Panduan terdesak di saat akhir

By Kujie, 25/09/2008 11:43 am

thwoman carrying boxes bags walking Panduan terdesak di saat akhir

Kita dah hampir nak raya, tentu masing-masing sibuk menyediakan persiapan dan bershopping. Kepada suami tercinta , janganlah merungut tentang keghairahan isteri anda bershopping kerana dia bukan melaram sakan untuk diri dia seorang tetapi untuk seisi keluarga.

Siapa beli persiapan anak-anak? – Isteri!
Siapa beli persiapan suami ? – Isteri!
Siapa beli buah tangan untuk keluarga di kampung ? Isteri!
Siapa yang menyediakan kuih muih ? Isteri ( suami jemput kawan-kawan dia je)

Pendek dan panjang kata……..isterilah yang memeriahkan dan membuatkan sambutan hari raya anda para suami sempurna. Jadi apa salahnya anda berterimakasih atas khidmat unutk mempastikan anda dan keluarga anda sempurna dengan segala yang teratur. Semoga sambutan hari raya tahun ini anda dan isteri bertambah kemesraan, kasih sayang yang bertali arus ( spt kesesakan jalanraya ) dan bunga cinta lestari berkembang mewangi menghiasi rumahtangga .

1. Niatkan untuk menghiburkan dia semasa shopping. Jika dia terhibur, barang yang dia akan beli lebih “masak” proses membuat keputusan. Jika niat ini benar-benar dari suami, ia terpancar ke muka walau pun ada seketika timbul perasan menyampah.. tetapi kuasa niat tadi mampu untuk melenyapkan muka bosan itu nanti.

Teruskan niat ini disepanjang sesi shopping ini bahawa “sebagai suami, aku ingin menghiburkannya kerana Allah Taala”.

2. Kosongkan aktiviti pada hari itu melainkan semata-mata untuk bersamanya. Jangan ada sekali-kali temujanji dengan sesiapa selepas shopping. Kerana, waktu “kecederaan” yang diambil oleh isteri ini, biasanya, melebihi 20-50% dari yang dijanjikan. Yang dibimbangkan nanti ialah orang yang dijanji telah menunggu tetapi isteri masih berbaris di kaunter bayaran.

Akhirnya kemanisan yang dikecapi selama 4 jam tadi tercemar dengan kelewatan isteri 4 minit.

3. Alangkah romantisnya kalau suami tidak membawa handsetnya bersama. Terhindar dari gangguan.

4. Semasa berkereta dalam perjalanan ke komplek membeli belah eloklah tanyakan kepada isteri …apa barang yang ingin beli, apa kriteria, apa jenis, apa alternatif yang boleh dia terima jika kehendak pertama tidak ditemui.. julat harga yang dijangkakan. . ( jangan terkejut dia akan keluar berjela senarai perbandingan harga bagi satu jenis barang.. termasuk jenis barang yang sama yang terdapat di England sekali).

Ini akan menyebabkan isteri anda lebih bersedia dan lebih melonjak keseronokannya.

5. Tiba di kedai , buat-buatlah sibuk tunduk bongkok mencari barang yang dia cari. Jangan berdiri tercegat di pintu kedai atau tinggalkan dia sendirian sambil suami pula merayau ke kedai lain.

6. Kalau dia meminta “second opinion” dengan kata-katanya, “Cantik tak abang kain ni untuk saya”…?

Berilah pandangan dengan kata- kata, “Pada pandangan abang …..”

Jangan terus kata, “OK ! .. Lawa..” . Kemudian senyap.

7. Kalau dia minta pandangan mengenai sesuatu barang yang dia nak beli, jangan terus membelek tanda harga. Ini mengecewakannya. Berilah dulu pandangan kita dari sudut nilai astetiknya termasuk nilai budaya, nilai emosi. Sebab faktor harga adalah penilaian terakhir bari mereka. Mereka sanggup berbelanja lebih jika barangan itu memenuhi keperluan dan kehendak mereka.

8. Mata tu jangan terlampau sangat menjeling wanita-wanita lain yang sedang bershopping. Dia nampak tau. Tapi suami dibolehkan mengusik jurujual-jurujual wanita dengan alasan untuk membantunya mendapatkan potongan harga.

9. Bila tiba di rumah, tolonglah dia sekejap membuka barangan yang telah dibeli tadi. Pasti dia akan mencuba sekali lagi. Pujilah dia kerana bijak memilih barangan itu.

10 . PERHATIAN: Sebelum isteri anda mencuba pakaian luar atau dalam di tempat mencuba pakaian yang terdapat di kedai , suami hendaklah masuk dahulu dan periksa semua bahagian di bilik kecik itu agar bebas dari WIRELESS CAMERA. Kita bimbang ada orang merakam dan menyebar ke dalam internet.

Siapa yang malu…. kita dan keluarga kita !

Kujie © -  status sekarang – AFK – edit 10:10PM

Random Posts

43 Responses to “Panduan terdesak di saat akhir”

  1. ummi says:

    Salam Jie…Lama x singgah ni..macam2 citer..suka lak baca..!! Bernas la ko ni Jie..hehe..Akak kan kalu shopping mesti kena ada suami sebab dia memang setia menunggu, tolong cari saiz, tolong belek sume..Satu lagi dia perlu ada bila nak bayar….kuang kuang kuang..tu pun kalu dia ada duit..tap kalu xda duit pun, dia kena ada jugak sebab nk swip (*bukan kad kredit tau..!!) kad bonus link dia tu (kalu kat Parkson laa..di Ktn ni haa)…dpt jugak point eh! Tapi kalu di KL, xdalah…kalu dah g Gulatis, Sogo ke, Mall2 sume tu…hehe..xda point2 nya laa…Tapi dia memang pengiring setia dan bila akak sibuk memilih, dia sudi pegangkan handbag akak…ok lah tu…dia jenis x byk songeh!!!

    Akhir kata, salam aidilfitri dari akak n family untuk Jie sekeluarga….Maaf zahir dan batin yaa…muaahhh!!

    ummis last blog post..Udang Nestum

  2. kjah says:

    salam aidilfitri. maaf zahir & batin kalu ada salah silap selama kenal. 0-0 yer. raya jemput la datang ke rumah di sbn, n9.

    lotsaluv,
    kjah, carlos & cem

  3. yonna says:

    erk..
    semua isteri2 telah dtg ke blog mama utk memberi komen :lol: hahaha..

    saya masik budak2 comel.
    tak layak bagi komen utk entry ni :p
    ngeh2..

    ma,AFK tu ape?

    yonnas last blog post..iklan raya Petronas 2008

  4. callister says:

    menarik post ni kujie..
    1st time smpai sini..

    ape yg kujie ckp 2, betul sumenya..
    bukan susah nk amik ati pompuan kan?

    callisters last blog post..Tag dari Cik T.a.t.a

  5. cakapkosong says:

    Tangan yang menghayun buaian, juga mampu menggegarkan dunia :razz:

    cakapkosongs last blog post..Ditag lagi…….

  6. KNizam says:

    selamat hari raya aidilfitri 1429H
    maaf zahir batin….hohoho baliikkk kammppunggg. hehe :)

  7. Sambung sikit lagi kak jie

    Siapa yang desak suami tukar langsir, sofa perabut – Isteri
    Siapa yang desak suami balik kampung mak / bapa dia – isteri
    Siapa yang pau bonus & gaji suami menjelang hari raya – isteri
    siapa yang mengelapkan mata suami – Isteri

    Pendek dan panjang kata……..isterilah yang “memeriahkan” dan membuatkan sambutan hari raya anda para suami
    Jangan marah nanti kena jual He He He He

    P/S saya tau semua isteri kat sini TAK macam diatas, Kat sini para para isteri semua nya saling faham memahami antara satu sama lain Tak gitu..
    kejadian diatas berlaku bukan di Malaysia tetapi di Republic of Congostan..

    hashim habeeds last blog post..Bila Rakyat Sudsidi KERAjaan

    • Kujie says:

      tu dia , pejuang / hero lelaki Malaya dah datang… :lol:

      eleee…lemahnya lelaki tu kan..
      kena ‘cuit’ sikit dgn bini pun dah menyerah kalah
      tu baru ‘buat² merajuk’ :lol:

      Langsir baru tu sebab yang lama abang dah buat katup kereta- sayang kereta sejuk kena embun
      Balik kampung tu bukan apa…nak bagi abang juga megah kembang lubang hidung kena puji sebab menantu baik
      Bonus/gaji abang tu kalau tak guna nak buat apa? Duit memang dicipta utk dibelanjakan bukan untuk buat bungkus nasi lemak
      Ele…abang yang pakai spek mata itam…nak kata kita gelapkan pula…

      ha ha ha… ambek ko…
      :lol: :lol:

  8. BaniHassim says:

    salam…
    saya ada sesuatu yang nak diberikan utk anda…

    kalau sudi, jenguklah blog saya dan ambil…
    itu saja yang saya mampu… :)

  9. diva says:

    tak keluar lagi kotak borak dia… hihii… jie buat ape tu…?

    divas last blog post..Timakasih CuteFrog….

  10. muadzlife says:

    suami mmg ok kalau ajak shopping..hehehee…

    tapi sy lebih rela sopping sensorang senang…

    br bali dok shopping pra terakhir raya ngan anak2….
    senang!..sumer dah siap!… :grin:

    muadzlifes last blog post..Briyani kedai daaaa

  11. megat says:

    seronok dapat shopping bersama macam akak. cemburu pula melihat keadaan seperti itu.

    tapi malang bagi saya, saya rasa saya gagal melayan kehendak isteri seperti yang kak jie cadangkan. mungkin sesuatu perkara saya nilai sebaik mungkin dan melalui pengurusan psikologi tertentu tapi malangnya selalu di salah ertikan isteri.

    kadang-kadang puas saya beralah, tapi nampak gayanya tidak dihormati. dan yang paling saya tidak suka apabila sesuatu pembelian itu lebih kepada pembaziran dan tak masuk akal.

    saya faham perhargaan seorang isteri tetapi ia patut menilai secara keseluruhan termasuk pendapatan seisi keluarga.

    akhirnya hubingan menjadi semakin tawar.

    megats last blog post..Punyai Nilai Sentimental, Kad Raya Mengeratkan Silaturrahim

    • Kujie says:

      terkedu!

      tak pasti nak cakap mcm mana…sbb tak faham situasi sebenar..apa pun kak jie harapa megat lebih tabah, itu dugaan setiap orang yg mempunyai jalan hidup yang berbagai.

      Tiap org ada kelebihan dan kekurangan masing²

      Moga hari yang mendatang dipelihara Allah dari segala kekusutan dan kerumitan hidup dan dibukakanNya segala ruang untuk menjalani hidup dengan lebih baik. Amin

  12. lochoe says:

    owh.. mcm menyelami perasaan perempuan pulak la yek.. hehe :-)

    bagusla…. saya dh faham dah, lepas ni taknak buat apa yang kak jie larang, dan nak buat apa yang ak jie suruh..

    so mana2 wanita, sayala pilihan terbaik untuk dicaplekan…sbb dh memahami kehendak wanita2 ini ..

    so mehla kontek saya ek.. kehendak anda adlah tangungjawab kami

    lochoes last blog post..Jom blogger, kita buat duit..!!

    • Kujie says:

      huhuhuhu…. skrg ni tka boleh percaya dgn kata² je
      kena buktikan…
      jom g soping..hahaha :lol:

      • lochoe says:

        ahahah…. saya menerima semua pelawaan .. tetapi jangan salahkan empunya diri ini, jika hanya boleh meneman.. memberi idea dan memuji pembawa, aku tidak suka membawa kertas bergambar agung itu.. so harap ditanggung la ek..

        lochoes last blog post..Jom blogger, kita buat duit..!!

  13. shaxx says:

    biasala ni…. hehehehe

    shaxxs last blog post..Crash and Down

  14. arin says:

    kehkehkeh..pendek kata mmgbetul le sang isteri yang byk memeriahkan persiapan raya … kudos to semua isteri-isteri!!!!

    arins last blog post..Perihal Raya

    • Kujie says:

      bkn pendek kata lagi..panjang kata pun lagu tu
      dan selalu yg nk bergaduh baling piuk belangan tambah meriah pun rasanya dr isteri.. :lol:
      wahhhh….mcm presiden persatuan isteri² bagi ucapan je arin ni :lol:

  15. TokNabe says:

    Nak pegi shoping sekali lagi sebelum raya tiba tapi balik keje je penat, ah..tidur dulu. kalau dah tidur sah bukan seminitt dua. sampai sekarang belum jadilagi nak pegi2. Alhamdulillah sebelum raya dah settlekan semua utk anak2.

    TokNabes last blog post..

    • Kujie says:

      owh…Tok… ingat nk last minute shopping juga tu…slagi tak raya selagi tu la rasa ada je benda yg tak beli lagi..kalo dah raya..boleh pun :lol:

  16. Zana says:

    baru cadang nak beli sekian2 utk anak2,laki dan diri sendiri dah kena cantas awal2.. so… mmg mkn ati je la every nak raya. :cry: :cry:

    belajar dr mil … simpan duit sendiri, belanja sendiri. :smile:

    Zanas last blog post..Kad Raya

  17. menteil says:

    adeh… aku yang solo nie pon giler punya boros..
    memang susah nak kawal duit mengalir nie…

    menteils last blog post..Tangisan Lebaran

  18. owh! cara no 7 adalah sesuatu yg baru bagi saya. nanti akan di apply pada dating yang akan datang. thanks kak jie… best betul dpt tips dr org berpengalaman ni…

    aeropama dot coms last blog post..Fast Update! Contest Bulan September Di Lancarkan

  19. smaelz83 says:

    Saya x beli lg baju raya~~ :sad: baru dpt gaji.. huhu.. hujung minggu ni pegi mencari-cari di Klang..

    smaelz83s last blog post..Aidilfitri Card for You (Rob from someone)

    • Kujie says:

      lelaki mudah…… g beli utk diri sendiri
      merayap la dr subuh sampai maghrib pun
      kita ni nk kendong anak
      nak balik masak berbuka….tepung , butter, telur, gula semua tu nk kena beli gak
      wahhh…tgh kembung tu baru gaji :mrgreen:

      Kujies last blog post..Panduan tersedak di saat akhir

  20. intan says:

    Shopping raya tahun ni hb dah byk ikut garispanduan yg K.Jie senaraikan tu berbanding tahun2 sebelumnya. Mcm x percaya tapi I’m happy of coz. Berhabisan wang, masa & tenaga utk anak-isteri, bila sampai di rumah baru perasan selai je t’shirt utk dia sendiri… huhu

    intans last blog post..Tanda Ingatan di AidilFitri

    • Kujie says:

      hehehehe..kak jie pun pagi2 buta dia nk g keje
      baru nk ukur panjang..nk potong seluar
      seluar tu beli masa birthday dia bln lepas :lol:
      baju pun lum beli…semua nk sediakan
      dari baju kita, baju dia, hal rumah, kuih muih & bila nk blk kg bila nk itu ini
      huh! :lol:
      sakan tu Intan….perubahan positif
      kena print lekat kt peti sejuk :lol:

      Kujies last blog post..Panduan tersedak di saat akhir

  21. jiji says:

    Haih, sekaarang banyak lelaki yang terbalik code ngn pompan..ada yang dia yang terlebih merayap kesana kesini… peliknya merayap nak beli barang kita. Sampai nak fed up pon ada.. bnyk pulak skema permarkahan dia. Macam nak beli baju Ikot hati kita… beli je…tp kang nanti nak tgk dia jugak… jadi sabar je laaa@!~

    i hate last minute shopping laa@!~

  22. Neeza says:

    bab ni memang takleh nak tolong. Neeza lebih rela shopping sorang2.. tapi kan, kalau che’ abang neeza yang shopping barang dia, pandai pulak dia suruh neeza bertenggek kat situ dan tanya pendapat neeza.. sampai 28 kali pun ada.. letih nak menjawab hehee..

    Neezas last blog post..Count down – 5 hari lagi

    • Kujie says:

      Neeza, kalau tanya..tudung ni ngam tak kaler dgn baju ni..
      dia mesti jawap” boleh….
      entah pandangan tu ikhlas ke tidak betul ke tidak
      tapi rasanya dia nk kita cepat² siap tu…hehehehe :lol:
      kita ni pun dah tau dia mesti jwp mcm tu
      nak juga gatai2 nk tanya :razz:

      Kujies last blog post..Panduan tersedak di saat akhir

  23. Umimia says:

    Nasiblah saya…kalau shopping raya nih…si suami yang lebih beria-ia…..tak tercalar emosi..huhuhuhu

    Umimias last blog post..Ema’s story

Panorama Theme by Themocracy

Malaysia Web Hosting