Keratan akhbar Kosmo 19 Ogos 2008 ( Selasa )

Kewujudan sebuah lubang misteri di siling bilik penyusuan sebuah pasaraya di Mutiara Damansara ini jika benarlah digunakan oleh orang² yang tidak bertanggungjawap amatlah dikesalkan. Lubang ini terletak tepat di atas kerusi tempat ibu menyusukan bayi mereka.

Sekiranya digunakan dengan tujuan yang tidak baik, saya percaya orang tersebut amatlah teruk. mentalitinya.  Bayangkan makanan pertama yang anda minum untuk meneruskan nyawa selepas dilahirkan adalah dari susu buah dada seorang ibu . Sanggupkah pula anda melihat seorang ibu yang menyusukan bayi mereka dari sudut keghairahan anda semata².

Saya adalah seorang ibu yang pro-penyusuan susu ibu. Saya menyusukan ketiga² anak saya cuma tempuh saja berbeza kerana akibat kecetekan ilmu dan sebab² kesihatan, Along cuma menyusu badan hanya 6 bulan tetapi Angah dan Intan mendapat penyusuan saya lebih dari 2 tahun.

Seorang ibu yang memilih tempat tertutup begitu untuk menyusukan anaknya bukanlah atas sebab keseronokkan diri sendiri tetapi semata² untuk mengenyangkan perut si bayi.

Susu ibulah yang pertama masuk ke dalam rongga tekak kita. Bersama belaian kasih tangan lembut ibu mengusap penuh mesra di dalam dakapannya, kita menikmati makanan enak yang tiada tandingannya di dunia ini. Susu ibu.