Tetapi apabila Intan pun mengalaminya
Intan baru je call sekolah Aliff, kononnya nak tanya jumlah yuran kena bayar. Kerani tu cakap sekolah akan keluarkan surat mengenai Yuran Sekolah 2009 melalui murid kemudian.
Hairan bin ajaib. Zaman skrg ni, jumlah yuran pun nak rahsia.. huhu..
![]()
dan Izzah juga bertemu situasi yang sama..
betul3…
Ibubapa: berapa cikgu yurannya semua..?
cikgu: Hari nie,pn/en. bayar rm1.50 jer..untuk
takaful..yuran sekolah tak boleh bayar lagi.
ibubapa: bila pulak nak bayar yurannya cikgu?
cikgu: yang tu pihak sekolah pun belum pasti lagi. kena
tunggu surat dari pihak atas baru kami boleh
bagitau semuanya..hehehe..itulah dialog yang sering berulang2 hari nie..sampai lah sesi sekolah habis tadi..kami pun tak tau ape2..hanya mengikut arahan jer tau…
Itu di sekolah cikgu Izzah…
Rupanya sekolah Cikgu BH pun sama
mmg masalah besar kak, bile ckp pasal yuran ni..
sekolah saya, yuran yg dibolehkan dibayar skrg nih, cume RM1.50 shj!
tu pon utk insuran, yang lain illek…
takde lagi, blom bulih dikluarkan..jadi kalau dah free dan takde byran lgsg, mcmane nk jalankan aktiviti utk budak2 nih..
lgsg xde byran….
susah kalau bende2 ni dipolitikkan….
Saya mula terfikir, bila arahan mengenai Yuran Sekolah akan dikeluarkan memandangkan hari ini adalah hari terakhir sebelum sesi persekolahan bermula Isnin nanti.
Esok – sabtu?
Lusa – Ahad?
atau selepas Pilihanraya Kecil Parlimen Kuala Terengganu ?
Sejak bila Yuran Sekolah menjadi sesuatu yang rahsia kepada ibubapa ?
Yuran sekolah anak-anak saya tahun lepas ( 2008) :
Baca juga luahan seorang cikgu jawe
Post Lain Yang Berkaitan:


Salam juga buat Izati. Nak cari boifriend tu janganlah cari mat rempit atau penagih dadah. Carilah yang bekerjaya. Saya dah kerap menerima lapuran dari isteri-isteri penagih dadah yang mengabaikan rumahtangga serta memukul isteri.
Kujie ~ terimakasih, saya tak bingun…saya waras lagi…apa yg saya tulis di sini adalah peristiwa waktu tersebut..mgkn esok lusa…sehari selepas itu ada maklumat terbaru…
semalam pun baru ke sepang…apa nak buat..masa mendaftar dulu cikgu tak nak kutip yuran..bila anak2 dah masuk…baru ada…
jauh pun kenalah pergi…tanggungjawap sebagai ibubapa, kan….
tahniah kepada guru dan pihak sekolah yang bertungkus-lumus membangunkan pendidikan anak bangsa kita.
ibu-bapa masa kini berilmu dan prihatin ya cikgu2 tak macam makayah kita dulu2 maka janganlah cuba menyangkal apa jua pandangan ibubapa ini soalnya berkenaan yuran semua mampu cuma bila mereka tidak dimaklumkan mengenai bayaran hanya mendapat tahu bila anak-anak balik rumah cikgu minta duit kena bayar insuran RM1.50 (itupun masa perhimpunan anak2) bukan ke molek jika dikeluarkan surat kepada ibubapa bagi pembayaran sekian harga.
bila ada persoalan , kita mencari jawapan bukan menyapu di bawah karpet, lupakan dan jangan dihebohkan.
buat-buat tak kisah?
saya juga membayar rm 1.50 tahun ini.
@ibubapa murid, sy ada ramai kawan-kawan bertugas sebagai guru, tengok sidebar – teman tapi mesra dikalangan cikgu lebih 10 orang dan mereka tentunya sukar juga untuk berhadapan dengan ibubapa dan tanpa kewangan macam mana untuk memjalankan aktiviti untuk murid.
[...] semua sekolah ( saya berurusan dengan 3 sekolah ) tidak mengutip yuran kali ini, berkepuk-kepuk duit bawah katil [...]
Ada pulak yg nak hentam-menghentam di sini… Let it be Kak Jie, Intan tahu & faham niat Kak Jie.
Esok intan nak tanya sekali lagi kat kerani/cikgu sekolah pasal yuran ni… huhu
@intan, berbincang tu intan, jangan salah faham
tiap org berbeza latar belakang , taraf pendidikan , pengalaman hidup, manis atau masinnya kehidupan dan sudah tentu masing2 memandang sesuatu dari sisi yang berbeza.
lepas dapat feedback dari sekolah, blog it out ye intan…
salam k.jie
sy x de anak nk komen ttg yuran sekolah
kena cari boipren dulu kot…
menarik gak baca komen/perbincangan k.jie dgn saha
pandangan makcik cleaner aka surirumah dan kakitangan kerajaan
chaiyok…chaiyok k.jie
@izati, kak jie suri rumah ceruk dapur je lah…hal anak2 hal sekeliling..ikan hangus, lauk termasin…pokok bunga pasu pecah…itu saja isu yg layak utk disentuh.
@saha, bila en/pn mengata saya membesarkan hal yang tidak sepatutnya…saya agak keliru kerana ini adalah blog peribadi saya, saya menulis tetang kehidupan saya, anak-anak saya, kucing saya, jiran saya, kawan-kawan saya dan isu semasa yang bersangkut paut dengan diri saya..apa yang saya temui sepanjang kehidupan saya….. itu adalah berbeza dengan berita atau isu yang dibaca di akhbar.
Ini bukanlah akhbar yang melapurkan berita atau isu semasa untuk pembaca, ini adalah blog/laman web peribadi untuk saya menulis /berbincang/ bersoal jawap dan mencari jawapan dengan pengunjung..
Kalau dilewatkan…itu pun saya tahu dari reply seorang pengunjung di sini, kalau saya tidak menulis di sini, saya sendiri tidak tahu bahawa yuran diputuskan untuk dibayar pada Jun…ada kebaikan juga saya menulis isu ini sekurang-kurangnya ada orang yang datang dan memberi maklumat berguna.
Isunya bukan mempertikaikan yuran tersebut berapa ringgit berapa nilainya, isunya kenapa perkata ini hendak disorokkan… cikgu yang saya bertanya, memberitahu bahawa yuran sekolah isu sensitif, mereka diarahkan supaya tidak mengutipnya…
itu saja..bukan nilai yuran tersebut yang saya sentuh.
Setiap persoalan perlu kita cari jawapannya..bukan kita menyuruh orang bertanya itu diam,buat2 tak tahu…
utk pengetahuan, sebelum ini anak2 saya tidak mendapat pinjaman buku teks, kesemua 3 orang anak saya membeli buku teks sendiri,jadi secara sedar memang saya menyediakan wang untuk pembayaran yuran.
Saya bertanya pihak sekolah untuk membayar yuran tetapi sekolah pula enggan mengutipnya… atas arahan pihak atasan.
1 jun tu baru kluar ape yg boleh dibayar, lepas diluluskan…
sebelum tu, cgu kene dulukan duit dr poket sendiri, cam lembaran kerja tu, mane nk cekau duit…tp takpe, demi anak murid…
anak akak skolah cina kan?? rasenye skolah cina xde masalah rasenye kalau nk suh parent bayar yuran, sbb dorg tau duit tu mmg utk anak2 dorg…
ChekguBHs last blog post..When The Saga Returns…
@ChekguBH, sudah itu arahannya..kenalah ikut ye cikgu.
sabar ye cikgu, banyak pahala berkorban
tapi saya simpati kepada cikgu2 yang akan berhadapan dengan ibubapa
bukan semua orang memahami
sebenarnya saya kesian kepada ibubapa yang berpendapatan sederhana/rendah..dorang dah keluarkan duit awal2 sebab nak settle awal..bila dah bertangguh2 takut terguna duit tu..betul tak?tu la..fikir2kanlah..
izzahs last blog post..Seruan ilahi
@izzah, bertangguh hal lain cikgu
tapi tak boleh diberitahu itu lain lain pula
rasanya ramai ibubapa yang bersedia bila tibanya sesi persekolahan bermula…
mama sy ckp, pekeliling dah keluar.. kena bayar nnt 1 Jun =)
strikers last blog post..HOT-SEXY-WITTY NIECE
@striker, 1 Jun ?
belajar dulu bayar kemudian…
baguslah… cikgu2 bolehlah beritahu ibubapa mcm tu…bayar 1 Jun nnt…
ibubapa faham.
maaf ckp. kdg2 rasa pelik. pasal yuran anak nk skolah jadi isu besar. tp utk belanja benda lain yg kdg2 tk perlu pun beli, x pula jadi isu…
sy x kata org lain, sy sendiri pun…hehehe!
selamat kembali ke skolah…
rapis last blog post..Cycle Dome Tent
@rapi, sy tak pertikaian pun nilai berapa nak bayar…cumanya hairan kenapa tidak boleh diberitahu/ diumumkan kepada ibubapa?
motif?
mmg tsnggungjawap ibubapa sediakan yuran persekolahan…
Salam.
Pembayaran yuran bukan lagi perkara terpencil. Hari ini saya pun hanya bayar rm3 (takaful) untuk dua orang anak saya di sk.
Menurut pihak sekolah mereka cuma menunggu arahan seterusnya dari pihak ppd.
Masalahnya nanti, apabila jumlah pembayaran diputuskan terlalu lewat akan menimbulkan persoalan yang lebih rumit kepada pihak sekolah.
@ando, tiap berlaku ada sebab musabab, kalau sebab itu logik dan boleh diterima, mmg tiasa siapa akan persoalkan.
Saya dah bayar yuran sekolah 10 tahun…dan bukan isu pun…hanya tahun ini yuran sekolah dirahsiakan…
hai susahlah macam ni. semua nak rahsia. Tup-tup melambung harga yuran sekolah. lepas tu boleh pulak diberitahu kemudian. Baik-baik ibu bapa dah budget tiba-tiba lari pulak budget tu…hehehehehe
chuckiesds last blog post..Senang yang bagaimana?
@chuckiesd, yuran khas seorg murid sekolah rendah – rm 4.50 dan murid sekolah menengah rm 9.
yg lain2 tu bayaran
skdar pandangan orang baru bidang ini…tu je…
susah nk survive kalau takde duit…
ChekguBHs last blog post..When The Saga Returns…
@ChekguBH, ini yuran intan tahun lepas… tahun ini pun sama le kot..
1. Kokurikulum RM 2.00
2. Kertas Ujian Dalaman RM 6.00
3. Sukan Tahunan RM 6.00
4. Pendidikan Moral RM 6.00
5. Yuran Takaful RM 1.50
6. Yuran MSSM RM 2.00
7. AIA Student Accident Shield ( pilihan ) RM 20.0
8. Akhbar mingguan ( xin xin) RM 11.00
Bayaran kelas komputer
Pendaftaran ( setahun) RM 20.00
Yuran Bulanan RM 11.00 x 10 bulan = RM 110.00
Bayaran Kelas Tambahan ( PIBG)
Yuran Bulanan RM 17.00 x 10 bulan = RM 170.00
Jumlah saya perlu bayar hari ini = RM 102.00
Jumlah yang saya perlu bayar setiap bulan selama 10 bulan = RM 28.00
* mungkin tambah RM 4.50 kot..sbb itulah yuran yang dikhaskan utk seorang pelajar sekolah rendah.
pulak dah macam tuh ….
kenapakah ini terjadi ??
saya xde adik la kak jie
ada anak buah
tuh pun sekolah tadika ..
jadi yurannya mmg dah tetap
sekolah2 rendah menengah mmg tak tau menahu ….
sian saya nih ..
Lilys last blog post..Happy 1st Birthday Nawra !!!
@Lily, dah 10 tahun bayar yuran…entah tahun ini
tak boleh cakap pula berapa
bermotif apa tataulah lily
ala akak ni…
kura2 dlm perahu,
purak2 tak tahu…
muehehehehehehe…. bg settle itu terengganu dulu la… br citer pasal yuran
kutaksempurnas last blog post..terlajak kata… ooopppss
@kutaksempurna, hal pendidikan pun nk bela kura2 gak ke…
tu subjek sains kot
@saha, remeh?
awak tentu bukan ibubapa
bukan juga cikgu yang akan menjawap soalan ibubapa
sila klik baca link2 yg disediakan
ibubapa yang bertanya adalah ibubapa yang mahu membayar yuran bukan tidak mahu…
*bukan byr banyak pun….
ChekguBHs last blog post..Aku nak jadi seorang…
bukan nk berbisnes ke ape, tapi mungkin ade sebab lain…
parents skg ni kan, sstghnye, bukan semua…bile govt ckp pendidikan kat Msia ni percume, dorg assume yg totally free laa…
takde byran lgsg!
jadi kalau kene bayar utk kepntingan anak dorg gak…mula la bsing, komplen itu dan ini…
skrg ni kami terpakse survive dgn ape cara pun, sementara nk tunggu kalau ade pembayaran yg dpt diluluskan.
mmg teringt la peribahasa tu, gajah sama gajah, kancil tersepit di tgh2…
kalau kite dulu, kalau kene byr skit, bukan byr pon, mak saya tak pnh nk komplen even gaji bukan besar pon…
skg nih yg susah…
apela nk jadi…
ChekguBHs last blog post..Aku nak jadi seorang…
@ChekguBH, sabar2 cikgu…kalau cikgu klik ttg entri2 kak jie ttg yuran tahun lepas, tentu cikgu tahu kak jie pun tidak menyokong ibubapa yg berkira sgt ttg yuran tersebut…setahun tak sampai rm 50 sedangkan rokok sebulan si bapa lebih dari itu…
Sekolah pun dah pandai berbisnes kak… bukan blogger je.
rohaizads last blog post..Amalan minum Rasulullah S.A.W
@rohaizad, awak salah faham….arahan bukan dari pihak sekolah tetapi pihak atasan
kak jie, tadi kawan saya pun ada masalah yang sama.
mula2 tak ambik pot sangat sebab anak tak sekolah la katakan, rupanya ramai orang pun sama ya.
wah biarlah rahsia gitu.
hehe
wawas last blog post..Soaring high
@wawa, itulah kak jie ingat kes terpencil
manalah tau Pengetua baru lapurkan diri
belum sempat nk sediakan…tapi bila cikgu beritahu
tak boleh kutip lagi..arahan dr org atasan..
pelik sungguh….org Melaka pun sama ye
baik diorang rahsiakan je sampai hujung tahun..
tahun depan je la bayar yuran, tahun ni tak payah bayar..
Lan Bingkas last blog post..Sambutan malam tahun baru
@Lan Bingka, ada ke yuran boleh jadi isu sensitif
kalau kena cara dan mmg patut, tak de sapa nk bising..
dah mmg tiap thn……. tanya yuran dgn cikgu, alih2 tahun ni pelik pula jawap dia…
konspirasi tol skrg nih..sapa la orang atas tuh kan..
dendangs last blog post..Hari Jumaat Pertama 1430 Hijrah
@dendang, kasihan cikgu2 yg terpaksa menjawap dgn ibubapa… org atas keluarkan arahan saja
mesti ada hidden surcharges neh nanti
dulu2 semua settle before masuk sekolah kan. at least for sek ren la. sek men pandai2 depa lah. ehhe
KNizams last blog post..Aduyai Rasa Macam Mau Angkat La Ini Telepon !
@KNizam,kak jie setiap tahun berurusan dgn sekolah dah…10 tahun…memang bayar yuran pun..
buku teks kena beli – hanya tahun lepas dpt percuma.
pelik sungguh.. samaada tak efficient ataupun ada udang di sebalik mee.. takkanlah yuran pun nak rahsia kan.. bila orang tak bayar, tau pulak dia bising..
Neezas last blog post..Lebih baik dari semalam
@Neeza, kita bertanya ini sebab nak bayar, bukan tak nak bayar…. cakap saja berapa sebab ibubapa dah bersedia, mmg tiap tahun, hari pendaftaran mesti bayar yuran..tak banyak pun…selalunya dlm lingkungan rm 50