Nurin Jazlin

Mayat budak perempuan itu adalah Nurin

PETALING JAYA: Polis hari ini mengesahkan ujian asid deoksiribonukleik (DNA) ke atas mayat kanak-kanak perempuan yang ditemui dalam sebuah beg sukan di Petaling Jaya Utama Isnin lepas adalah Nurin Jazlin Jazimin, 8, yang hilang sejak sebulan lepas.
Ketua Polis Daerah Petaling Jaya ACP Arjunaidi Mohamed berkata ujian darah ke atas mayat dan juga ibu bapa Nurin Jazlin mengesahkan hubungan antara kedua-dua pihak.
Katanya, ibu bapa Nurin Jazlin telah dimaklumkan tengah hari ini mengenai keputusan DNA itu.

Nurin Jazlin, pelajar tahun dua Sekolah Rendah Kebangsaan Desa Setapak dilaporkan hilang pada 20 Ogos setelah keluar bersendirian untuk ke pasar malam yang berhampiran rumahnya di Seksyen 1, Wangsa Maju di sini.

Mayat budak perempuan yang tidak berbaju yang dipercayai menjadi mangsa deraan seks ditemui oleh pemilik lot kedai di Jalan PJS 1 pada pagi Isnin lepas – BERNAMA

****************************************************************************

Al- Fatihah untuk adik Nurin Jazlin dan tahziah untuk keluarga adik Nurin Jazlin. Semoga mereka tabah menerima takdir. Kasihan sungguh anak ini dan tiap kali saya menatap Intan, saya rasa teramat sedih dan terfikir penderitaan yang ditanggung oleh Nurin sebelum ditemui dengan keadaan yang begitu menyayat hati.

Sebagai seorang ibu saya turut merasai kesedihan yang dihadapi oleh keluarga adik Nurin Jazlin dan merasa bimbang dengan setiap kejadian ngeri yang sering menimpa kanak² sekarang ini. Selamatkah anak² kita sekarang?

Mengikut rekod polis, terdapat sekurang-kurangnya 16 ibu bapa di luar sana yang masih menanti penuh harap malah mungkin sudah bergolok-bergadai menjejaki anak masing-masing – kesemuanya hilang dalam usia mentah iaitu di bawah 9 tahun.

Mereka yang terdiri daripada 10 lelaki dan enam perempuan tidak termasuk Nurin Jazlin dilaporkan ‘ghaib’ dalam tempoh Januari hingga Julai tahun ini sahaja. Ini bermakna secara puratanya dua kanak-kanak di bawah umur 9 tahun hilang setiap bulan, atau seorang hilang setiap dua minggu sepanjang tujuh bulan lalu.

Berikan tanda sokongan anda di Blog Nurin Jazlin

About Kujie

Pemilik tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang kerosakkan atau kehilangan yang dialami disebabkan oleh penggunaan maklumat di dalam laman ini. Jika anda memerlukan perkhidmatan nasihat yang khusus, sila dapatkan pakar bertauliah dan berpengetahuan di dalam bidang berkenaan.

Untuk biodata penuh boleh lihat di Biodata Kujie

Mereka Yang Berkongsi Rasa

  1. Sy tak dpt berfikir mcm mana ada org boleh sekejam itu, apalah dosanya budak itu…

    Bahagiakah?

    Sedih sgt, saya tiap kali menatap Intan..mesti terkenang…keletah anak² yang manja spt itu diragut nyawanya sekejam itu.

    Sanggupnya……..!!!

  2. Zana Sadri says:

    alfatihah…

    Moga rohnya di tempatkan digolongan org2 beriman…

    cepatla jumpa pembunuh tu.. rasa cam nak seksa dia cenggitu juga. 😐

  3. sedeh sgt laaa.moga allah azabkan ke atas org yg xde emosi kt anak kecil cm nurin nie.peringatan pada kita gak supaya alert selalu walaupun kt kawasan tmpt tnggal sendiri..

  4. hai … ntah la. mcm2 jenis manusia atas dunia nih. tiada kata2 yang dapat meringankan beban kesedihan ibubapa Nurin atas musibah ini.
    mudah2an roh allahyarhamah di cucuri rahmat.