alam – klik [sini]

Agaknya kerana suka menulis aduan, blog saya sendiri pun pernah keluar di akhbar – [link] hiks! :lol:

p/s – jadilah warganegara yang bertanggungjawap

Kancilbiru says

kalau dapat feedback tu oklah..saya penah buat aduan tapi tak dapat feedback langsung…camna tu akak? last2 biar je gitu..

Baru teringat, saya juga pernah hantar aduan melalui celcom costumer service tanya mengenai Multimedia Message yang berjela-jela bila kita post entri ‘live blogging’ melalui MMS – [link]tapi tak dibalas sampai sekarang.!

About Kujie

Pemilik tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang kerosakkan atau kehilangan yang dialami disebabkan oleh penggunaan maklumat di dalam laman ini. Jika anda memerlukan perkhidmatan nasihat yang khusus, sila dapatkan pakar bertauliah dan berpengetahuan di dalam bidang berkenaan.

Untuk biodata penuh boleh lihat di Biodata Kujie

Mereka Yang Berkongsi Rasa

  1. Kak jie mantap!
    Jom terjah post menarik dari zu ..Oh My Gucci!My Profile

  2. kaki komplen maknanya org tu prihatin.n kalau komplen kalau gunakan cara yg berhemah, tak emosi, pasti org yg kene komplen pun akan tenang je….
    😎
    Jom terjah post menarik dari chekguBH ..Cik Anje &amp Lapang sebelum sempit- Muda sebelum tuaMy Profile

  3. 😡 salam kak sonok saya baca blog akak, akak seorang yg berani, ni saya nak citer kat akak 15/10/2010 saya g yu nam hair care sebab dah beli voucher ingatkan nak try la. dalam masa depa try tu die suh saya sambung at rambut katenye rambut saya dah rsak teruk, saya pun tanye bape kos bagi baik kan rambut harga die rm 6888.00 (giler kentang)saya ckp saya tak de cash banyak tu nak buat(x mampu)tapi pas2 die tawarkan harga student RM 688.00 saya masih ckap tak ckp budjet nak buat saya rasa macam di paksa ambil pakage tu, selagi tak ambil selagi tu x leh nak kuar dari yu nam tu jadi saya ambil keputusan saya bayar rm 100 (habis duit belanjerrr)suami saya pun bisinglah kenapa sampai memaksa bila kita kate tak mampu tu. kak leh tolong saya at komplen tak. nurves r nak komplens..

  4. mengikut apa yang saya pernah lalui, ramai lagi antara kita (pengguna) tidak mempunyai minat untuk melaporkan sebarang masalah @ aduan kepada yang berkenaan. malas nak lalui kepayahan membuat aduan mungkin…
    .-= beliamuda´s last blog ..30 Penerima Pertama Biasiswa Nasional 2010 =-.

  5. Bagus sebab ada kesedaran nak mengadu/mengomplen, dan yang dikomplen pun proaktif untuk berubah. Saya dulu pernah keje di customer service, saya anggap setiap komplen itu satu cara untuk perbaiki diri.

    Tapi cara membuat aduan biar lah berhemah dan berbudi pekerti. Nak pekena pun, biar cara lembut. Saya setuju cara kak jie tu. Makan dalam ingat sampai mati, so bila kerje kat tempat lain pun, pengalaman tu tetap boleh diguna pakai.

    • mesti ada banyak pengalaman dgn pelanggan…manusia ni berbagai ragam ada yang boleh sabar ada yang bercakap ikut emosi…kena pandai2 le control keadaan kan?

      sebenarnya tujuan mengadu atau komplen bukan untuk melepaskan marah tetapi kerana rasa tanggungjawap dan fikir pihak satu lagi mungkin tidak mengetahui keadaan sebenar, macam kes ni

  6. salam kakjie..cikmin ni kan..banyak jugak kalau nak komplen ni..selalu jek tak puas hati terutama di hospital la..tapi selalu macam tak kompidem je nak tulis sirat cinta..last2 senyap je la..bila balik kerumah mula la membebel sorang2 😳
    .-= cikmin´s last blog ..Tembikai Viagra semula jadi =-.

  7. kak jie, salam kenal…

    sy pun pernah komplen McD ni, no telefon mmg tak terupdate. siap silap no amoi mane ntah.
    tapi bagus mereka ni, sbb komplen kita dilayan dengan baik. cuma yg paisei sikit masa tu, rupanya jiran depan rumah yg handle komplen saya tu.
    .-= laila´s last blog ..Aktiviti CNY II : Muhammad Zafran & Damia =-.

  8. orang kita ni sebenarnya kurang lagi bab2 komplen ni..kalau komplen kat kedai kopi ramai..tapi komplen terus terang ni kurang sikit
    .-= wanmus´s last blog ..Bunuh Budak Lagi?? Kita Kat Zaman Firaun Ke? =-.

  9. salah seorang dalam keluarga saya (pertalian sgt rapat) bekerja di McD bahagian QA makanan. dia penah pesan untuk komplen kat website tu kalau ada masalah. Kalau tak ada tindakkan, komplen lagi. kalau ada orang McD call dan cara dia cakap tu teruk atau apa2 tak puas ati pasal orang tu, boleh komplen lagi. Dia orang sedia menerima komplen dan cuba selesaikan 🙂
    .-= mrkay´s last blog ..DiGi bakal menjadi pesaing Maxis untuk iPhone? =-.

  10. syabas ya kakjie. Itulah tandanya kakjie seorang pengguna yang bertanggungjawab.
    .-= KakChik´s last blog ..Playing With a Tricycle =-.

  11. Tak syak lagi yang kak ni kaki complain…sehingga McD terpaksa layan. :p
    .-= tekkaus´s last blog ..How Many Plastic Bottles Will Christiano Ronaldo Wear? =-.

  12. ingatkan da salah masuk blog org lain da..
    rupanya dah tukar baju..
    heheh..
    saya pernah jugak buat aduan mcD,
    maki hamun sikit2 je..
    takde pulak dorang nak balas..
    huhu…
    ingat nak post dalam blog.
    tapi malas pulak nak buat entri emo2 ni..

  13. Sekarang ni zaman ISO, semua benda nak di ISO kan. Ada tmpat, memang menjamin kualiti, ada tempat yang lain, tetap sama pun. ….MMmmmm tengah pikir ni, nak nagadu kat tony penandez ke tak ni :roll:
    .-= Anyss´s last blog ..Mohon Sumbangan. SEGERA!!!!! =-.

    • @Anyss, kalau bab ISO ni memang mcm tuh, ada piagam dia, kena jawab aduan dalam masa beberapa hari..

      kalau tak jawab, nanti bila time audit iso kena lah jawab nanti

  14. cepat jugak dia reply complaint ek? selalunya diorg nie endah x endah je
    .-= CikLilyPutih´s last blog ..Gleneagles Intan? sapo plak nie =-.

  15. Saya pun mcm kak jie..suka mengadu..kekeke. Takpe sbg pengguna kena tegakkan benang sampai berdiri tggi 😆 . Haritu saya complaint kat mcd sbb dia slh bg saya burger. saya diganti burger yg sama satu set lg. padahal saya tak tunjuk pun bukti resit pembelian. klw saya tipu pun still dpt mkn mekdi 1 set percuma. haha. diorg siap hntr kat ofis lg sbb saya malu nak pergi ambik benda free. 😆 😆 😆
    .-= fazemy´s last blog ..Gempa Bumi di Chile Pendekkan Masa Harian Kita =-.

  16. bagus kak jie.. ni le cara terbaik.. dari kita komplen itu ini tak kena, tapi sesama kita jer.. patut beritau org yg bwajib.. best kak jie..
    .-= fiezaradzi´s last blog ..Tak Puas Hati Dengan Bos =-.

  17. Wah..K.Jie mmng penegak kebenaran 🙂
    Go go go 😉
    .-= fana164´s last blog ..~Bila Mamat Hensem Masuk Komuter Yg Padat Macam Sardin~ =-.

  18. bayangkan kalau zaman xde blog. punya la payah nak isi borang la. nak tulis kat suratkhabar (sokkabau) la kan. sekarang senang. semua benda boleh diluah di sini. bagus k jie! salute!
    .-= KNizam´s last blog ..Google Doodle for Today – Antonio Vivaldi =-.

  19. hehhe..bagus2jadi pengguna gini..pasni kalo kjie dtg kedai diorg, mesti diorg lebih berhati2..heheh
    .-= jmr´s last blog ..Cuti-cuti Utara..Malaysia ye, bukan Kutub Utara =-.

  20. saya pun pernah buat aduan mcd..tapi melalui telefon…bubur ayam lembik..terus dapat tukar balik..kuasa pengguna tu penting…saya pernah buat aduan streamyx,dpt rebate,aduan pakej hotel/dpt pulangkan balik,aduan celcom, dpt rebate…dan saya gunakan kuasa pengguna…byk membantu saya dan menyedarkan saya bila buat surat complaint ini…
    .-= eyriqazz´s last blog ..Kisah Si Genius =-.

    • @eyriqazz, kalau kita betul, memang kita akan dapat balik apa yg sepatunya… selalu juga telefon majlis daerah, jabatan alam sekitar… 😆

  21. jarang2 sekali komplen secara rasmi…

    selalu cume bebel2 sendiri lepaskan marah.. pastu ok dah :mrgreen:
    .-= ~mrs azmi~´s last blog ....dan jawapannye adalah……..!! =-.

  22. bagus dengan apa yang kak jie buat.. biar customer service dapat dipertingkatkan lagi.. disebabkan dengan masyarakat kita yang kebanyakkannya tidak berapa kisah..customer service di sini memang agak teruk..sakit hati woo.. 🙂
    .-= Bb Hussain´s last blog ..Tersenyum kembali =-.

    • @Bb Hussain, kita selalu menyalahkan orang lain..komplain bukan ‘menyalahkan orang’ tetapi bertanya kenapa dan mengapa…mungkin hal-hal tertentu kecil bagi kita..contoh nombor telefon ni,

  23. so far yang saya tau mekdonal memang cepat jawab komplen kak. haritu si zana komplen pasal tak dapat aiskrim pun dierang dah reply heheeh
    .-= Elyn´s last blog ..Serabai!! =-.

    • @Elyn, customer service company lain patut macam ni juga kan….sapa yg untung….. blogger tulis baik dan buruk sebab dia org tak sebelah mana-mana 😆

  24. wah kakjie pengguna yang bijak. kena contohi kakjie la lepas ni. hehe
    .-= zaiMi´s last blog ..Blog Ini Ditimpa Bencana =-.

    • @zaiMi, tiap org ambil peranan masing2..walau pun kecil…kalau tak dapat ikut semua, kita jangan tinggal semua :mrgreen:

  25. saya pula jenis “ahh..takpelah..” punya orang.hehe
    .-= penyubiru´s last blog ..Yeah! Dapat Tiket Wayang TGV Free!! =-.

  26. zah penah buat aduan ngan pos…depa jwp gak emel..cuma tak pasti apa tindakan selepas itu…emm… ❓
    .-= izzah´s last blog ..Idea….mana kau pergi… =-.

  27. bagus la kak. Kite sebagai pengguna memang ada hak =)
    .-= aini´s last blog ..Mahu Sedih Atau Gembira Menggila? =-.

    • @aini, hal kecik je kan..telefon tak angkat
      tapi rupa2 ada kes besar – nombor telefon baru tak dikemaskini… 😆

  28. bravo ah mama! terrbaik! HAHAHA> ada tak staff celcom baca ni? huhu tercalar kot maruah tu? staff agrobank da ade dah 😀

    • @yonna, staff celcom baca pun dia tak de rasa apa2…sebab hari2 dia dah dapat berguni2 email makian sebab service..kalau mama yg tulis bahasa rasmi lemah gemalai tu..tak de menyentuh hati dia pun…kata orang dah imum 😉

      • @Kujie, CEO Celcom baca komplen dia senyum jer sebab apa perlu dia peduli. Janji duit masuk tiap saat.

        Celcom memang CS tak boleh pakai punya. Atau memang tak ada sistem yang bagus dalam organisasi mereka?
        .-= BAGAK´s last blog ..Penulis Blog Tegar =-.

  29. 🙂 kak jie mmg patut buat macam tu. Tindakan yang matang daripada marah2 pastu dierong tak nak buat apa2 perubahan….Saya pun nak buat macam tulah, selalunya sya banyak berdiam diri.. Thanks kak jie

    • @farenova, tapi tulis komen tu kena elok2lah… mesti dapat balasan. Lagi pun kalau itu memang hal kita sebagai pengguna walau pun dalam kes Mcdonalds ni, bukan babitkan produk utama mereka tetapi customer service mereka

  30. kalau dapat feedback tu oklah..saya penah buat aduan tapi tak dapat feedback langsung…camna tu akak? last2 biar je gitu..
    .-= Kancilbiru´s last blog ..Tips Nak Dapat Panggilan Temuduga =-.

    • @Kancilbiru, apa lagi…blog it out lah… blogger pun ada pengikut tersendiri kan..ada pembaca.

      😆 😆

  31. izzat aziz says:

    kadang-kadang tu menyumpah kat mulut je..
    malas nak komplain 😀
    .-= izzat aziz´s last blog ..Halalkan Penguguran Anak,Mengurangkan Jenayah? =-.

    • @izzat aziz, hahah. sama lah kita dik. err org2 muda mmg mcm ni la T______________T malas nak komplen ke ape padahal benda tu perlu utk kebaikan bersama suatu hari jugak.

  32. tertinggal anak…? ahahha… lawak la kak kujie ni.. 🙂
    .-= zuhaini´s last blog ..And the winners are…. =-.

  33. Salam Kak Jie, Selamat pagi. Datang ke sini dari twitter.

    Kak Jie bukan kaki komplen cuma sedar nak gunakan kuasa sebagai seorang pengguna. Ramai yang komplen tapi bila suruh isi borang atau buat aduan, tak buat dan dijawabnya balik “Ceh, isi borang pun belum tentu lagi diaorang buat pe2” Memang betul tapi di sebelah kita, kita dah laksanakan hak kita.

    Dan apa yang Kak Jie buat tu kira Seksi la. :mrgreen: (ni ayat gimik macam Sharing is caring @ Sharing is Sexy) 😆

    p/s : masih terfikir2 kenapa la keyword tuu sampai ke sini. Hehe
    .-= Incik RestNrilekS´s last blog ..Hari Kraf Kebangsaan 2010 @ National Craft Day – =-.

    • @Incik RestNrilekS, Salam Encik Rizal yang popular dengan “clear keyword” 😆

      Kalau isi borang tulis-tulis tu agak malas sikit… kalau online tak ada masalah 😆

      Seksi yang seksa tu 😆

  34. salam kakjie, wah sentap! yang nie tak tau bila lak nak masuk paper 😆 😆
    .-= yanmie´s last blog ..Hotel Mania – Drama Muzikal di TV3 =-.

  35. kak kujie mmg berani.hehe
    suka 😆
    .-= Faiz´s last blog ..Hello world! =-.

    • @Faiz, lor..apa nak takut hal2 macam ni.. pernah telefon polis sbb nampak org terbongkang tepi jalan..dgn motor terbaring…tak berani nak berhenti..takut taktik utk merompak… 😆

Trackbacks

  1. […] rekod saya pernah menulis surat aduan dan mendapat balasan dari McDonald dan saya juga pernah menulis aduan pengguna kepada Watson’s kerana perbezaan harga barang di […]