Cara Ubat Kucing Demam

Kucing demam?

Sebelum ini saya pun tak pernah terfikir kucing boleh demam. Saya pernah tanya doktor macam mana kita nak tahu kucing kita demam?

Kalau anak yang demam, dia boleh bagi tahu atau kita boleh kesan suhu badan yang berubah sebab kita sentiasa menyentuh anak-anak sepanjang hari.

Bila saya dah ada kucing, barulah saya faham macam mana pemilik kucing tahu tahap kesihatan kucing merek. Keadaannya sama saja bila kita dah sepanjang hari hidup bersama seperti kita dengan anak-anak.

Perubahan kucing daripada perlakuan biasa boleh kita kesan.  Antara tanda-tanda kucing tidak sihat ialah mata yang lesu dan berair, selera makan yang berkurang dan tidak seaktif biasa.

image

Kalau Camo, selain tanda-tanda tersebut, saya boleh kesan dia bernafas dengan kuat seperti orang lelah , hingus yang mengalir dan kerap bersih.

Dirumah saya memang ada simpanan ubat untuk kucing seperti ubat demam, ubat kutu, ubat cacing, ubat selesema dan antibiotik.

Salah satu cara untuk meredakan suhu panas kucing ialah dengan mengelap badan sekitar leher dan kepala dengan tuala lembab.

Doktor cakap, kita boleh gunakan kaedah sama yang digunakan untuk meredakan suhu panas badan manusia apabila kucing demam.

image

Saya bagi sirap L-lysine dan  mula mengelap Camo dengan tuala yang lembab.  Kerap lap hidung yang berhingus dan letakkan ubat titis ke mata Camo.

Camo agak sensitif dan murah alami alahan.  Sejarah kesihatan dia yang pernah alami demam panas sehingga suhu 40°C sikit sebanyak melemahkan ketahanan badan Camo.

image

Moga cepat sembuh ye Camo… kesian Alice tak ada kawan untuk bermain.

NOTAKAKIKUJIE : Sibuk dengan anak-anak kucing yang tak sihat sampai tak sempat nak on komputer.

17 Replies to “Cara Ubat Kucing Demam”

Comments are closed.