Jangan Melakak Kucing Di Dapur

cara bela kucing

Pagi semalam, seekor anak kucing tersesat mengiau tanpa arah. Nampak macam lapar sangat. Dia masuk ke dalam rumah cuba bermanja. Terus tuang makanan, tak sempat nak cari  alas untuk bekas.

Saya yakin ini kucing yang dibela jiran kerana kucing-kucing saya tidak pernah dan berani menyentuh manusia.  Kucing saya nak mengiau pun susah.  Tak pernah bising.

Saya bela kucing terbiar bukan  sebagai ‘ pet’. Pet apa ya…binatang kesayangan? Saya sayang kucing-kucing tu tapi bukan dibelai-belai. Saya bela sebagai satu tanggungjawap. Selalu bermesra bersembang bertentang mata tanpa sentuhan fizikal.

Tiap seekornya ada nama dan boleh tahu apabila dipanggil.

kucing jalanan terbiar

Tiap kali saya nak ambil gambar, semuanya berpossing macam ni.. dah banyak kali. Stokin yang depan sekali akan duduk seperti itu .  Nexus si oren itu akan jauh dibelakang.  Ini aksi tiap kali saya memegang kamera. Comel sungguh !

 

sempadan perhubungan

 

Kami ada had sempadan yang jelas.  Garis sempadan hubungan kami hanya di luar pintu.  Tapi kalau terlajak sikit tu, boleh dimaafkan atas sifat tolak ansur.  Budak nakal memang suka langgar undang-undang, kan.  Kadang-kadang melepasi sempadan juga

Saya sedang menulis entri ini di ruang tamu, dan pintu dapur terbuka luas.  Tak ada seekor pun yang cuba masuk dan selongkar dapur.

Petua yang saya amalkan, saya tak akan biarkan ada  makanan yang terdedah yang boleh merangsang mereka masuk.  Kalau  kucing ini dah biasa dapat makan di dalam rumah, dia akan datang berkali-kali sebagai rutin.  Kita tak boleh marah kucing sebab kucing bukan ada akal.  Kita yang perlu lebih smart untuk mengawal.

Trivia :  Peribahasa Kucing

  • Kucing lalu, tikus tiada berdecit lagi – Apabila ada orang yang ditakuti, maka diamlah orang yang sedang berbuat bising.
  • Bila kucing tidak bergigi, tikus berani melompat tinggi- Apabila orang yang ditakuti sudah tidak berkuasa lagi, maka orang-orang pun berleluasalah melakukan sekehendak hati.
  • Biarpun kucing naik haji, pulangnya mengeong juga – Pembawaan yang tidak dapat diubah.
  • Bagai kucing tidur di bantai – Hidup senang dan mewah.
  • Bagai kucing takut akan balur – Lelaki yang takut kepada perempuan.
  • Bagai kucing lepas senja – Sukar dicari; merasa senang.
  • Sebagai kucing di atas tembok – Orang yang menjaga dua pekerjaan; orang yang cermat dalam gerak-gerinya.
  • Melakak kucing di dapur – Menganiaya orang yang sangat rapat dengan kita * melakak = memukul dengan barang keras.

Ejaan bunyi kucing dari DBP ialah iau , ngiau, mengiau atau mengeong

©kujie – saya tinggal berdua saja dengan Intan dan kucing-kucing inilah yang memeriahkan rumah walau tanpa iau.

 

 

About Kujie

Pemilik tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang kerosakkan atau kehilangan yang dialami disebabkan oleh penggunaan maklumat di dalam laman ini. Jika anda memerlukan perkhidmatan nasihat yang khusus, sila dapatkan pakar bertauliah dan berpengetahuan di dalam bidang berkenaan.

Untuk biodata penuh boleh lihat di Biodata Kujie

Comments

  1. bagus juga untuk dipelihara, bisa jadi keturunannya juga akann bagus kalau warna orange bercampur dengan hitam..
    Jom terjah post menarik dari Jefry ..Jasa Sedot WC Jakarta Utara Telp. 021-9466-8989 | Sedot WC Jakarta DepokMy Profile

  2. boleh jadi guard barangkali semua kucing2 kak Jie ni. mana tahu ada org yg tidak berkenaan datang, mungkin semuanya akan iau beri tanda peringatan.

  3. baru tau wujudnya perkataan melakak tu hehehe

  4. wahhh memang kucing2 ni tahu kak jie nak ambil gambar dan mereka selesa buat posing mcm tu..sy suka triva pribahasa kucing tu..emm kadang2 seronok bela kcuing, kadang2 geram..selepas kucing sy mati, ada la terasa nak bela kucing lain pula..tapi bila difikir-fikir balik rasanya biarkan je dulu..haha

  5. banyaknya kucing. comel geng-geng hitam tu, nexus merenung dari jauh shj. semuanya comel

  6. kucing saya dah lama hilang….sedih betullah

  7. huh..pandai diorang posing ek.
    Jom terjah post menarik dari titan ..Hati gembira. Kekacakan terserlah.My Profile

  8. Setuju dengan komen Faizul..kucing-kucing ni macam kumpulan geng kongsi gelap kucing pun ada…saya pun minat nak bela kucing tapi wife alah dan takut pada kucing..terpaksa la pendamkan niat… :-(
    Jom terjah post menarik dari Hairul Azni ..Wisel Penamat Ditiup Pengadil Bodoh!My Profile

  9. kumpulan kucing kak jie dah macam geng kongsi gelap. Walaupun memang masing-masing gelap bulunya.

    Cam gengster jaga kawasan pun ada gaya posingnya.
    Jom terjah post menarik dari faizul ..Sokonglah anak tempatan di Sirkit MotogpMy Profile

  10. Pelik juga bab possing depan kamera itu. Jarang dengar macam tu berlaku.
    Jom terjah post menarik dari Arrazi ..Komen Di Blog Bukan Sekadar HiasanMy Profile

  11. banyak juga ya.. sepatutnya setiap daerah ada pusat jaga binatang terbiar.. lepas tu sama-sama dermalah nak beli makanan sarang dan sebagainya.. barulah tak berkeliarang kucing-kucing ni.
    Jom terjah post menarik dari Izzat Aziz ..Bajet perbelanjaan, perlu atau tidak?My Profile

  12. Isteri dan anak-anak asma jadi minat membeli kucing terpaksa dilupakan. Ia tidak menghalang menghulur makanan kepada kucing terbiar dibalakang rumah.

  13. Mister Puppet says:

    Saya pun suka bela kucing-kucing terbiar di rumah.sekarang dah ada 4 ekor

  14. ala2 mafia kucing2 kat umah kak jie..hehehe..
    Jom terjah post menarik dari pipoq ..Apple iPad gadget impianMy Profile

  15. kenapa kucing2 tu banyak warna itam ye…?
    Jom terjah post menarik dari puteraduyong ..OLIVIER GIROUD PROFILEMy Profile

  16. Dulu memang pernah bela kucing, skrg tak dah, sbb keadaan x mengizinkan ! Memang seronok bela kucing nie, terapi minda utk setiap masa. 😉
    Jom terjah post menarik dari anastasyea ..Elak Sakit Pinggang, Tulang Belakang Dengan Premium BeautifulMy Profile

  17. haha..memang terbaiklah kucing² Kak Jie posing..

    Dulu bela kat kampung masa kecik² kucing² naik jugak ikut bumbung walaupun dah letak kat luar..hehe
    Jom terjah post menarik dari cikgu naman ..Kucing MengurutMy Profile

  18. semua berposing freestyle ye..hahaha..
    Jom terjah post menarik dari kimmy ..#aptbMy Profile

  19. Kucing kalau diajar pun pandai,sempoi dia posing,kalau dapat snap yang dua ekor tu jer lagi cantik.
    Jom terjah post menarik dari azman ..Che Det -Anwar-Ah Jib Gor-TGNAMy Profile

  20. Nexus..?! maju sungguh nama kucing itu..

  21. haha tunggu anak kucing bee buka mata lepas tu nak ambil gambar juga la …

    dah bagi nama

    samsung , nokia , iPhone , Htc dan blackberry

    cukup 5 nama untuk anak kucing yang baru lahir tu , mak dia nama nomei .. haha ..
    Jom terjah post menarik dari puanbee ..Day 1 :Lepas hajat BBQ di tepi pantai cheratingMy Profile

  22. kalau tak bergaduh, takde ape hal…

    kucing2 saya suka gaduh, lebih2 lagi time makan…
    Jom terjah post menarik dari Farid Adam ..Referee Lee Min Yu Berdendam Pada Skuad Harimau Malaya?My Profile

  23. Gambar2 nampak macam cover album. Suma dok pandang tempat lain, bajet cool depan kamera.

    Kucing kakjie racist, sisihkan Nexus hahahah 😆

    Lynnaiza sukalah kucing-kucing warna hitam ni.
    Jom terjah post menarik dari Affan Ruslan ..Bagaimana Untuk Mendapatkan Semula Akaun Twitter Yang DigodamMy Profile

    • ha ha ha… itulah
      tiap kali nak bergambar, masing² mcm tu. Nexus mesti jauh kat belakang. Stokin tanpa di suruh, terus duduk paling depan.

      Dah banyak kali depa dok bergaya macam ni. Gambar yg dulu tu pun sama gayanya.

      Nexus kucing jantang yang paling cergas… mungkin sebab ada naluri akan dirampas kuasa tanah jajahan , kucing lain macam berhati² dengan Nexus
      Jom terjah post menarik dari Kujie ..Kisah Sedih Uniform KRS Yang Ingin DilupakanMy Profile