Saya bukan buta politik

©Kujie – Blog saya bukan blog politik, tak perlu datang komen mencaci mencarut…Jari yang menaip akan menjadi saksi di akhirat atas apa yang ditulis. Jadi baca saja info ini tak perlu komen. Sebagai pemilik blog ini, saya tidak mahu diseret sebagai saksi anda diakhirat kelak..
Untuk kawan2 saya – maaf , komen di tutup.

Inilah akibatnya… Selepas Keputusan Rasmi Pilihanraya Kecil Manik Urai dikeluarkan, entri saya terus diterjah ( Visited 2,851 times – 14/7/2009). Kebanjiran pelawat yang mencari maklumat ini memang sudah dijangka tetapi yang saya tidak gemar adalah pengomen-pengomen yang celupar dan kurang ajar.

Entri itu bukanlah ulasan, hanya maklumat terkini.

Saya pelik kenapa orang boleh mencarut memaki hamum, menulis komen yang tidak beradap hanya kerana politik seolah-olah kalau bercakap hal politik kita bebas keluarkan apa saja perkataan kotor . Seolah-olah dosa bercakap buruk mendapat diskaun seperti mega-sale kerana berpolitik.

Berpolitiklah secara baik. Jangan gunakan prinsip “politik memang kotor” atau “dia boleh kata, kenapa aku tak boleh”.

Saya bukan buta politik. Saya membaca hampir kesemua blog sosial politik dan saya terlibat secara aktif sepanjang Pilihanraya Umum ke-12 . Saya turun berkempen dari rumah ke rumah, kampung ke kampung bercakap secara terus dengan pengundi sebagai perayu undi . Kalau kita sendiri ada keperibadian yang panas baran, cakap lepas, cakap kotor – bagaimana mungkin kita dapat menarik orang menyertai pihak kita?
 Saya bukan buta politik

Saya pernah bertugas di pondok panas dan saya pernah bertugas sebagai PACA ( Polling Agent dan Counting Agent ) sewaktu pilihanraya.

Pemimpin yang baik itu sebenarnya dilahirkan daripada kalangan kita sendiri. Sepatutnyalah peribadi yang baik itu terbentuk daripada diri setiap individu, diikuti peringkat keluarga dan seterusnya kepada masyarakat yang akhirnya menyumbang dalam pembinaan sesebuah negara.

Kita sepatutnya mula membina sesebuah negara yang baik itu dengan mula mengubah diri kita terlebih dulu dengan bermuhasabah dan berusahalah untuk memperbaiki diri kita dari semasa ke semasa.

*******************
PACA (Polling Agent & Counting Agent)

Polling Agent (Ejen Tempat Undi) ialah orang yang mewakili setiap parti yang bertanding untuk bertugas mengawasi tempat pembuangan undi.
Polling Agent akan dibekalkan salinan Buku Daftar Pemilih SPR yang terkini. Apabila nama pengundi disebut berserta No. KP oleh Pegawai SPR, cari pada buku Daftar dan gariskan.

Counting Agent (Ejen Kira Undi) ialah orang yang mewakili setiap parti yang bertanding untuk bertugas mengawasi semasa pengiraan undi dibuat.

©Kujie ~ Buat Sesuatu…Hargainya. Ilmu itu bukan sahaja di cari  dan bukan untuk dinanti..

Post Lain Yang Berkaitan

45 Berkongsi Rasa

  • Pada 2009.07.15 07:48, en_me menulis:

    hi kak jie ittewww.. salammm dr me dikejauhannnns

    • Pada 2009.07.15 07:49, en_me menulis:

      me first kahh? ahaha.. kak jie memang fofuler ghitewww

      • Pada 2009.07.15 07:51, en_me menulis:

        kak jie, me nk tambah lagikks volleee..
        kak jie memang glemer tewww (fakta nombor 9) .. ekeke

        • Pada 2009.07.15 08:01, kruel74 menulis:

          Itu sebab saya bekerja utk org politik tapi tidak berpolitik. Malas nak layan…

          • Pada 2009.07.15 08:17, Dr House menulis:

            Politics reveal the true color of everybody.

            • Pada 2009.07.15 08:26, Mindaku Di Sini menulis:

              hehe…biasa la kak jie….SEO mantap ni..ekkekekkee…tak pepasal blog kena terjah..bukan stakat diterjah…malah kena layan komen bagai blog politik lak…sian !

              • Pada 2009.07.15 08:57, Kujie menulis:

                @Mindaku Di Sini, kak jie bukan saja pengupdate di online tapi setiap kali PRK, kakak ipar sulung sy mesti telefon utk dptkan info terkini..hahaha :lol:

                • Pada 2009.07.15 08:57, Tie menulis:

                  Ooo…gitu ke ?

                  Tie pernah gak dicerca, dimaki…kat blog sapa entah, sebab Tie tegur penulisnya, nak terangkan hal Islam ni dan Melayu….. Terus terkedu sorang2…. tak sangka betul ada orang yang hatinya keras dan penuh dengan bara kemarahan .

                  Kerana tu Tie tak berani nak tulis apa2 yang boleh menarik perhatian orang . Memang takut nak terima tetamu yang tak diundang ni. Sedangkan di rumah pun kalau dengar pintu diketuk, hati terus rasa debak debuk!

                  Sabor je la Jie…………….. :mrgreen:
                  Tie´s last blog ..Toot-toot….toooooot…………… My ComLuv Profile

                  • Pada 2009.07.15 09:09, Mindaku Di Sini menulis:

                    @Kujie, tuh kena mtk dia amik 3G tuh..hehe
                    Mindaku Di Sini´s last blog ..Take a good care of your pet My ComLuv Profile

                    • Pada 2009.07.15 09:18, iza menulis:

                      Waaa ramainya semalam… dasat arr..

                      p/s: tu mini-me baru yg di botoxkan yer Kak Jie :mrgreen:
                      iza´s last blog ..Award Dari Kartunis =) My ComLuv Profile

                      • Pada 2009.07.15 11:13, Eriyza menulis:

                        Wah, hebat penangan kak Jie.
                        Sabo ajerlah dgn politikus yg takleh
                        terima pendapat org lain ni. :)

                        • Pada 2009.07.15 11:36, fazemy menulis:

                          Ooo kak jie ni ejen rupanya..:grin: :grin: :grin:
                          fazemy´s last blog ..Design Langsir Raya (Mcm2 pesyen ado..) – Bahagian Terakhir My ComLuv Profile

                          • Pada 2009.07.15 11:36, Kujie menulis:

                            @Eriyza, bkn maksudnya mcm tu…bagi pendapat boleh..tapi jgn maki-maki, mencarut..

                            itu tak elok…kita ada akal, berfikir secara matang

                            • Pada 2009.07.15 11:38, Kujie menulis:

                              @iza, hehehe…belum kompom lagi tu

                              • Pada 2009.07.15 11:41, Kujie menulis:

                                @Tie, sy baca komen Tie kt blog tu..masa tu kita tak kenal pun…sy tak ckp tie betul atau tie salah..tapi dlm dunia maya ni, nak bg nasihat, nak tegur org kita kenal baca keseluruhan blog dia, kita baca fikiran dia, kita nilai setiap entri dia..kita tak leh sekali lalu ..lalu je tepi rumah org kita terus ‘tegur’ itu ini…

                                dlm penerokaan dunia maya tanpa sempadan ni, kita akan jumpa berbagai2 pendapat, berbagai2 teori ..tak semestinya kita perlu bersetuju

                                kita kena pandai tapis dan pertimbangankan..

                                • Pada 2009.07.15 11:43, maza menulis:

                                  uiks! marah nampak gitew?!

                                  hehehehe
                                  maza´s last blog ..Kenangan Lalu Bersama ‘Budak Itu’! My ComLuv Profile

                                  • Pada 2009.07.15 14:31, samanosuke_04 menulis:

                                    huhu, kak jie nie agen perisik rupenye.. wow… banggalaa ade kawan blog yang stylo cam charlie’s angel nie..

                                    tapikan, mengikut pengalaman aku, memang jarang nak jumpa org berpolitik secara sopan, sebab masa diorang bcakap, mesti semangat naik abes.. haha!!
                                    samanosuke_04´s last blog ..Ditching Dubai : Farewell… My ComLuv Profile

                                    • Pada 2009.07.15 14:32, tekkaus menulis:

                                      Wow! 2000 hits untuk post pilihan raya? Memang panas. :D

                                      • Pada 2009.07.15 15:26, AyKay menulis:

                                        wahhhh,,

                                        tahniah kak jie.
                                        baru beberapa hari saya out from blogging, sudah tukar comel loter rumah nih. siap ada lampu lip-lap lagi.

                                        tak pe lah tak jadi org politik, buat sakit kepala je. Memang berpolitik itu islam tapi ramai org politik yg mencacatkan politik itu sendiri.
                                        AyKay´s last blog ..Betulkah Tenaga (batin) anda Hebat? My ComLuv Profile

                                        • Pada 2009.07.15 15:40, yonna menulis:

                                          ada beza org tulis pakai otak dengan org yang menulis tak pakai otak kan ma?
                                          yonna´s last blog ..Y514 : Berita Hari Ini My ComLuv Profile

                                          • Pada 2009.07.15 15:41, yonna menulis:

                                            ma,belanja mini me tu HAHAHHAHA
                                            yonna´s last blog ..Y514 : Berita Hari Ini My ComLuv Profile

                                            • Pada 2009.07.15 17:27, Kujie menulis:

                                              @en_me, salam me….dekat di hujung jari

                                              • Pada 2009.07.15 17:27, Kujie menulis:

                                                @en_me, uik..belum jam 8 dah bertandang..kak jie belum buat sarapan lagi :lol:

                                                • Pada 2009.07.15 17:28, Kujie menulis:

                                                  @en_me, hahaha..fakta no 9 tu..3 kali berturut2 :mrgreen:

                                                  • Pada 2009.07.15 17:28, Kujie menulis:

                                                    @kruel74, tapi politik tak boleh dipisahkan dlm hidup kita

                                                    • Pada 2009.07.15 17:30, Kujie menulis:

                                                      @Dr House, so
                                                      apa kaler kak jie?
                                                      kunig langsat atau sitompok manggis :grin:

                                                      • Pada 2009.07.15 17:30, Kujie menulis:

                                                        @fazemy, ejen mencari jodoh :lol:

                                                        • Pada 2009.07.15 17:33, Kujie menulis:

                                                          @maza, tak de marah lah..tu copy paste dr entri lepas yg terpaksa dikatup ruang komennya :mrgreen:

                                                          • Pada 2009.07.15 17:34, Kujie menulis:

                                                            @samanosuke_04, hhaha..mana ceruk lah kak jie nk cari pistol ni :grin:

                                                            sbb tu la, tak nk msk dlm golongan majoriti tu..hehehe..kena bermula dari diri kita sendiri

                                                            • Pada 2009.07.15 17:34, Kujie menulis:

                                                              @tekkaus, bukan selalu…..dlm masa satu jam 8-9 ada +600 hits

                                                              • Pada 2009.07.15 17:35, Kujie menulis:

                                                                @AyKay, hehehe..kak jie tukar kaler muda remaja :mrgreen:

                                                                tak boleh semua org ckp tak nak ambil tau…itu kehidupan kita

                                                                • Pada 2009.07.15 17:36, Kujie menulis:

                                                                  @yonna, org mudah lupa diri, tulis sesedap rasa …dia rasa berani sbb tak de sapa nampak muka..tapi jgn lupa

                                                                  Allah Maha Mengetahui ;-)

                                                                  • Pada 2009.07.15 17:36, Kujie menulis:

                                                                    @yonna, ewah…ewahhh…awak tu dah kerja

                                                                    bile nk banje mama :lol:

                                                                    • Pada 2009.07.15 17:48, maza menulis:

                                                                      @Tie,

                                                                      uiks! den kah itu?!

                                                                      Patut la.. bilo den ketuk an pintu eh, ekau tak nak bukak! huhuhu

                                                                      kesian den kek luar kebahasan dengan pakaian custom Halloween

                                                                      uwakkkkk!!!
                                                                      maza´s last blog ..Perkumpulan Pelajar My ComLuv Profile

                                                                      • Pada 2009.07.15 17:49, maza menulis:

                                                                        @yonna,

                                                                        ahaks! alo yonna.. ahaks!

                                                                        betul tu.. ahaks!

                                                                        salam gitew.. ahaks! ahaks! hehehehehe
                                                                        maza´s last blog ..Perkumpulan Pelajar My ComLuv Profile

                                                                        • Pada 2009.07.15 17:50, maza menulis:

                                                                          @yonna,

                                                                          jangan lupa, belanja abg maza yg cute ni gak yea..

                                                                          hehehheheh

                                                                          :mrgreen: :mrgreen: :mrgreen:
                                                                          maza´s last blog ..Perkumpulan Pelajar My ComLuv Profile

                                                                          • Pada 2009.07.15 17:54, Tie menulis:

                                                                            @maza,

                                                                            Bukan maza laa…..

                                                                            Tie tak tahu pun siapa dia. Tak ada link. Kat blog bangsa lain. Tie cuma nak terangkan je.

                                                                            Tapi memang silap Tie. Terjah gitu macam Jie cakap. Tapi, bukan penulis blog tu yang jawab. Dia bisu je, mungkin tersenyum riang tengok makcik Melayu dibelasah . Yang biadap tu pengkomen pengecut(bangsa lain jugak) , tak berani nak tampilkan dirinya yang sebenar. Dia siap antor email lagi. Dia pernah datang blog tie, tapi takut nak komen di situ, walaupun Tie cabar dia.
                                                                            Tie´s last blog ..Pejamlah mata….. My ComLuv Profile

                                                                            • Pada 2009.07.15 18:04, maza menulis:

                                                                              @Tie,

                                                                              Fuhhh! nasib baik…

                                                                              hehehhehe :D
                                                                              maza´s last blog ..Perkumpulan Pelajar My ComLuv Profile

                                                                              • Pada 2009.07.15 18:36, Dr House menulis:

                                                                                @Kujie, Kak Jie warna kelabu kot :mrgreen:
                                                                                Dr House´s last blog ..Kristianisasi di UPM My ComLuv Profile

                                                                                • Pada 2009.07.15 23:33, zamz menulis:

                                                                                  susah jadi glamer ni kan hehe
                                                                                  zamz´s last blog ..Layan Vclip Cindai by Datuk Siti Nurhaliza My ComLuv Profile

                                                                                  • Pada 2009.07.16 03:08, pjan menulis:

                                                                                    Bila kita pisahkan antara politik,kehidupan dan agama maka jadilah kucar-kacir dan wujudla orang-orang yang beremosi dan bercakap tanpa menggunakan akal. :mrgreen: :mrgreen:
                                                                                    pjan´s last blog ..Menanti saat kelahiran cahayamata My ComLuv Profile

                                                                                    • Pada 2009.07.16 03:09, pjan menulis:

                                                                                      @Dr House,
                                                                                      aku suka tengok in living colour dulu..masa jim carrey tak popular lagi
                                                                                      hahaha
                                                                                      pjan´s last blog ..Menanti saat kelahiran cahayamata My ComLuv Profile

                                                                                      • Pada 2009.07.16 08:18, kita menulis:

                                                                                        entah ler kak jie….orang berpolitik bukan untuk bergaduh tateapi mencari jalan penyelesain…..ermmmm entah ler….

                                                                                        lama tak datang…cantik theme ni sesuai dengan jiwa seorang perempuan misali :)
                                                                                        kita´s last blog ..Driver Komputer Compaq dc5750 My ComLuv Profile

                                                                                        • Pada 2009.07.16 11:07, shay menulis:

                                                                                          pergh caya la kak kujie… bukan hanya makcik kantin yang biasa2 je nih…

                                                                                          biasa la kak kalau pasal politik macam2 boleh jadi…
                                                                                          shay´s last blog ..Gambar kawen… My ComLuv Profile

                                                                                          • Pada 2009.07.17 16:41, izzah menulis:

                                                                                            penat dengan politik..penat dengan perangai politikus..dan penat pikir negara yang kian tenat..
                                                                                            masalah tak selesai..balik2 tunding jari sana-sini..penat…

                                                                                            Switch to our mobile site