nexus

Memperkenalkan Nexus

Tengok gambar kat bawah ni… macam samseng telinga capang je masing² berposing.

samseng lorong belakang rumah

Yang didepan dalam gambar ini adalah generasi pertama yang dilahirkan di atas siling rumah.  Namanya Stokin, dengan signature bulu kening berwarna putih di sebelah kiri.  Kemudian ada Tuxedo dan Kecik.

Asal usulnya kucing kat rumah ini, ada 2 ekor ibu kucing yang sarat mengandung berkeliaran di sekitar rumah.  Saya bagi nasi tiap hari atas sebab belas kasihan.

Hari bertukar hari, bulan berganti tahun, sedar tak sedar komuniti mereka telah berkembang.  Dua ekor yang saya bagi nama Nenek dan Mak telah melahirkan anak-anak di siling rumah.  Tiap malam saya boleh dengar bunyi mengelodak atas siling rumah.

Saya tak pandai membela kucing baru lahir, sebab itulah bila terjumpa Ying & Yang saya terpaksa mencari ibu susuan mereka ( ibu tumpang ) .

Si comel ini bukan kucing yang dibelai dibawa ke dalam rumah.   Saya benarkan kucing² ini tinggal di luar rumah  secara bebas, tidak pernah disentuh.  Kerana dah ada  di depan mata, terbit naluri untuk bertanggungjawap memberi keperluan makan dan minum.  Kalau dah kenyang, biar pun pintu rumah terbuka luas,kucing² ini  tidak pernah melangkah melepasi sempadan yang dibenarkan.

 

cara bela kucing
Kalau tiba-tiba saya nampak Stokin menyelinap diam-diam ke dalam rumah, saya faham sesuatu. Walaupun Stokin adalah  kucing jantan, tetapi  Stokin  bukan menguasai persekitaran. Bila ada seekor kucing jantan lain datang ( ada seekor kucing hitam ekor pendek ) Stokin akan mula menyelamatkan diri dengan masuk bersembunyi ke dalam rumah. Jantan tapi tak macho!

Stokin pernah berlawan dengan kucing jantan yang bertandang tetapi saya lihat kakinya pernah cedera dan berdarah.  Mungkin sebab itulah Stokin lebih suka mengelak dari bertembung dengan kucing jantan lain.

nexus
Ini generasi terbaru, anak kepada Nenek, satu-satunya kucing oren. Namanya Nexus. Sebulan dulu, dia agak liar dan berlari tanpa arah bila diberi makan. Tetapi sekarang dah semakin berani mendekatkan diri.  Umurnya lebih kurang 4 bulan.

Kenapa nama Nexus?  hahaha… sebab Angah tu tak pernah kering mulut menyebut nak kan telefon terbaru Samsung, Nexus.  Jadi inilah Nexus untuk Angah. Kira acilah… mama bagi Nexus juga.

Seperti gambar pada banner header blog – kucing dan kura-kura ( namanya Nemo ) juga ahli keluarga kami, saya menulis mengenai persekiratan yang saya sayang.

 

©kujie – sejak dapat email reservation confirmed , mode untuk bercuti membuak-buak, malas nak mengupdate blog.

Published by

Kujie

Pemilik tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang kerosakkan atau kehilangan yang dialami disebabkan oleh penggunaan maklumat di dalam laman ini. Jika anda memerlukan perkhidmatan nasihat yang khusus, sila dapatkan pakar bertauliah dan berpengetahuan di dalam bidang berkenaan. Untuk biodata penuh boleh lihat di Biodata Kujie

23 thoughts on “Memperkenalkan Nexus”

  1. Kak Jie…

    Nexus bukannya produk utama Samsung.Tetapi ianya adalah smartphone permulaan utk android lerkenalkan sistem yg baru.

    memang ada Samsung Nexus, tapi dah lama dah. Awal sikit dari S3 keluar.

    Paling latest ialah LG Nexus 4, manakala Asus Nexus 7 juga boleh dikatakan awal juga.
    LG Nexus menggunakan android 4.2 manakala Asus Nexus 7 merupakan smartphone (tablet) wpertama menggunakan Jelly Bean 4.1

  2. Haha, sekali baca dari Feed title, ingatkan Nexus – smartphone tu, rupanya nama jer sama sebab selalu sebut Nexus… lepas buka blog baru tau, Nexus tu rupanya kucing.
    Jom terjah post menarik dari Omar ..Cara elak WiFi dicuriMy Profile

Comments are closed.