Petrol Jualan Murah

Suasana agak tegang dan sunyi sepi. Kami berdua sedang tekun menatap peti TV . Perdana Menteri Malaysia , sedang lancar mengumunkan kenaikan harga petrol sebanyak 40% atau RM 0. 78 sen dari RM 1.92 kepada RM 2.70 seliter. Harga diesel dinaikkan RM 1 dari RM 1.58 kepada RM 2.58.

Antara ucapan manis yang dihidangkan …

Bagi pemilik kenderaan persendirian, berkapasiti enjin sehingga 2000cc serta ‘trak pick-up’ dan jip berkapasiti enjin sehingga 2500cc, bayaran tunai sebanyak RM625 setahun bagi setiap kenderaan, akan diberikan. Bagi pemilik motosikal persendirian, berkapasiti enjin sehingga 250cc, bayaran tunai RM150 setahun.

Bayaran tunai diberi apabila pemilik kenderaan dan motosikal membayar atau memperbaharui lesen kenderaan bermotor. Bayaran ini meliputi kenderaan dengan cukai jalan yang berkuatkuasa 1 April 2008 hingga 31 Mac 2009.

Bayaran ini ditunai dalam bentuk kiriman wang (money order) di pejabat Pos di seluruh negara mulai 1 Julai 2008. Bagi pemilik kenderaan dan motosikal yang tidak termasuk dalam kategori bayaran tunai tersebut, kabinet memutuskan untuk mengurangkan cukai jalan mengikut kadar berikut, berkuatkuasa 1 Jun.

Bagi pemilik kenderaan persendirian petrol dan diesel berkapasiti enjin melebihi 2000cc, cukai jalan akan dikurangkan sebanyak RM200. Bagi motosikal persendirian berkapasiti enjin lebih 250cc, cukai jalan akan dikurangkan sebanyak RM50 tertakluk kepada cukai jalan minima RM2.

sumbr:malaysiakini.com

Kemudian YB Dato Shahrir Samad pula mengisi ruang TV3. Pahit yang ditelan membuatkan fikiran saya gagal berfikir dan menerima segala penerangan terperinci walaupun segenap perhatian terarah kepada apa yang sedang dibualkan.

Kenapa kita mesti mengikat perut dan membayar dahulu harga kesempitan ini. Kenapa segala langkah² yang difikirkan hanya terarah kepada rakyat? Kenapa kita tidak langsung mendengar pemotongan elaun atau gaji pemimpin kita?

Rupa²nya ini belum cukup menyeksakan. Belum habis menelan pahitnya jadam, hati terus terluka. Pedih seperti disiram cuka.

Tarif elektrik juga dinaikkan. Pada realitinya bukan ini saja yang naik. Kesan kenaikan harga minyak dan elektrik ini pastinya akan menyebabkan kenaikan harga barangan keperluan yang lain.

Rasanya Kupon Subsidi Makanan setiap Rakyat Malaysia lebih membantu meringankan beban keseluruhan rakyat tanpa mengira mereka mempunyai kenderaan atau tidak. Kerana merekalah yang benar² miskin yang terpaksa menanggung beban kenaikan harga barang juga harga pengangkutan awam.

Tiba- tiba Along mencelah ( dia baru balik dari Berjaya Times Square dengan Komuter )

” ma…mama…. kat petronas ada jualan murah”

Nak pengsan saya….!!!

” Jualan murah apa….. ? bla…bla… blaa…. “ – macam Shahrir Samad pula saya menerangkan.

” ohhh..selalunya kalau ade sale orang berkerumun macam tu, Along ingat ke ada jualan murah”

Oh anak … dalam pahit dalam gawat engkau mampu juga menghiburkan hati kedua ibubapamu ini dengan aksi Raja Lawak.

About Kujie

Pemilik tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang kerosakkan atau kehilangan yang dialami disebabkan oleh penggunaan maklumat di dalam laman ini. Jika anda memerlukan perkhidmatan nasihat yang khusus, sila dapatkan pakar bertauliah dan berpengetahuan di dalam bidang berkenaan.

Untuk biodata penuh boleh lihat di Biodata Kujie

Mereka Yang Berkongsi Rasa

  1. neeza – sebagai negara pengeluar sepatutnya minyak kita semurah negara pengeluar yang lain..

    jangan lah nak dibanding dengan negara pengimport…

    eeee…kakjie ni spm pangkat 3 je..tak de belajar ekonomi..tapi rasanya itulah logiknya..tak pandai pula nk buat kira2 yg rumit2 tu..

    kak G – kesannya bukan saja pada rakyat yang mempunyai kenderaan tetapi kepada semua rakyat kerana semua harga barang keperluan dan pengangkutan akan naik.

    tgok gaji2 pak menteri2 kita gerun lah..eee patut lah ramai yg nak jadi menteri.

    Ada org bagi cadangan, jgn pakai kereta… susah kalau kat Msia ni..pengangkutan awam masih bercelaru..jadual Komuter pun selalu tergendala…trem sesak macam ikan sardin…

  2. Fauziah says:

    Jie, Pak Lah umum minyak naik, kita lak naik minyak dan Sahril pula jual minyak. Bila baca pasal gaji menteri… hati terus naik minyak gak sebab tak penah dengar gaji menteri ni nak kurang ek? Mereka ni gaji dah la besar, pastu ada elaun lagi…minyak, letrik dan air sume free. pi bercuti pun leh dapat free. La ni kita dapat apa? Gaji naik 15%, minyak naik 40%…serupa tak yah. Nampak gaya menteri la ni nak sembelih kita semua secara terhormat. Akak pelik sebab Petronas kita punya tapi kenapa harga minyak mahal? Tak kan niaga x untung? Tipu sume tu.
    *menangis*
    grrrrrrrrrrrr
    ahhhhhhhhhhhhhhhhhhhh
    geram
    bencinyaaaaaaaaaaa

  3. Neeza Shahril says:

    sedih dengan negara sendiri… ramai rakyat dah merantau ke negara orang…

    lama2 nanti, rakyat malaysia jadi macam rakyat Indon.. penuh di negara orang…

  4. cepotet – dalam lara, dalam duka…. tulusnya anak² jadi penghibur.

    cendawanintim – udah suasan gitu mmg selalu dia tgok bile ade sale…

    bila kakjie terangkan kat dia..hah…terkejut…betul dia.

    kasawari – byk masalah org dewasa yang anak² tak faham…

  5. azis – negara KITA…

    maksu – fikiran anak² yang tulus… mentafsir direct dari apa yg dia lihat 😀

    suara – ramai orang terkedu!

  6. Yonna – jualan murah sebelum tengah malam..hehehe

    memang gelak sakan bila selamber je keluar dari mulut dia mcm tu..dia cakap..kawan² dia pun semua fikir macam tu..

    iyelah..selalu kalau ade jualan murah mmg org suka berkerumun mcm tu…

    umi mia – jom g swimming….kayun kat pool…tak de kena guna minyak..

    😀 lex lah…kena telan semua ni..suka atau tidak.

    faisal – itulah… mmg kita menduga kenaikan minyak, semua org boleh terima..ttp mendadak 78sen tu..huhuhu…mahai ooo. ingat ke banyk2 pun dlm 30sen je

  7. suealeen – hahaha..mai kita bergurau senda , dalam tangis…masing² stress..

    muadzlife – jualan murah sebelum tengah malam..hiks!

    toknabe – selalunya..kalau kita gagal menjalankan tugas dgn baik, kita akan dipecat atau dengan lebih sopan meletak jawatan, kan?

    harga minyak naik memang kita faham tetapi yang kita tak faham kenapa kita teruk terjejas sedangkan kita juga mempunyai minyak seperti Brunei?

    salah uruskah, tok?

    Arin – sabaQ Arin…. dalam perut tu ada baby..kang terberanak pula kat sini

  8. Kasawari says:

    anak2 saya pun sama.. ikut saya ke stesen minyak ramair org.. nasib dia tak tanya ada jualan murah.. aduhai..

  9. cendawanintim says:

    lawak sungguh ler, dia cakap ada sale kat petronas….

    atlis, terubat gak tensen..

  10. cepotet says:

    eheehe. comei la anak akak tu. kiut sangat. hmm, apa nak buat kak. kita bising bising pun, derang mcm tu jugak. i hate them! wah, emo. :p

  11. salam k’jie dan semua…

    erm… su pun tak tau nak cakap ape.
    ‘dunia… dunia… dugaaaaannnnn….’

  12. Mak Su says:

    hah hah hah, ada lelongan

  13. azisazahar says:

    hehe…jualan murah yer kt petronas…hmmmm makin teruk la negara kita ni…makin terbeban 🙁

  14. hahahahhaa, nak tergelak betulla akk cakap ada jualan murah tu,hehehe..aahkan betul gak..slalu tempat yg ramai org ada jualan camtu,hehe..:) apa nak buat kak, diaorg tak tahu masalah kita? sudah tentu mereka tahu,hehee..sape dengar kita maki hamun sume,hehe..buat sakitkan hati je adalah..

  15. Umi Mia says:

    takder mood nak komen….sigh…

  16. *gelak guling2 dengar along ckp gitu*
    hahha..
    kalau jualan murah kan ma,
    xde la warga malaysia dok maki hamun skrang ni.
    hee..
    seriously,even yonna x gune kete..
    tp still terasa sebab all my friends dok maki hamun mcm org gila semalam…
    sedey kan ma..
    terlalu banyak kadar kenaikan minyak tu.
    kita yang sakit.
    org2 atas tu xde efek pun!

  17. TokNabe says:

    Stesen minyak buat jualan murah ….hehe bukan selalu…tapi dah 3x dah ambo rasa sejak PM baru ni. 😉

  18. hhmmm…$$$$$$$ oh $$$$$$$$$
    ( meraung dlm hati!)

  19. TokNabe says:

    Tak tau nak kata apa….kita bukan terpaksa menerima tapi dipaksa menerima.

    Sempat juga ptg semalam pi stesen minyak menengok jika ada celah2 yang boleh lolos tapi sayang tak deruang langsung… dlm keadaan cam ni pun ada juga pemilik stesen minyak yg nak untung atas angin. dari ptg hingga tgh mlm stesen ditutup dgn alasan ‘minyak abis’… hehehe lepas 12.00 mlm buka pulak…

  20. muadzlife says:

    mulah mulah mulah..
    his hampesss

  21. suealeen says:

    ala.. pasal tagline tu.. gurau je la…

  22. mz – jualan murah 78 sen sebelum tengah malam.

    wah…tangis dalam pilu pakcik ni boleh buat sajak lagi.

    pemimpin kita …..

    cikgu panji – Along ajak juga pergi isi tapi tak sanggup nak berbaris…

    owh…teringat pula pertanyaan budak caltex dulu

    ” kak, isi rm 30 ni tahan bape hari?”

    saya jawap…kalau isi pastu park depan rumah..setahun pun tahan dik…

    hakhakhak

  23. suealeen – petang semlm tahu,saya tak tahu apa yang hendak di tulis dan saya mengambil keputusan untuk menunggu news jam 8.

    tak pasti apa lagi yang hendak di ubah..suami saya sejak 3-4 bln ini mmg pergi balik kerja dengan motosikal . Lebih 90Km ulangalik..itu pun salah satu cara mengubah cara hidup juga.

    tak kan nak p keje kat shah alam tu naik basikal?

    tagline blog ini sayang nak ubah..walau pahit mcm mana pun hidup, bila dikenang ada byk lagi bahagian yg tetap membahagiakan… hidup biar sedap… telan yang pahit supaya ianya menjadi penawar..membuat kita lebih bersyukur dengan apa yg kita ada saat ini…

    mama ranggie – liskan apa yang perlu kita ubah..

  24. CIKGU PANJI says:

    mlm tadi cp gi umah mil yg melalui pam minyak petronas. jem punya le teruk sebab masing2 nak memenuhkan tangki kenderaan masing2.last sekali kerana tak kuasa menjilat jem yang melimpah2 itu, kitorang berpatah balik.kesiannye rakyat malaysiaku. Ada budak tanya,satu tangki minyak tu tahan berapa hari?

  25. memang lah itu jualan murah nampak nya :(( wahahahaha *tangis dlm ketawa nih*
    hampes .. memula shahrir menipu rakyat kata harga minyak naik bulan ogos, tup2 mlm td naik. ilmu tipu ni dia blajar dr pak lah masa umum pru12 ari tu :(( wahahahaha *tangis dlm pilu lagik skalik*
    molek sungguh pemimpin yg di pilih rakyat menipu rakyat.

  26. mama ranggie says:

    lepas nibyk yg kena ubah!

  27. suealeen says:

    ni nak ubah cara hidup macamana ni? rasanya title blog kak jie ni kena ubah la ikut selera semasa. “hidup biar sedap” jadi “hidup biar seksa”.

  28. suealeen says:

    sejak tahu dari malaysiakini yang pantas itu… saya tak tahu nak rasa apa lagi. pissed off? dah semestinya… what r they trying to do to us? cut us to the bone? kenaikan yang bukan sedikit!!

    geng makcik kantin ni kena pergi cari keje kat kantin le jawabnya lepas ni.

Trackbacks

  1. Harga baru petrol | Hidup Biar Sedap says:

    […] ini pada 5hb Jun 2008 , pesta Petrol Jualan Murah , harga petrol dinaikkan sebanyak 40% dari RM 1.92 kepada RM 2.70 seliter dan diesel dinaikkan dari […]