DIY E- Collar Untuk Kucing Selepas Pembedahan
Kucing

DIY E- Collar Untuk Kucing Selepas Pembedahan

Saya ada pengalaman 11 kali menjaga kucing selepas pembedahan termasuk 2 ekor kucing kudung yang jalani 3 kali pembedahan setiap seekor. Ada macam-macam ketahanan setiap ekor kucing yang berbeza terhadap kesan ubat bius. Biasanya sehari selepas pembedahan keadaan semakin pulih. Kecuali sewaktu Alice menjalani major surgery pemotongan kaki dia pada 1/1/2015 dulu.

Alice agak terganggu 2-3 hari. Tapi hari ke-5 dah boleh berlari dan bermain seperti biasa cuma kita saja yang cuba kawal supaya jahitan dan lukanya benar-benar sembuh.

Hari ini saya nak berkongsi idea atau panduan menjaga kucing yang menjalani pembedahan.

kucing operation2015-05-17 07.35.21

Biasanya kucing dipakaikan E-Collar seperti ini. Elizabeth Collar nama penuh kolar tersebut adalah kon plastik yang membantu melindungi kecederaan atau luka daripada kerosakan yang lebih teruk . Kolar ini juga dipakaikan untuk mengelakkan kucing dari menjilat atau menggaru pada kecederaan di badannya.

E-Collar yang original adalah plastik lutsinar .  Harganya antara RM 25 – 40 .  Ada aras  yang boleh diselaraskan mengikut saiz yang dikehendaki.  Ada juga beberapa jenis E-collar mudah pakai yang mempunyai pelbagai corak.  Atas nasihat veterinar, plastik lutsinar ini yang paling selesa dipakai kerana ianya tidak menganggu penglihatan kucing.

Alice pakai E-Collar sebab lukanya di kaki. Majoriti kucing tidak suka memakai kolar dan cuba bersungguh-sungguh untuk menanggalkannya tetapi mereka cepat menjadi biasa dengannya.  Walaupun memakai kolar, kucing dapat minum atau makan seperti biasa.

kucing operation2015-05-17 08.01.38

Salah satu cara menjaga kucing selepas pembedahan sekiranya tidak dipakaikan E-collar adalah dengan membuat baju sendiri. Gunting bahagian lengan panjang baju ( saya gunakan inner ), tebuk 4 lubang untuk kaki.

Selain lengan baju, legging juga boleh digunakan kerana jenis kain yang elastik.  DIY E-Collar jenis ini sesuai untuk luka pembedahan di bahagian perut.

Carrot tu  macam pakai  baju kalis peluru dah kan…. Hari ke 4, Carrot dah tak pakai ‘baju’ kalis peluru’ ni lagi. Lukanya sembuh dengan sempurna.

kucing operation2015-05-19 18.43.05

Dah boleh gomol macam biasa…

Nota :  Kucing yang menjalani pembedahan, tak boleh gunakan pasir kerana pasir atau habuk boleh melekat pada luka tersebut.  Ganti pasir dengan kertas suratkhabar yang dicarik-carik atau digunting halus.

Pemilik tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang kerosakkan atau kehilangan yang dialami disebabkan oleh penggunaan maklumat di dalam laman ini. Jika anda memerlukan perkhidmatan nasihat yang khusus, sila dapatkan pakar bertauliah dan berpengetahuan di dalam bidang berkenaan. Untuk biodata penuh boleh lihat di Biodata Kujie

40 thoughts on “DIY E- Collar Untuk Kucing Selepas Pembedahan

  1. Akak awesome n creative!! Akak, boleh saya tahu bahagian mana yg kena potong kalau inner? xdapat nk imagine la. saya baru spay kucing n bleeding plak sebab dia jilat. Perlu sgt baju “kalis peluru” macam akak buat tu. hehe

    1. maaf lewat reply…pc ada masalah .

      potong bahagian tangan inner….yg bahagian bahu lebih lebar daripada bahagian pergelanggan tanggan tu….tebuk lubang 4 selari utk dua kaki depan, dua kaki belakang..sarungkan lenggan inner tu kat badan dia…yang bahagian lebih lebar ( bahu ) letak kat belakang kucing
      Jom terjah post menarik dari Kujie ..Fakta Mengenai Kucing Betina Berbulu OrenMy Profile

  2. suka main dgn kucing.. tp x mampu nak bela sbb selalu busy.. selalu x lekat kat rumah.. nnt kesian kucing tak terbela..
    sekali skali manja2 ngan kucing org lain & bg makan kat kucing jalanan je… ;D
    Jom terjah post menarik dari julia mahir ..Balqis first solid foodMy Profile

Comments are closed.