PACA Klon

Hari ini saya akan menghadiri kursus, taklimat dan bengkel sebagai polling agent dan counting agent (PACA) untuk melayakkan saya bertugas pada Pilihanraya Umum ke-12 nanti. – 8/3/08.

Polling agent yang dilantik berperanan sebagai wakil kepada calon yang bertanding di setiap tempat mengundi untuk memerhati proses pengundian berjalan bagi menjaga kepentingan calon yang bertanding.

Manakala counting agent pula memerhati proses pengiraan undi di pusat penjumlahan undi bagi menjaga kepentingan calon yang bertanding.

Antara skop bagi kerja² yang dilakukan PACA iaitu menyemak buku daftar pemilih sebelum pengundian berjalan, pastikan buku daftar pemilih digunakan kerani SPR dan PA adalah serupa, menyemak kertas-kertas undi yang dikeluarkan, memeriksa tong undi, menyaksi penutupan peti undi dan memerhati bilik sekitar tempat mengundi.

p/s.. suami saya pun ikut serta…bolehlah main cintan cintun macam Ali Setan & Asmida


Terimakasih kepada kawan² baru saya Rush Murad & Cendawanintim kerana sudi bertandang. Maaf kerana tidak berkesempatan untuk melawat blog kawan² saya buat masa sekarang.

Antara sebab mengapa saya suka berblogging adalah kerana saya sentiasa mendapat kawan baru setiap hari & masih dikelilingi kawan² lama yang setia. Saya sangat menghargainya.

Tetapi saya tidak suka diri saya di KLON….!!!! Saya cuma seorang makcik blogger dan kandungan blog ini hanyalah coretan peribadi yang belum mencapai piawaian Persatuan Penulis Nasional Malaysia (PENA) sehingga membuat seseorang berminat untuk menyalin cetak rompak.

p/s.. mungkin salah saya kerana iklan nuffnang DVD & CD DUPLICATION itu … hiks!

About Kujie

Pemilik tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang kerosakkan atau kehilangan yang dialami disebabkan oleh penggunaan maklumat di dalam laman ini. Jika anda memerlukan perkhidmatan nasihat yang khusus, sila dapatkan pakar bertauliah dan berpengetahuan di dalam bidang berkenaan.

Untuk biodata penuh boleh lihat di Biodata Kujie

Mereka Yang Berkongsi Rasa

  1. mad redo1 says:

    woah! sibuk sungguh jie nanti ek? harus kah mad redo1 menyibukkan diri jugak? takyah lah kot… hehehe…

  2. cikgu panji

    kakjie bukan selebriti…. tulis pun entah hape2…tp kalo nk kutip bulat2 pun…bagilah credit kan….

    Pak Ngah

    sy mengundi di tempat lain. Tapi bertugas pun bukan dari 8-5, ikut shif setiap 2 jam.

    lily

    uikkk….nk msk keje jgn cite ari ahad…he eh he

  3. syu

    bukan klon templete, ada org salah faham ni..kalo n k ikut lauyout ni tak heran sgt…tp “klon” diri mama la syu..hehehehe..kelakar giler..

    muadz

    hai tukang sibuk , ibu anak 3…tapi kalo seorg ibu mmg sibuk pun..ha ha ha..

    cendawanintim

    unik sgt nick..hehehehe..in-team gitu..hahahah

  4. Lily.Lulu. says:

    samat berhujung minggu kak jie .. esok dah start masok keje balik ..

    🙂

    jaga diri …

  5. Pak Ngah: says:

    :: salam… selamat bertugas…

    :: harap tak lupa mengundi walaupun bertugas di tempat mengundi… kahkahkah…

    :: tapi mana tau… bertugas di tempat lain… tempat mengundi di tempat lain… haru…

  6. cikgu panji says:

    K Jie,Peminat fanatik le tu…

  7. cendawanintim says:

    Salam…

    hikhik…publish nama (cendawanintim) lagi tuh…selamat berkursus dan juga selamat bertugas pada election nanti…

    Happy sokmo ok!

  8. muadzlife says:

    lerr….best nya dpt cintan cintun masa election..kui kui kui…..

    klon? eh?

    tukang sibuk,
    ibu anak tiga

  9. eh?ade org klon mama ke?