Pancuran airmata

By Kujie, 22/08/2008 8:23 am

benderamalaysia Pancuran airmata

Tiap kali saya melihat, pemenang pingat emas Olimpik bergenang air mata atau menangis sewaktu majlis penyampaian pingat, sewaktu bendera negara mereka berkibar,  saya yang bersantai di sofa turut menangis… sensitif betul!

Banyak soalan² pecah kepala yang ditanya anak², antaranya kenapa GREAT BRITAIN ?

Kenapa pasir dalam acara bola tampar pantai /lompat kijang/lompat jauh tidak melekat pada badan atlet walaupun mereka berpeluh?

Macam mana bendera boleh berkibar apabila hampir sampai di akhir tiang sewaktu acara menaikkan bendera dan memainkan lagu kebangsaan negara yang menang pingat emas, sedangkankan angin tidaklah bertiup kencang di stadium.

Antara info baru yang saya tahu adalah mengenai kenapa penerjun akan mandi di bawah pancuran air selepas setiap kali mereka naik dari kolam renang.    Atlet renang akan berenang menuju tangga,, mendaki naik dari kolam renang untuk mandi dibawah air pancuran.

Sebelum ini saya ingatkan ianya bertujuan membersihkan klorin yang terdapat pada air kolam renang tetapi sebenarnya untuk memastikan otot² mereka sentiasa panas selepas keluar dari dalam kolam renang. Ini kerana perbezaan suhu di dalam kolam renang kira² 27 darjah celsius sedangkan suhu di udara biasanya antara 20-22 darjah celsius.  Perbezaan ini boleh menyebabkan otot menjadi tegang dan untuk mencegahnya mereka perlu memanaskan badan dengan mandi air pancuran.

Baru saya tahu…

Chew Chan adalah atlet tunggal negara yang masih menggalas hajat kontinjen Malaysia bagi menghadiahkan pingat sehingga hari ini.

Malam tadi menjenguk² kepala mencari Yuan Yu Fang dalam acara 20 kilometer jalan kaki wanita , rupanya² dia tarik diri kerana sakit perut . Alahai…balik kampung halaman pun kena food poisoning pula.

Malam sebelum itu , pasukan bolasepak Brazil tewas kepada Argentina 3-0 dan malam tadi pasukan bolasepak wanita mereka tewas pula kepada pasukan Amerika Syarikat 1-0.

Jamaica menyapu bersih semua empat acara pecut lelaki dan wanita.

Kedua-dua kuartet lelaki dan wanita acara 4×100 meter pasukan Amerika Syarikat gagal layak ke peringkat seterusnya selepas kesilapan menjatuhkan baton dalam perlumbaan – saya tengok live acara ini dan rasa “lain” bila pasukan Amerika tidak di final.

Kejayaan Azizul layak ke suku akhir acara berbasikal 200 meter pecut cukup membanggakan biarpun terpaksa akur kepada juara dunia dan pemenang emas, Chris Hoy dari Britain. Azizulhasni adalah satu-satunya pelumba Asia daripada lapan peserta di peringkat suku akhir acara pecut individu Sukan Olimpik.

Azizulhasni juga adalah seorang blogawan keranaa beliau memiliki  blog http://thepocketrocketman.blogspot.com

Random Posts

7 Responses to “Pancuran airmata”

  1. Merong says:

    Baru sy tau fungsi mandi di pancuran tu…ingatkan nak ilangkan klorin jugak.. :lol:

    Merongs last blog post..Kenapa aku masih bekerja, walaupun Nepal dan Bangla sedang bercuti???

  2. Neeza says:

    neeza respect dengan wanita yang minat sukan, especially para isteri sebab dia boleh jadi teman setia sisuami tengok sukan.. tak macam neeza.. nasib baik husband neeza pun lah fanatic sangat.. sebab takde channel tu kot (kami tak ambik) heheee..

    >>> kadang2 bila pergi stadium sama2 lebih mengeratkan hubungan dgn anak2..kita masuk dlm minat dia.

  3. arin says:

    Bab Yu Fang tuh .. agak nye sebab dah sekian lama tak balik kg dia..tuh yg makanan jadik tak sebati kt perut dah..

    >>> ha ha ha..itulah…. sekali bali kampung… tak tahan tak makan pedas :lol:

  4. intan says:

    Mandi air pancuran? Hmmm.. thanks 4 the info K.Jie! ;)

    >>> cuma berkongsi…entah esok lusa hidup kita brakhir..sekurang2nya apa yg ditulis ada orang lain yang mendapat manafaatnya

  5. muadzlife says:

    blogawan gitu..

    hehehe..semangat kakjie…

    teruskan..

    >>> rasa sesuai je guna blogawan tu :lol:

  6. mz says:

    the one and only our athelete that perform superbly sexceeding personal best in olympic is this tiny creature, the live tv caster was mentioning his name all the time “aweng … aweng bla bla … aweng” :D rasa proud kejap. in sprint event he lost to the mighty briton at quarterfinal who eventually won the gold but he did gave the briton a close ride! may he succeed in London @ 2012.
    in keirin is mostly bad luck and lack of sexperience otherwise he would have a bronze at least.
    pocket rocket man indeed!

    >>> amboi bersemangat sungguh pakcik dengan aweng ni… :lol:

  7. Mohd Hafifi says:

    saya kurang berminat dgn sukan awak tapi mmg sedey la orang kita xdapat pingat.. :sad:

    >>>sukan adalah salah satu faktor yg merapatkan keluarga saya….minat kami bersama

Panorama Theme by Themocracy