Cuka Elak Kucing Melepak Di Sofa
Kucing

Cuka Elak Kucing Melepak Di Sofa

tip jaga kucing

Dua-dua kesayangan – kucing dan sofa.  Ini adalah tempat kegemaran Julie dan nampaknya telah menjadi tempat lepak turun temurun anak beranak.

Sesiapa yang bela kucing mesti ada masalah untuk mencegah kucing kesayangan kita melepak di atas sofa sehingga meninggalkan bulu kucing dan bau.  Sofa saya di dalam gambar tu tak apa, sebab itu sofa lepak keluarga nak tengok TV bukan di ruang tamu.

Walaupun kita jaga macam mana baik sekali pun, bulu kucing tetap akan gugur, itu adalah penciptaan Allah untuk makhluk yang hidup.  Mustahil bulu kucing tak gugur langsung.  Sama macam bulu rambut kita…. normal kalau ada yang  gugur.  Sikit atau banyak saja bezanya.

Saya gunakan berus bulu kucing yang halus untuk sikat dan bersihkan bulu Julie, jadi tahap keguguran bulu kucing adalah minimal.

Petua untuk menghalang kucing daripada melepak di sofa sehingga tinggalkan bulu dan bau ialah gunakan cuka.  Campurkan sedikit cuka di dalam air dan spray di permukaan sofa.  Jangan risau sofa kita tak rosak malah cuka banyak digunakan dalam tips rumahtanggan untuk hilangkan kotoran degil pada pakaian atau alatan dapur.

Cuka juga digunakan untuk mengelak kucing berak atau kencing di tempat yang tidak dibenarkan.  Spray campuran cuka dan air di kawasan keliling sudut rumah atau di  luar rumah.  Kucing ada deria bau yang kuat, dia boleh hidu bau cuka yang tidak menyenangkan.

Sebenarnya cuka ada banyak lagi kegunaan lain.  Kalau cuci pakaian bayi, untuk bilasan terakhir, campurkan sedikit cuka.  Ianya boleh meninggalkan sisa kimia sabun untuk melindungi badan bayi.

Kalau pakaian yang melekat dengan bau badan, boleh spray cuka di tempat tersebut dan biarkan semalaman, esoknya cuci pakaian tersebut seperti biasa.

Boleh gunakan cuka untuk membunuh rumput di taman.  Ini untuk taman sekangkang cucu kera, kalau taman besar sekangkang bapa kera tak berbaloi nak spray cuka keliling rumah.

Petua yang saya bagi ini gunakan cuka makan ( vinegar)  bukan cuka getah (asid formik) yang digunakan untuk membekukan getah cair.  Cuka ni murah saja, tak rugi pun untuk dicuba…kalau ada petua lain yang boleh digunakan, kongilah bersama kami ye.

Tip ini anak bujang  saya yang beritahu dan saya telah berkongsi bersama jiran-jiran sewaktu perjumpaan majlis makcik-makcik jiran sekampung.

Pemilik tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang kerosakkan atau kehilangan yang dialami disebabkan oleh penggunaan maklumat di dalam laman ini. Jika anda memerlukan perkhidmatan nasihat yang khusus, sila dapatkan pakar bertauliah dan berpengetahuan di dalam bidang berkenaan. Untuk biodata penuh boleh lihat di Biodata Kujie

33 thoughts on “Cuka Elak Kucing Melepak Di Sofa

  1. setakat ni 3 ekor yang saya baru bela tuh belum lagi ada niat nak melepak kat sofa…baru je nak mengenal sekeliling..ada la panjat sana sini..tapi belum rasa nak melepak..main je kejenya..maklumlah..masih baby..:D
    Jom terjah post menarik dari reezluv ..Selamat Datang Jack,Jimmy dan JediMy Profile

  2. Saya baru tahu apa yang boleh dimanfaatkan dengan cuka makan..sebelum ni ingat ia untuk dimasukkan ke dalam makanan je..thank Kak Jie untuk info ni..

  3. Err.. kalau si kucing suka melepak di lengan isteri berbanding isteri landing atas lengan suami, haruskah maza gunakan spray cuka ke ketiak isteri?

    hehhehehe
    Jom terjah post menarik dari maza ..BCG Bukit Rakyat MalaysiaMy Profile

    1. Kena guna petua lain…. guna emas.

      Beli gelang mas bagi isteri pakai…kucing tak selesa dok kt lengan yang berkilau kilau..hahaha

  4. wah seksi lah itu kucing tapi teringat kisah kawan baik yg punyalah suka pada kucing tapi wife dia tak suka jadi bila dia outstation wife dia akan hantar ke hotel kucing sampai jadi gaduh suami isteri.
    Jom terjah post menarik dari Denaihati ..Awek Cun Idaman KalbuMy Profile

  5. Kucing-kucing yang melepak kat rumah saya selalu membuang kat laman rumah. Siap la dorang, nak kena sembur lepas ni. terima kasih kak ji bagi tip.

Comments are closed.