Kenapa Kucing Makan Rumput

petua kucing muntah
Rutin harian saya bersama Julie sejak 4 bulan dibela.

Kalau saya lewat buka pintu bilik, dia akan mengetuk sambil melompat melanggar dirinya ke pintu. Bila di buka, Julie biasanya akan duduk di hujung sejadah sehingga saya selesai solat. Kalau saya tak keluar, baring semula atau membelek telefon, dia akan kuis dan usik sehinggalah saya buka pintu dah keluar.

Rutin kami setiap pagi, keluar rumah dan duduk di taman sambil beri ikan makan. Waktu ini Julie akan melompat dari satu batu ke satu batu sambil menjilat air embun dan makan beberapa helai rumput.

petua kucing

Walaupun rumput di halaman basah dan taman masih lembab, Julie pun tak kisah. Julie bukan kucing bandar yang perlu grooming jaga penampilan..hehehe

Hari ini saya nampak Julie muntah selepas makan beberapa helai rumput.  Orang-orang tua kata, kucing makan rumput untuk dimuntahkan semula bagi mengeluarkan bulu-bulu yang tertelan sewaktu dia menjilat dirinya. Kucing kan suka membersihkan diri. Lidah kucing ada sisir halus seperti sikat.

Pandainya kucing. Tak perlu Google atau diajar makbapa pun dah boleh tahu cara dan petua untuk kesihatan diri.

Kalau kucing yang tak berpeluang menjejak tanah dan makan rumput, gumpalan rambut yang terkumpul di dalam perut yang dipanggil ‘hairball’ boleh menganggu sistem penghadaman. Kalau tak salah, ada rumput untuk ditanam yang dipanggil Pet Grass dijual dipasaran. Rumput organik yang ditanam dari biji benih tanpa perlukan tanah.

Saya tak gunakan racun untuk taman, jadi tak risau kalau Julie makan rumput untuk kebersihan perutnya.  Lagi pun Julie bukan jenis kucing berbulu panjang dan lebat, bukan kucing high maintenance.

Kalau perlukan panduan untuk menjaga kucing – boleh baca buku ini Panduan Menjaga Kucing!

About Kujie

Pemilik tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang kerosakkan atau kehilangan yang dialami disebabkan oleh penggunaan maklumat di dalam laman ini. Jika anda memerlukan perkhidmatan nasihat yang khusus, sila dapatkan pakar bertauliah dan berpengetahuan di dalam bidang berkenaan.

Untuk biodata penuh boleh lihat di Biodata Kujie

Mereka Yang Berkongsi Rasa

  1. Ya betul Kak Jie, kucing saya (comel) pun bila buka pintu terus ke luar pergi ke rumput di depan rumah. Terus memakan rumput di situ. Sekarang baru saya tahu kenapa kucing makan rumput.
    Jom terjah post menarik dari Kamil Salleh ..Template Baru Untuk Tahun Baru 2014My Profile

  2. iya aku juga sering lihat kucing suka makan rumput…

  3. hmm kucing den tak pernah pulak den nampak dia muntahkan bulu dia.. umi den suka bagi dia makan kangkong..huhu
    Jom terjah post menarik dari Zuan ..Kenapa Bagus Layan Anime atau Manga JepunMy Profile

  4. As salam…baru wan tahu kenapa kucing makan rumput. Wan pun pencinta kucing sebenarnya. Baru hari ni wan tahu hal sebenar. Thanks kak. 🙂
    Jom terjah post menarik dari mohdridzwan ..Silence Day of Wednesday 15 – Koleksi SetemMy Profile

  5. Betul kak jie…abah selalu ckp kucing makan rumput utk ubat dia…hehehehe…bukan main dia mengendap ikan2 dalam kolam tu ye..
    Jom terjah post menarik dari suriaamanda ..Kollam…Deepavali Is Coming….My Profile

  6. ciptaan Allah sememangnya begitu indah . tiada sangkalan mahupun bidisan ..
    Jom terjah post menarik dari Sayur Paku ..Limitasi Boarding Pass Air AsiaMy Profile

  7. erm..nanti dah duk sekali ngan wife memang nak bela kucing hajatnya..belum masanya lagi..tak dapat nak bela..:D
    Jom terjah post menarik dari reezluv ..Apa Harapan Bajet 2014?My Profile

  8. memang betul tu…mak saya pun cakap macam tu
    Jom terjah post menarik dari blogger lelaki ..Kehebatan Bomba Penyelamat KLMy Profile

  9. Pernah nampak kucing muntah dan ada hairball,ingat dia makan anak burung ker hehehe..
    Jom terjah post menarik dari azman ..Buat Duit Dengan AffiliateTemplate Foto BesarMy Profile

  10. Kucing memang bijak jaga kesihatan
    Jom terjah post menarik dari hafiz ..Stiker lagiMy Profile

  11. memang biasa dah kucing makan rumput nih..
    Jom terjah post menarik dari titan ..SEDA Malaysia Open Day Blogger Workshop 2013My Profile

  12. kucing cari penawar sendiri. Allah dah tunjukkan..
    🙂

    *seronok bela kucing kalau ada laman macam K.Jie ni..
    Jom terjah post menarik dari tips ..Bajet 2014 Soalan Temuduga Kerja KerajaanMy Profile

  13. ternyata kucing makan rumput untuk membuang sisah bulu yang termakan ya. saya baru tahu nih..hehe
    Jom terjah post menarik dari Nakusan Bali ..Balapan Kerbau Tradisional Bali (Makepung)My Profile

  14. wah syoknya bela kucing….teringn sgtnak bela kucing tapi student ni susah sikit nak bela binatang nih…
    Jom terjah post menarik dari Faizal Fredley ..Cerita Seram Di Putra Brasmana Hotel Kuala PerlisMy Profile

  15. oh baru tau pasal kucing makan rumput untuk dimuntahkan…
    Jom terjah post menarik dari papa mifz ..Naik Melaka River CruiseMy Profile

  16. Tumpang rasa bahagia plak baca kisah Julie K Jie ni 🙂
    Jom terjah post menarik dari Naimah Wahab ..Apa Itu Healing Crisis (Krisis Penyembuhan)?My Profile

  17. Baru je borak ngan member pasal kucing makan rumput ni.. hehe..
    Dulu saya ada tgk/baca recana pasal kucing makan rumput ni.. lupa dah kat mana.. depa kata sebab nak memuntahkan lah.. kucing2 saya kat kampung pun macam ni.. dahla muntah merata.. tsk3..
    tapi kekadang kucing ni pandai juga cari ubat.. makan daun2 pelik kalau diorang sakit.. dulu ada sekor kucing saya suka makan petai.. huhu..
    Jom terjah post menarik dari nikillas ..my tumblr turned 5 today..!!My Profile

  18. selama nih dayah cuma tahu kucing makan rumput sebab ubat..
    baru tahu kisah nya…rupanya utk muntah balik.. ohhh..
    Jom terjah post menarik dari dayah ..bila isteri aku MENGAMOK..adoi..My Profile

  19. assalam..
    kdg2 kucing makan daun2 terpilih, bukan jer rumput..
    kebanyakn haiwan karnivor tidak laa 100% pemakan daging..
    hanya spesis ular jer yg 100% karnivor..

    *off topik* istilah zaman dolu2:
    • karnivor = ‘maging’
    • herbivor = ‘maun’
    #LOL
    Jom terjah post menarik dari tempe asoka ..Berapa Lama Seorang Manusia Akan DiHISAB Di Akhirat?My Profile

Trackbacks

  1. […] Antara kenapa kucing makan rumput ialah: […]