Tahniah PM

Tadi sewaktu baring-baring coz tak bape sihat kan, KakJie tengok berita terkini jam 12:00 tengahari kat TV3. Berita terkini Lagi Sensasi … Pak Lah Perdana Menteri kita akan menamatkan zaman dudanya pada hari sabtu ini.
Di khabarkan wanita tersebut adalah Jeanne Abdullah (nama asal Jeanne Danker). Sebenarnya KakJie tak terkejut dengan berita tersebut kerana dari pemantauan dan hobi KakJie menyelinap ke blog-blog social politik dah tersebar gossip tentang pernikahan Pak Lah dengan Jeanne yang di war-warkan pada 22 Januari 2007.
Kak Jie baca gossip ini dalam 2-3 bulan lepas.
Jeanne seorang janda kematian suami merupakan Pengurus Kediaman Rasmi di Sri Perdana, Putrajaya. Beliau juga adalah adik ipar kepada bekas isteri Abdullah, Endon.
Inikah wajah bakal First Lady Malaysia?
Kenyataan Penuh yang dkeluarkan oleh JPM:
Dengan sukacitanya dimaklumkan bahawa YAB Perdana Menteri Dato’ Seri Abdullah Ahmad Badawi akan melangsungkan majlis akad nikah dengan Jeanne Abdullah pada hari Sabtu 9 Jun 2007 bersamaan dengan 23 Jamadilawwal 1428 Hijrah.
Jeanne Abdullah dilahirkan di Kuala Lumpur pada 29 Julai 1953 dan merupakan anak sulung daripada empat orang adik-beradik. Beliau menerima pendidikan di Sekolah Menengah Assunta dan mempunyai pengalaman yang luas dalam bidang pentadbiran dan perhotelan setelah terlibat dalam pengurusan beberapa hotel terkemuka di Malaysia, termasuk Hotel Hilton Kuala Lumpur dan Hotel Pan Pacific. Jeanne juga pernah bertugas sebagai Pengelola kediaman rasmi Timbalan Perdana Menteri dan Pengurus Kompleks Seri Perdana.
Jeanne mempunyai dua orang anak, Nadiah dan Nadene.
Majlis berkenaan akan diadakan di Seri Perdana dan akan dihadiri oleh keluarga terdekat sahaja.

Kredit :
Laman Marhaen

Jie ~ huhuhu….. dalam dok tak sihat, dok baring jer sepanjang hari, sempat update blog..hiks!

About Kujie

Pemilik tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang kerosakkan atau kehilangan yang dialami disebabkan oleh penggunaan maklumat di dalam laman ini. Jika anda memerlukan perkhidmatan nasihat yang khusus, sila dapatkan pakar bertauliah dan berpengetahuan di dalam bidang berkenaan.

Untuk biodata penuh boleh lihat di Biodata Kujie

Mereka Yang Berkongsi Rasa

  1. Dah tua tapi masih cantik lagi dia.. πŸ™‚
    Jom terjah post menarik dari Aya ..Tips 6 : Jika Anda Jumpa DoktorMy Profile

  2. Abang Long says:

    Akhirnya, PM bertemu jodoh. Semoga, pergerakan ekonomi negara akan bertambah baik, sebab ada “soft adviser” … boleh tolong cakap yang harga ikan dah naik melambung, kesian kat rakyat …

  3. owh.selamat pengantin baru
    heheh

  4. intankamaruddin says:

    hrp kak jie terus jadi sehat.
    mmg patut pun pemimpin ade isteri. nanti2 pening2 ade tempat nak luahkan rase..

  5. hmmmm….memang patut pun seorang pemimpin kena ada teman….

    btw, tahniah!

  6. IndahSakura says:

    Moga jodoh PM akan berpanjangan dan bahagia hingga keakhirnya.

    Moga KakJie juga cepat sembuh dan banyakkan rehat πŸ™‚

  7. Ku Ina says:

    melepas la aku…..

  8. Red Mummy says:

    equil ko nak borong sume duda kat msia ni ke? pat tu kalo x nak bela bak bagi akak!

    alahmak salah blog lak aku..

    hi kak jie, ko dah sihat? ko rindu sgt ngan aku ni, ko tengok je lah blog aku yer…

  9. Noushy Syah says:

    Wowww..ALhamdulillah utk PM Malaysia, moga diberkati Allah hubungan sucinya…bina mesjid jommm!!!

    Eh eh Kak Jie dah ada mesjid, jgn nak ngengade!

  10. Kak Jie says:

    EQ >> mcm mane nk nmpk..ko asik berkepik dgn si mata biru je

    geget tinge la weiii…

    adiejin >> Mak Jin jgn Mak Jie..hukhuk

    btw thanks for checking out my blog…feel free to dtg lagik..ye

  11. ADIEJIN says:

    hi..bloghopped frm Pb’s blog. Cool. Will definitely visit again. Isteri paklah nanti orang nak panggil apa ek ? Mak Jin ?hehe

  12. Equilibrium says:

    saya pengsan kerana keciwa……….

    punya lama saya dok ushar pak lah…dia x nmpk saya rupenye…xpa…x pa…

    geget jari lagik!

    (tlg ushar sapa lg menteri yg available! muahahaaaha)