Pasir Kucing Terbaik Dan Murah

pasir kucing tidy cats

Kalau orang bandar bela kucing, pasir kucing ( cat litter ) memang termasuk dalam senarai barang yang diperlukan. Mula-mula saya buat keputusan untuk bela kucing, mula terfikir macam mana nak uruskan hal ini. Maklum rumah kita tertutup rapat, tak ada jalan atau lubang untuk dia keluar waktu diperlukan.

Kalau kat kampung, ayah buatkan satu lubang kat pintu dapur untuk kucing keluar masuk.

Ada berbagai jenis pasir untuk kucing yang dijual   Bagi yang baru nak bela kucing, agak pening juga nak beli pasir kucing yang terbaik dari pelbagai  jenis  yang terdapat dipasaran.

Pasir kucing yang saya gunakan adalah jenama Purina, Tidy Cats warba merah. Kat Tesco ada jual  2 jenis pasir kucing dari jenama ini.

  • Warna merah – Purina Tidy Cats 24/7 performance
  • Warna hijau – Purina Tidy Cats Breathe Easy

Saya bukan jenis nak pening-pening kepala nak fikirkan bab pasir kucing si Julie.  Beli saya yang dah rasa sesuai, pengalaman orang berbeza, kan.

Saya pernah guna pasir kucing jenis kristal, saya tak suka jenis ni. Bila kena air dia melekat bergumpal.  Ada orang gunakan  jenis wood litter.

Harga pasir kucing Tidy Cats ini RM 12.90 ( 4.54kg ) lebih murah dari jenis kristal yang saya beli masa kali pertama bela kucing.  Belajar dari pengalaman, namanya.

Saya biasa bawa kucing balik kampung atau bercuti, jadi pasir kucing tu perlu dibawa bersama untuk mengelak dia ‘blur’ dan ‘stress’ di tempat baru.

Untuk saya yang ada di rumah 24 jam dan rumah ada ruang tanah dan taman yang pintu setiasa terbuka dengan sistem pengudaraan yang elok, masalah pasir kucing ini bukanlah perlu sangat.   Boleh saja gunakan pasir biasa dan diganti tiap hari atau letak saja kertas cincang ( shredded paper ).

Guna surat khabar lama pun boleh… tapi masalahnya, dah bertahun tak beli suratkhabar. 🙂

Nota :  Saya dah jumpa , kedai runcit dekat rumah jual Tidy Cats ni dengan harga lebih murah – RM 10.80 !

About Kujie

Pemilik tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang kerosakkan atau kehilangan yang dialami disebabkan oleh penggunaan maklumat di dalam laman ini. Jika anda memerlukan perkhidmatan nasihat yang khusus, sila dapatkan pakar bertauliah dan berpengetahuan di dalam bidang berkenaan.

Untuk biodata penuh boleh lihat di Biodata Kujie

Mereka Yang Berkongsi Rasa

  1. Saya sangat seronok membaca tips yang dikongsikan oleh Kak Jie. Pasir jenis macam ni kurang kan bau najis kucing tak Kak Jie?

  2. kena berguru ngan kak jie ni..br nak bela kucing kt umah.. hehee
    Jom terjah post menarik dari reezluv ..Jom Tengok Final Piala Thomas 2014My Profile

  3. ayushaizura says:

    sy dlu penah pakai ni then tukar pada jenis wood sbb kurang bau..tp stress la sbb asyik kna sapu n mop..
    apa saje untuk meow2 ku syg..~~

  4. Sy x bela kucing sbb my gurl semput tp sy just berminat amik tahu hal2 berkaitan kucing..

  5. Kak boleh nak tau mana akak dpt harga psir kucing rm10.80 tu? saya nak beli banyak utk di sumbangkan kepada rumah perlindungan kucing.. terima kasih… boleh email kan jwpn pertanyaan saya nie.. thanks

    • Anonymous says:

      Bantu la saya jugak…saya ada 8ekor kucing,,,tiap2 bulan mmg xckup duit…sampai tgh bulan msti kne pnjam duit nk survive hidup..hampir rm200 kne spend untuk kucing.mkanan n pasir sahaje..tu pun bli makanan jenama tesco je yang saya boleh bli.klau nak g vet untuk cek ksihatan depa mmg x la..

      • Klau sesapa nak bantu saya,saya terima…ada la jugak pikir nak bagi dekat org,,,tp ada orang nak kucing yang baby sahaje…kesian pulak dekat dorang kne berpisah…

  6. Saya pakai brand Catsan. Dulu pernah pakai brand Purina ni. Tapi lepas jumpa Catsan dah tak berpatah balik, kecuali terpaksa (bila takde stok). Harga lebih kurang je.

  7. saya tak bela kucing kak jie,,, terimakasih infonya…

  8. Baby sy umur 11 bulan pun minat kucing. Time makan di gerai kalau ada kucing terus tak makan sebab nak pegang anak kucing hihi.
    Jom terjah post menarik dari Akmal Aizat ..Hi Hi Bye Bye Masalah Period Dan Keputihan!My Profile

  9. Walaupun saya tak bela kucing tapi seronok baca macam2 tips kak jie kongsikan tentang kucing
    Jom terjah post menarik dari Naimah Wahab ..Set Penyusuan Shaklee ala BajetMy Profile

  10. ohhh…saya tak bela kucing……
    Jom terjah post menarik dari sukma ..Operasi …….My Profile

  11. macam2 jenis pasir ada jual di pasaran khas untuk kucing yer…
    Jom terjah post menarik dari papa mifz ..Majlis Nikah Nora di IjokMy Profile

  12. bagus guna pasir kucing ni.. tapi kucing pun kena diajar untuk guna pasir tu
    Jom terjah post menarik dari zool ..Terlepas peluang jadi mystery shopperMy Profile

  13. Masalah bela kucing adalah bau najis. Nampak produk yang kak Jie ini dapat mengurang kesan bau tersebut.
    Jom terjah post menarik dari akubiomed ..AngelHack Party Malaysia dimana idea mula bercambahMy Profile

  14. Kalau pakai pasir biasa ( pasir buat rumah) boleh ker?
    Jom terjah post menarik dari Azman Ismail ..Berapa Gaji Tukang Kasut?My Profile

  15. dulu sy pakai wood litter tapi bila dah ramai kat umah ni… bersepah habuk kayu tu… memang takde bau tapi jenuh nak bersihkan bila bersepah. baru2 ni saya jumpa litter dari kertas. bentuk sama macam wood pallet tapi lagi bagus sebab takde habuk bersepah… harga n kapasiti lebih kurang wood litter.. mmg terus tukarla.. sebenarnya bela kucing ni mmg pening pikir pasal pasir.. T_T

Trackbacks

  1. […] P/S : Pasir kucing aku sama dengan makcik ni punya. […]