Situasi semasa Influenza A(H1N1)

cara betul pakai mask

(Setakat 4 Ogos 2009, jam 8.00 pagi) – Jumlah Kes di Malaysia: 1,460 termasuk 8 kematian.

Daripada 10 kes yang berada di Unit Rawatan Rapi, 3 daripada mereka mempunyai faktor risiko iaitu obesiti (1), wanita lepas bersalin (1) dan imuniti rendah (2).

Sehingga 4 Ogos 2009, sejumlah 189,155 kes dengan 1319 kematian telah dilaporkan daripada 168 negara. Peningkatan sebanyak 3,301 kes dengan 12 kematian berbanding dengan hari sebelumnya. Negara baru adalah Pakistan yang telah melaporkan kes pertama.

Sumber : Laman Web Rasmi Influenza A(H1N1)
*******************************************
Selepas baca fakta tersebut, saya mula menerangkan pada anak-anak beberapa cara atau langkah penjagaan kesihatan diri di rumah dan di sekolah.

Ingatkan mereka untuk mengamalkan adab batuk yang betul dengan menggunakan tisu atau sapu tangan apabila batuk atau bersin.

Cuci tangan dengan sabun dan air selepas itu.

Kurangkan aktiviti sosial di luar dan minum banyak air mineral.

Intan dah demam sekarang jadi saya kena pastikan dia makan ubat yang dibekalkan pihak klinik mengikut dos yang tepat , cukup rehat dan minum banyak air.   Dia juga dilarang bertandang ke rumah sepupu untuk beberapa hari lagi.

Suhu badan dia dah surut, sekarang 37.4ºC.  Harapnya bangun esok pagi demam dia dah kebah dan boleh ke sekolah seperti biasa.  Minggu ini ada ujian bulanan.

Yang paling penting, jangan lupa berdoa. Mohon pada Allah agar diri dan keluarga serta rakan-rakan kita sentiasa dijauhkan daripada penyakit merbahaya itu.

©Kujie – nasihat saya, kalau si kakak atau si abang demam, jangan angkut semua adik berandik terutamanya yang masih bayi ke klinik…….ingat klinik dan hospital tu bersih ke?  banyak virus dan berbagai jenis penyakit yang dibawa pesakit berkumpul di merasa sudut klinik.

Published by

Kujie

Pemilik tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang kerosakkan atau kehilangan yang dialami disebabkan oleh penggunaan maklumat di dalam laman ini. Jika anda memerlukan perkhidmatan nasihat yang khusus, sila dapatkan pakar bertauliah dan berpengetahuan di dalam bidang berkenaan. Untuk biodata penuh boleh lihat di Biodata Kujie

23 thoughts on “Situasi semasa Influenza A(H1N1)”

  1. Saya ni memang batuk.. sekarang ni kalau batuk sikit jee kat ofis.. semua orang cam tahan nafas.. huhu.. tapi situasi H1N1 sekarang membimbangkan juga walaupun sebab kematian tu ada kaitan dengan kes-kes lain..
    .-= nuaeman´s last blog ..Mandi Wajib dengan 6 kali jirus… =-.

    1. @Abang Long, dekat Teman Tapi Mesra saya da 3 orang doktor.

      bukan 3..tapi 4 blogger bergelar doktor

  2. Ooo…..anak bongsu Tie demam dan sakit tekak. Walaupun tak panas sangat, kena bawak ke klinik, takut gak…..
    .-= Tie´s last blog ..Nona Manis =-.

    1. @Tie, elok tu Tie…cepat2 jumpa doktor..kalau tak baik lebih 3 hari atau lepas 3 hari dia demam balik, kena jumpa doktor juga… baik cegah dari awal

  3. Firman Allah surah Al-Hadid ayat 22 yang ertinya : Setiap bencana yang menimpa di bumi dan yang menimpa dirimu sendiri semuanya telah tertulis dalam Kitab (Lauh Mahfuz) sebelum Kami mewujudkannya. Sungguh yang demikian itu mudah bagi Allah.
    .-= denaihati´s last blog ..Contest Weblog Popular 1Malaysia =-.

  4. Moga-moga Intan lekas sembuh. Haih…sekarang ni, keadan semaking runcing! Harap-harap semua ini akan berakhir secepat mungkin!

    1. @samdaddycool, masa anak2 kita tak demam, tak ambil tau sgt…rasa mcm…tak de apa2…tak kenalah…..tapi bila anak demam sikit je..dah mula kalut..cari ingfo sana sini
      😆

  5. Pingback: pligg.com

Comments are closed.