Sejak setahun dua, saya akan menerima email yang difoward mengenai hadis yang menggariskan beberapa kelebihan terawih. Tahun ini pun serupa.   Kebetulan lagi, sejak ada negaraku.net , saya sering mengintai entri² terbaru di sana dan kebetulan terjumpa satu entri mengenai Fadilat Solat Terawih Palsu .Pada Portal JAKIM Terengganu telah disahkan bahawa hadis tersebut adalah palsu dan tidak diketahui sumbernya.

Hadis yang dimaksudkan itu ialah satu hadis yang agak panjang kononnya diriwayatkan oleh Sayyidina Ali r.a. yang sebahagian darinya adalah seperti berikut : “Diriwayatkan oleh Sayyidina Ali bahawa Rasulullah s.a.w. telah bersabda berkenaan dengan fadhilat sembahyang tarawih pada bulan Ramadhan antaranya:

· Malam Pertama: Keluar dosa-dosa orang mukmin pada malam pertama seperti mana dia baru dilahirkan (mendapat keampunan dari Allah Taala).

· Malam Keempat: Mendapat pahala sebagaimana pahala orang-orang yang membaca kitab Taurat, Zabur, Injil dan Al-Quran.

Malam Keenam: Allah kurniakan pahala kepadanya pahala malaikat-malaikat yang tawaf di Baitul-Ma`mur (sebanyak 70 ribu malaikat sekali tawaf), serta setiap batu-batu dan tanah akan mendoakan supaya Allah mengampuni dosa-dosa orang yang mengerjakan sembahyang tarawih pada malam ini.

· Malam Ketujuh: Seolah-olah dia dapat bertemu serta menolong Nabi Musa A.S. menentang musuh ketatnya Firaun dan Haman.

· Malam Kelapan: Allah mengurniakan pahala orang sembahyang tarawih sepertimana yang telah dikurniakan kepada Nabi Ibrahim A.S.

……… dan seterusnya… << —- mesti klik untuk membaca keseluruhan hadis tersebut.

Lafaz niat Solat Terawih: ( Solat sendiri)

Usolli Sunnatal Taraawihi Rak’ataini Lilaahi Ta’ala, Allahu Akhbar

Sahaja aku solat sunat Tarawih dua rakaat kerana Allah Ta’ala

atau berimam/makmum

Sahaja aku solat sunat Tarawih dua rakaat(Imam atau makmum) kerana Allah Ta’ala

Hukum – Sunat muakkad (sunat yang sangat dituntut)
Bilangan Rakaat:
- 8 rakaat dan ditambah 3 rakaat sembahyang witir
- 20 rakaat dengan ditambah dengan 3 rakaat sembahyang witir.
Cara Solat Tarawih:
- Waktunya selepas menunaikan sembahyang Fardhu Isyak
- Biasanya selepas jemaah selesai menunaikan solat sunat dua rakaat selepas solat Isyak
- Ditunaikan dengan kumpulan dua rakaat, pada tiap-tiap satu kali takbiratul-ihram
- Ada juga dengan 2 kali 4 rakaat masing² dengan sekali salam setiap selesai 4 rakaat

Rukun sembahyang sunat Tarawih ini sama sahaja dengan rukun sembahyang yang lain.

* Ini adalah scheduled post, maaf di bulan Ramadhan masa saya amat terhad untuk berblogging

Random Posts

Trackback

14 comments until now

  1. palsu eh kak… hmmmmm… selalu dpt bila nak masuk Ramadhan…sejak bertatahun-tahun lalu :)

    Balas

  2. Salam Ramadhan Jie..apa khabar :lol: Lama akak tak jenguk sini, bz memanjang..wah tukar cat lagi eh! rajin betul dia..Jie tahun ni raya mana? Chewah, pose baru 2 hari dah tnya raya..hehe… :oops: Apapun, moga Jie n fmly sihat dan diberkati sepanjang bulan yg mulia ni..Akak pun x byk masa nk berblogging nih…balik terawih sure zzzzzzzzzzzz…nnt g keje ngantuk lak..nk masak sahur pun liat..hehe

    Balas

  3. ooohh..palsu rupanye…selame nie..mmg slalu org forward hadis nie bile masuk time ramadhan.. mekasey kak jie.. :neutral:

    Balas

  4. [...] ada sedikit salah faham berkenaan fadhilat solat terawikh. Boleh rujuk blog mama jie. Mohon [...]

  5. adehhh .. ade pulak yg buat palsu2 nih …
    hurmmm ..
    thanks kak jie …
    nnt nak baca lagi ~

    Balas

  6. ada setengah masjid dan surau.. siap tulis lagi kat whiteboard setiap malam punya fadhilat..
    tak silap.. hari sahur pertama.. di tv1 ada UStaz dah pertikaikan fadhilat tarawikh ni.. kerna ada yang mengerjakan tarawikh untk dapat kan fadhilat ..

    Balas

  7. adoi..benda nie pon ada org palsukan…aper daaa….masuk neraka laaa

    Balas

  8. itu yang menjadikan byk pemahaman yang kabur dikalangan kita kan…kenapalah golongan x bertanggungjawab ni makin ramai.. :roll:

    Balas

  9. [...] Portal JAKIM : Fadilat Solat Terawih Palsu di blog Noktah Hitam dan di blog Kujie. [...]

  10. Hadis ni sudah lama disahkan palsu sebab perawi perawi nya amat diragukan…. hadis dhaif

    Balas

  11. Hasnol halim

    biasa lah tu, sudah menjadi lumrah manusia di sekalian alam semesta yang begitu gah dimata warga-warga kota baik dipelusuk negara kita, tabiat semulajadi dan noktah-noktah rencana dikala pemimpin tershohor negara & wirawan, budak :evil: AZLAN :evil: , tidak teramat baik untuk kamu mengatakan mereke dimasukkan pada neraka yang tersangatlah pedih hati, siapa kamu, tuhan mereka kah? Ingat bersatu teguh bercherai kita akan berkahwin 2 lagi. :?:

    Balas

  12. laaa.. palsu ke? banyak benda yang selama ni kita dengar tapi bila sampai saudi ni, diorang kata hadith tu diragui perawinya.. kalau kita tak belajar tak tahu kan kak Jie..

    Balas

  13. [...] Pautan berkaitan: Al Muttaqin Mosque Nokhtah Hitam Aku & Sesuatu Hidup Biar Sedap [...]

  14. uikss.. ade jugk fadilat palsu camni..apela motifnye

    Balas

Add your comment now

CommentLuv Enabled