Niat Tidak Menghalalkan Cara

Mungkin semua orang pernah tengok iklan Projek Harapan High5 dengan dutanya Fasha Sandra. Bagi saya iklan ini tak sepatutnya disiarkan kerana terlalu banyak babak perlakuan buruk yang dipaparkan dari sedikit kebaikan yang cuba disampaikan.
Iklan bermula dengan seorang budak lelaki yang melakukan berbagai-bagai kesalahan seperti meletakkan chewing gum di pintu lif, mengambil air tin sewaktu seorang dewasa sedang membeli air kat mesin, sengaja menekan lampu untuk melintas jalan di persimpangan lampu isyarat tetapi tidak melintas dan 2-3 babak lagi yang saya lupa.
Iklan tersebut pada akhirnya mengatakan semua kesalahan itu dimaafkan itupun selepas budak tersebut memotong barisan yang beratur panjang di mesin juruwang.
Iklan biadap ini mengajar kanak-kanak untuk berbuat sesuatu yang melanggar peraturan hanya untuk membeli sebuku roti…cukup tidak adil! Iklan ini telah melanggar salah satu prinsip Rukun Negara iaitu ” Kesopanan Dan Kesusilaan”.
Saya amat hairan bagaimana iklan ini boleh diluluskan untuk siaran. Niat tidak menghalalkan cara! Mungkin niat yang baik untuk projek Harapan itu boleh disampaikan dengan cara yang lebih berhemah supaya nilai-nilai murni dapat disemai dijiwa kanak-kanak dengan penyampaian yang lebih bersifat positif.




mmg ramai yg komplen iklan biadap ni….dlm iklan tu, tak de satupaun babak budak tu buat baik…benda2 mcm ni..senang jer meresap dlm fikiran budak2
salam kak jie…
ryn kureng berkenan ngan iklan ni…rasanye x sesuai la tuk kanak2..macam mengajar anak2 jdk biadap
sokong 100% patut iklan mcm tu xleh …ni iklan paling ***** yang saya tgk…
assalamualaikum kak jie..
1st time tgk pun dah tak suke ngan iklan nie. patut di ban kan je. sungguh mengajar kanak2 buat perkara yg tak baik.
salam perkenalan kak jie..:)
budak² yg tak pernah buat benda² macam tu pun boleh terpengaruh nak mencuba..spt letak chewing gum kat pintu lif..kenapa mesti nk tunjukkan hal mcm tu…issshhh..tak faham betul..
gambaran iklan tu terang dan jelas..dan kebiadapan budak tu berulang-ulang…tentu lekat kat kepala otak kanak² yg tengok iklan tu…
hi 5 skit kujie
*sambil hulur tangan atas nak tepuk tampar*
Reez rasa yang buat iklan tu tak tahu kot ape yang sepatutnya ditayangkan dengan ape yang tidak… Kalau tak pun, dia dah kehabisan idea nak buat iklan.. So, ape yang ade.. Dia main letak ajelah…
Reez tak pasti sebab Reez tak tengok lagi iklan tu… Bila Reez dah tengok, baru Reez akan tahu…
Ermm… Reez tak makan High5… Reez makan Gardenia aje.. Heheheheheeeeee….
kakak..
i missed all the iklans, aku bukan tv freak, and kalo layan pun astro. abang n gegirl pun tau tgk channel 60 – 63 ajer.
i think better they stik to that channel kalo dakkan iklan ko ni pun dia tau.
youngsters like them, mmg easily terpengaruh, they dont understand ‘dont’ but for them, keep thinking ‘oh i should do that next time’
mcm2 la..
apa nak hairan…ni mesti dah dapat supply roti utk setahun..pasal tu iklan tu diluluskan..agaknya lah..ha..ha..ha.. apa nak jadi entah..iklan tak bermoral..
~Papa Mafia~