PPSMI , Maulidur Rasul dan Kisah Cinta Kami

Saya rasa kita tidak patut salahkan Sains dan Matemaik jika anak-anak kita gagal menguasai Bahasa Inggeris. Bahasa bagi saya adalah berfungsi sebagai penyampai supaya murid-murid faham. Itu tujuan utama dan semestinya untuk memahami , murid-murid perlu belajar dalam bahasa pertuturan mereka.

Ada banyak cara lain yang boleh digunakan untuk menguasai Bahasa Inggeris. Kita tidak boleh mencipta satu masalah baru untuk menyelesaikan masalah lain.

Itu kisah PPSMI.

.

Kisah Kita….

Salam Maulidur Rasul….marilah kita menghidupkan kembali segala sunnah baginda serta melaksanakan segala suruhan yang ditetapkan di dalam Al-Quran dan Sunnah.

Tala’al Badru ‘Alayna,
Min thaniyatil wada
Wajabal shukru alayna,
Ma da’ali lahi da

Ayuhal mab’uthu fina,
ji’ta bil amri muta,
Ji’ta sharaftal madinah,
Marhaban ya khayra da

Kisah Kami….
09 / 03 / 1991 Kami bertemu untuk pertama kalinya dan selepas 6 bulan kemudian selamat menjadi suami isteri.

About Kujie

Pemilik tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang kerosakkan atau kehilangan yang dialami disebabkan oleh penggunaan maklumat di dalam laman ini. Jika anda memerlukan perkhidmatan nasihat yang khusus, sila dapatkan pakar bertauliah dan berpengetahuan di dalam bidang berkenaan.

Untuk biodata penuh boleh lihat di Biodata Kujie

Mereka Yang Berkongsi Rasa

  1. saimuzie says:

    😀 salam

  2. KISAH KAMI
    ~ wah2 kak jie.. igt lagi yek 1st time jupe.. 😆
    saye yang muda remaja lagi ni pon dah tak igt exact date bile 1st time kitorg jupe 😆 😆 😆 bukan sebab tak penting.. tapi sebab tak sangka die akan jadi suami :mrgreen:

    PPSMI
    ~ apepun keputusan yang akan dibuat, yang paling kesian budak2 klu ditukar semula bahasa ni.. nak reset balik otak dengan semua term2 sains n math.. bukan senang tu!!

    MAULIDURRASUL
    ~Salam Maulidurrasul!

    ~mrs azmi~s last blog post..org yang kita cinta vs. org yang kita suka

  3. Salam Jie…
    Opah komen panjang lebar kat blog TokNabe tapi opah tak terfikir pun tentang apa yang TokNabe cakapkan tu. Harap masalah ni akan selesai sebab kita memperjudikan masa depan anak-anak kita. Harap, para pemimpin tak ambik mudah dalam hal ni.

    Salam Maulidur Rasul untuk semua dan harapan opah, agar kita semua memahami pengajaran yang cuba disampaikan oleh Rasulullah.

    Jie… enam bulan? Fulamak… teruk gak Jie jatuh cinta masa tu ek? Keh keh keh… anyway, tahniah. Moga semakin kukuh hubungan suami isteri dan anak-anak, semoga berbahagia sehingga ke akhir hayat, semoga dilimpahkan rezeki, diberikan keberkatan dan dipanjangkan umur. Semoga segala-gala yang baik-baik belaka yang mendatangi Jie sekeluarga. Amin.

    ODs last blog post..12 Rabiulawal, 1430. 20 April Tahun Gajah

    • itulah Opah…kita bukan menentang pengusaan BI tetapi biarlah subjek bahasa di ajar dalam kelas bahasa yang mempunyai laras bahasa sendiri.

      Sains dan Matematik mempunyai kelebihan sendiri, tidak komunikatif, tidak pula menggunakan konteks percakapan/persuratan yang diperlukan oleh seseorang pelajar bahasa untuk bergerak dalam lingkungan bahasa yang dipelajari dengan bebas dan selesa.

      6 bulan je….dia ajak kawen..terus on
      hahaha..nak tunggu ape lagi?
      risau mak bapa kt kampung..

      senang cerita, dah jodoh :mrgreen:

  4. salam maulidur Rasul..

    Allahumma salli ‘ala Muhammad wa’ala alihi Muhammad
    —————————

    selamat ulang tahun perkenalan..
    selamat berbahagia selamanya..

    fiezabaiduris last blog post..Lahirlah Seorang yang Terpuji

  5. salam….

    kesian budak2 saya tengok bila nak belajar mate dan sains ni. Terkebil2 nak belajar. Sesuatu ilmu tu berkesan penyampaiannya bila bahasa yang digunakan itu difahami oleh keduanya iaitu penutur dan pendengarnya.

    TokNabes last blog post..Pejuang Bahasa

  6. Ismail N says:

    Guru-guru umpama perkerja di agensi-agensi kerajaan mahupun di syarikat-syarikat swasta. Setelah kontrak ditandatangani, guru-guru adalah tertakluk kepada peraturan-peraturan & pekeliling yg datangnya dari Kem. Pendidikan. Sebarang arahan hendaklah dianggap sebagai sebahagian dr tugas & perlu dilaksanakan tanpa anggapan bhw ianya satu paksaan. Elemen itu cuma wujud di waktu proses pre-employment, yg mana jika seseorang itu dipaksa menjadi guru, maka itu adalah suatu paksaan. Yg pasti mereka punyai CHOICE samada mahu menjadi seorang pendidik atau tidak. Ramai yg apply utk jadi guru tapi tidak dpt. Ada yg telah tamat kursus tetapi tidak dapat penempatan. Oleh itu, mrk yg berjaya, harus laksanakan dgn sebaiknya & sebarang masaalah perlu di atasi.

    Kerja yg byk adalah biasa dlm dekad ke 21 ni. Mrk yg berada di private sector, terutama di private listed company kebanyakkanya terpaksa melupakan kehidupan kekeluargaan seketika kerana demand kerja yg teramat byk. Namun, pilihan terletak di tangan pekerja yg mana, pekerja boleh memilih utk meneruskan tugas dgn sebaik mungkin atau berhenti sahaja sbgmana yg di lakukan oleh abg saya yg mementingkan family dr karier. Tahun lalu, peguam2 syarie diarahkan mengambil kuruss diploma syariah FULL TIME bagi mengekalkan status mereka. Amat teruk dgn kelas & assignment yg mahu dibuat. Tapi tiada siapa yg paksa. Jika x mahu buat diploma tersebut, maka tinggalkan profesyen tersebut. Itu sahaja.

    Saya lama mengkiritik sistem pendidikan negara ini sbb saya rasa ia tidak galakkan anak-anak kita berfikir tetapi menghafal bulat-bulat. Kita risaukan gred di kertas, tapi di zaman mrk nanti gred di kertas mungkin x relevan lagi sbb nisbah pelajar yg keluar dr IPT adalah jauh lebih rendah dr jumlah pekerjaan baru ditawarkan. Ingat kiat belajar di IPT 3 hingga 4 tahun shj, tetapi yg duduk di dalam post mrk mungkin seumur hidup! Oleh itu, sedikit masaalah dlm pembelajaran di sekolah adalah satu yg baik utk development mereka. Maaf kalau tulisan saya menyinggung perasaan anda semua terutama guru-guru semua. Harap baca juga wawancara menarik dgn TDM sebelum beliau besara dulu: http://jebatmustdie.wordpress.com/2008/08/29/malaysian-roadmap-for-the-malays/

    Ismail Ns last blog post..List Auction, Let This Build Your List For You! It’s So Easy…

    • tak semua org mendapat pilihan yang adil dalam hidupnya…ada org langsung tidak mempunyai pilihan…utk teruskan hidup terpaksa dalam rela jalani apa saja yang ada di depan mata….

      sebagai manusia biasa yg serba lemah, sesekali mengeluh juga dgn apa yg ditempuh….kadang2 hilang juga sabar dgn keluh kesah….

  7. Salam Maulidur Rasul …

    Bagi Tie, cuma kesian kat anak2 je. Bila Tie tanya mereka, hendak ke tukar semula ke BM, ketiga2nya melenting , “Mana boleh……susah laaa….”

    Anak2 Tie bukannya terer BI, tapi bila dah biasa berfikir dlm BI, memang susah nak set semula minda mereka.

    Tie cuma kesalkan kerana pihak yang berkenaan buat experiment ini tanpa bersedia. Masa mula2 BI diperkenalkan, orang2 kat kpg (hubby), nampak bersemangat kerana anak2 mereka berpeluang belajar BI dengan lebih jauh….Masing2 bangga bila anak mereka boleh kecek Inggeris…..cuma yang jadi masalah ialah guru2 yang mengajar.

    Guru yang tidak bersedia atau tidak minat. Tie kenal seorang guru di ganu ni, dia sendiri merungut, ada member2nya nak sebut elephant terus keluar bunyi elipang…..macam mana ek ?

    Di sekolah anak Tie (tahun 5) pun gitu. Gurunya tidak yakin berbahasa BI. Selalu campur aduk dlm BM, itu yang buat murid2 keliru …….. 😥

    Kepada guru2….. Tie tahu, kerja makin bertambah… bukan guru saja…semua kakitangan kerajaan begitu…terutama PDRM dan ATM….. ( dek isu politik), Namun kerjaya guru amat mulia dan dihormati…tidak seperti ‘org gomen yang lain’. Kerana itu, sepatutnya anggaplah ia satu cabaran, usaha mengajar dlm BI adalah satu lagi kebolehan .

    P/s : Pendapat sorang makcikn je……hi hi….

    Ties last blog post..Abang sayang

    • Semua orang bebas memberi pendapat Tie.. saya berminat membaca pendapat yang tidak emotional bersama fakta.

      Kelas bahasa adalah tempat terbaik untuk belajar bahasa. Kelas bahasa inggeris di sekolah ini yang perlu dipertingkatkan.

      Bagi saya, ubat yang kita guna, perlu betul dengan sakitnya. Bahasa Inggeris yang sakit, kenapa kita rosakkan Sains & Matematik?

  8. saya pun kurang setuju math dan sains diajar dalam BI, nampak pemahaman anak saya sedikit lambat. saya rasa lebih selesa jika subjek tersebut diajar dalam bahasa ibunda, biar idea-idea yang keluar lebih bernas. Adakalanya anak-anak lebih menyerlah imaginasi mereka tentang sains.

    Masalah penguasaan BI yang lemah harus diselesaikan dengan mempertingkatkan usaha dan program penguasaan bahasa tersebut. Masa saya sekolah rendah, cikgu BI asyik ponteng, mak bapa pula sekolah tak pandai, jauh sekali nak ajar saya BI, nak tak nak kena usaha sendiri. Zaman tu juga, itulah Cikgu math, cikgu sains dan cikgu BI, cikgu tu dah jadi tersangat malas. Selepas 20 tahun meninggalkan bangku sekolah, masih ada lagi aduan dariapada anak yang cikgu tak masuk kelas, kalau masuk tak mengajar. Jadi masalah asas pun belum selesai iaitu masalah usaha, kerajinan dan program untuk menguasai bahasa inggeris.

    Bila di peringkat universiti kami tidak menghadapi apa-apa masalah pun dengan sains, math dalam BI, sebab pemahaman subjek tersebut semasa di bangku sekolah sangat kuat walaupun dengan asas bahasa malaysia saja.

    zanys last blog post..Sampai Bila?

    • PPSMI bukan bertujuan menguasai bahasa Inggeris tetapi untuk menguasai konsep Sains dan Matematik dalam bahasa Inggeris . Saya rasa kerana itulah mata pelajaran tersebut perlu diajar di dalam bahasa yang difahami murid.

      Saya masih ingat lagi pada awal2 perlaksanaan PPSMI itu, tujuannya adalah supaya ramai pelajar kita yang lemah BI dapat menguasainya sebab itu saya kata jika itu adalah masalahnya…selesaikan masalah tersebut tanpa membabitkan mata pelajaran lain.

      Semua perkara ada kebaikan dan kelemahan ( tak mungkin sempurna ) tetapi kita kena lihat manakah lebih banyak..kebaikan atau kelemahan

  9. takde siapa pernah kata BI tu tak penting…
    yg menentang ppsmi pun mengatakan BI tu penting dan perlu dipelajari…
    ini bukan masalah cikgu pandai berbahasa inggeris atau pun tidak…
    ini masalah budak2 sekolah terutama di luar bandar yg sukar menguasai subjek sains dan matematik yg diajar dlm bahasa inggeris…
    takkan kita nak biar mereka terus tercicir…
    sebelum ni mungkin diorang tercicir dlm subjek BI saja, sekarang diorang tercicir dlm dua lagi subjek pulak…

    betul kata kak jie, mengapa kita perlu mencipta masalah baru untuk menyelesaikan satu masalah…

    ~ppsmi dilaksanakan pun tanpa meminta pandangan para cendekiawan dan tokoh bahasa…

    Lan Bingkas last blog post..Tungau tu apa?

    • secara peribadi anak2 kak jie tak de masalah BI, Sains & Math – dt A tetapi kita kena juga ambil pandangan majoriti .

      Anak Kak Jie di sjk( c) ..mereka belajar sains & matematik dalam 2 bahasa – BI dan Mandarin.

      Ujian dan peperiksaan pun dalam 2 kertas berbeza… Buku teks juga bertambah 🙂
      jadi kak jie tidak berhak untuk bercakap dalam soal memperjuangkan bahasa kerana anak2 kak jie sendiri tidak bersekolah di sekolah kebangsaan tetapi ajarlah dalam bahasa yang difahami murid².

  10. Saya seorang guru amat memahami tentang masalah murid dan guru. Tugas guru sekarang ni tidak bertumpu kepada pengajaran. Banyak tugas pengkeranian yang dilakukan. Sekarang ni cikgu tak lagi balik awal. Selalunya balik hingga pukul 4.30 petang.
    Tentang PPSMI, kadangkala kesian tenguk anak murid dan guru tapi apa boleh buat kita hanyalah ikut arahan.

    ebors last blog post..Fungsi Action Dalam Photoshop

    • Orang yang terlibat di bidang ini lebih memahami tetapi murid itu juga adalah anak kepada seorang individu bernama ibubapa. Ibubapa juga sepatutnya memahami

  11. Ismail N says:

    Salam Maulidur Rasul. Ada pergi berarak tak hari ni? 🙂

    Sebelum apa2 saya mintak maaf kalau ada yg terasa dgn apa yg tulis di bawah ni. Sebab saya ni agak kritikal sikit bila soal sentuh education dan budak2.

    Kadang2 saya rasa problem dgn cikgu cikge zaman adalah ramai yg sebenarnya kurang minat jadi cikgu tetapi memandang kerjaya lain sukar di perolehi zaman ni, maka bidang terjun ke pendidikan. Saya rasa kalau ada komitment & minat bagi membantu kanak2 sekolah, soal pembelajaran dlm B.I utk 2 subjek sahaja tak patut jadi bebanan.

    Penggunaan B.I tak makna kita x daulatkan bahasa kebangsaan tetapi kita sedar akan proses globilisasi telah berlaku & dunia semakin kecil. Kita x lagi dalam kelompok kita -kita sendiri tetapi semakin dekat dgn bangsa2 lain di seluruh dunia yg mana secara unofficialnya B.I adalah lingua franca dunia. Maka penguasaan B.I adalah perlu. Jika kita abaikan BM secara 100% atau cuma digunakan 50% disekolah, maka barulah kita boleh katakan kita x daulatkan BM.

    Saya rasa baik ia digunakan dlm class room secara praktikal sbb seperti yg kita sedia makum belajar sahaja tanpa praktikal tidak akan membantu. Byk perkara yg kita buat hanya dapat dilaksanakan bila ada confident level yg tinggi. Confident kanak2 menggunakan BI x akan bertambah jika tiada latihan praktikal dibuat di sekolah, mahupun di rumah.

    Ismail Ns last blog post..List Auction, Let This Build Your List For You! It’s So Easy…

    • Salam..tiap orang mempunyai pendapat masing² bergantung kepada tahap pendidikan, latar belakang dan sosio ekonomi tersendiri.

      Dalam kes PPSMI ini, perlaksaan itu sendiri mempunyai kecacatan yang menafikan hak pelajar untuk belajar di dalam bahasa yang difahami.

      Tak salah untuk belajar bahasa apa sekali pun, tetapi keutamaan semestinya kepada bahasa yang mereka fahami.

      Bahasa ke-2, ke-3 dan sebagainya itu adalah pilihan .

  12. Salam hormat wahai kujie2.

    1 – DAULATKAN bahasa KEBANGSAAN kita.
    2 – AGUNGKAN Sunnah Junjungan besar Nabi Muhammad.
    3 – Hmm … Abang long kahwin tahun 1990.

    Abang Longs last blog post..NIKMAT SIHAT & SEGAR.

  13. dendang says:

    semoga berkekalan sampai ke anak cucu.. :mrgreen: :mrgreen:

    dendangs last blog post..Gathering Komiti Sekolah C

  14. Fuh, dah dekat 2 dekad. Tahun ni sempena maulidul rasul pulak tu…

    kruel74s last blog post..The tree that made news

  15. mengimbau kisah cintan-cintun ye kak…
    semoga kekal selamanya, aman damai, rukun bahagia… 😳

    chekguBHs last blog post..Dari Meja Pengarang Belog Hijau Itu…