Cara Ubat Tapak Kaki Kucing Yang Luka

Mula-mula saya pun tak perasan tapak kaki kucing peliharaan saya luka. Ada terbau yang kurang enak. Puas dibelek seluruh badan, tapi tak jumpa dimana tempat lukanya. Bila diselak celah-celah bulu tapak kaki, baru nampak.  Ada luka yang membengkak dan basah.

Cara ubat tapak kaki kucing yang luka.

kaki kucing luka

Malam sebelum tidur, saya sapu minyak gamat. Tapak kaki kucing memang sensitif, memang Julie tak bagi juga disentuh. Saya tuang je minyak gamat yang pekat dari Langkawi.

Tapak kaki dan jari yang melekit, memang dia tak selesa.

Kesan minyak gamat tu mungkin akan terkena seluruh badan sewaktu kucing berguling atau menjilat bulunya.  Biar saja untuk beberapa hari, tak perlu mandikan kucing.

ubat kaki kucing luka

Esoknya siang, tapak kaki kucing yang luka tu dah beransur baik. Nampak berbezakan.  Luka tapak kaki kucing dah kering.

Bubuhlah minyak gamat dua tiga kali sehingga luka di tapak kaki kucing kesayangan kita tu dah betul-betul kering dan sembuh.  Selepas betul-betul kering lukanya, barulah kucing dimandikan.   Kalau tidak satu badan kucing bau minyak gamat 🙂

merawat kucing sakit

Sekarang dah elok, Julie boleh tidur dengan nyenyaknya.

  1. sekadar berkongsi.
    kadang2 luka biasa ni boleh jadi sporo kalau tak buat pencegahan awal. kucing saya kena penyakit sporo. hantar ke vet. dia bagi 30 biji pil anti fungal + ubat sapu anti fungal. besaq baq hang. kena telan untuk 1 bulan tiap tiap hari. kesian meow saya. Dr tak bagi dia keluar bergaul dengan kucim lain 🙁

    1 biji tu harga dia rm 4 (harga bergantung pada dr vet). tak kisah la berapa. janji meow sihat.
    Jom terjah post menarik dari QZ92 ..Tulisan Blog Gua Jadi Viral di Ruangan FacebookMy Profile