Tan Sri Khalid adalah Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) di Permodalan Nasional Berhad (1979-1994) dan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) di Kumpulan Guthrie Berhad (1995-2003).
Khalid Ibrahim pernah bekerja sebagai guru, pensyarah, pegawai kredit , pegawai kewangan korporat dan memegang pelbagai jawatan tinggi dalam Permodalan Nasional Berhad (PNB). Beliau adalah ahli majlis eksekutif Unit Investment Fund dan ahli Financial Engineering Advisory Forum di Islamic Development Bank, Jeddah. Beliau juga ahli APEC Business Advisory Council (ABAC).
Beliau pernah dianugerah sebagai CEO Malaysia Terbaik 1997 dari majalah Business Times , Anugerah International Alumnus dari Universiti Queensland 2001 dan Anugerah “AAAB Captain of Industry Award 2002” (First Asian Academy of Applied Business”) dari Universiti Malaysia Sabah, Kota Kinabalu.
Seterusnya menjadi pensyarah pelawat di Oxford Centre of Islamic Studies, Universiti Oxford .
Biodata Menteri Besar Perlis

Dr Md Isa adalah bekas Exco kerajaan Perlis sehingga 2004 kerana pilihan raya umum 2004, beliau tidak dicalonkan semula untuk bertanding namun setelah sepenggal berehat, beliau dicalonkan semula bagi kerusi DUN Bintong pada pilihan raya Sabtu lepas.
- Saya tak jumpa biodata Menteri Besar Perlis yang baru, tunggulah sehingga saya berjumpa maklumat terkini, saya edit ye! Mungkin selepas semua orang bertenang dari kejutan demi kejutan .
- Saya tak pasti entri ini sepatutnya guna Orang besar-besar atau Orang-orang besar … tetapi saya suka orang-orang besar!
Biodata Menteri Besar Kedah > klik SINI
Post Lain Yang Berkaitan:



idop PAS!
uglyman – hehehehe..lawak² pun Raja berkenan…:p
tapi Juara Lawak yang sebenar adalah Shahidan Kassim..kehkehkeh
puas dah google cari, itu je image yg cun …:p
Lahai. Tak de gambo comel skit ke MB Perlis baru ni. Macam Raja Lawak aje. Hehehehe…