Misteri Kes Bunuh Bekas Adun

Saya check keyword dan ternampak pengunjung dari Jepun ini mencari kes bunuh terbaru di Malaysia.


Dari sumber ondscene ( rujukan kes jenayah dan kemalangan) , kes bunuh yang misteri baru berlaku pagi ini 3hb Ogos 2010 jam 11 pagi di KM455-7 , Lebuhraya Plus arah Utara selepas Restoran Jejantas Sg Buloh .

Kes membabitkan bekas Adun Permatang, Kuala Selangor Dato Abdul Aziz Mohd Nor , yang ditemui maut dengan kesan tembakan di kepada  di dalam Toyota Caldina yang terbabas  . Seorang wanita, dipercayai pembantu peribadi beliau, Siti Rohana Ihsamat, juga ditemui maut di dalam kenderaan ini juga dengan kesan tembakan.

Sepucuk pistol jenis revolver ditemui di dalam kereta ini bersama lesen memiliki senjatapi dan peluru yang disahkan milik Dato Abdul Aziz.  Siasatan mendapati tembakan dilepaskan dari bahagian dalam kenderaan tersebut. Kereta Toyota Caldina tersebut milik Siti Rohana dan dipandu oleh Dato Abdul Aziz semasa kejadian.

Kes bunuh yang misteri.

Al-fatihah dan takziah untuk keluarga .

Berita terkini akan di update di ondscene.blogspot.comterimakasih Encik Sham kerana sempat membalas email saya walaupun kerja 25 jam sehari…  Blog dah ringan macam gula-gula kapas!

28 Replies to “Misteri Kes Bunuh Bekas Adun”

  1. Itu le, Islam dah ajar kita, hubungan muhrim / bukan muhrim. Tak kira le apa kerja, jawatan.Harap-harap takada la berlaku perkara yg dilarang Allah.
    Islam tu syumul.Dah ajar dari bangun tidur,mandi, makan,keluar rumah,kerja hinggakan masuk jamban pun diajarkan.Tu yg kita duk ……. dgn isteri/suami kita tak payah dicerita la…

  2. Ada beberapa kemungkinan terhadap tragedi ini. Kita pun tidak tahu. Mungkin, scandal, mungkin perbalahan perniagaan atau motif politik. Hanya Allah saja yang mengetahui. Walauapa pun kita sebagai orang Islam hanya mampu mendoakan ke atas arwah berdua. Fikirkan yang baik. Satu ketika dulu mereka berdua ini pemayung warganegara. Jasa mereka tetap kita kenang.
    Jom terjah post menarik dari Azhar ..What Does Urinary can tell You !!My Profile

  3. Eiman, lu fikir la sendiri…nak lari macam mana tembakan 2 das di kepala dan 1 das di kepala dato

  4. Takziah!. Dato Aziz seorang hamba allah yg amat baik hati,pemurah,happy,pencetus kemajuan pada yang pernah mengenali.

  5. kejam betul..xkan kes ni orang dalam kete 2 jugak yg buat..adui..xpaham dgn manusia skang..kurang sorang adun kat selangor ni..
    Jom terjah post menarik dari cuz ..Masih Ada CintaMy Profile

  6. apa2 pun kita yang hidup nie.. setiap perkara jdikan iktibar.. yg hidup ni sama2 doa-doakan roh dato’ aziz dicucuri rahmat..

  7. sungguh misteri kes pembunuhan tersebut.. kalau tembakan dari dalam kereta mesti orang tu samada mati sama atau sempat lari lepas kemalangan tersebut.. ish…
    Jom terjah post menarik dari eiman ..Berjalan di Shanghai ChinaMy Profile

Comments are closed.