Petua Mengelak Kucing Berak Merata-rata

Ramai orang suka kucing tetapi bukan semua orang boleh bersabar dengan berbagai kerenah tak dijangka seekor kucing.

Edit terbaruk – Petua Elak Kucing Berak Merata Gunakan Cuka ( klik )

Saya bukan ‘penjaga sah ‘ kepada 8 ekor kucing yang berkeliaran di sekitar rumah ini, tetapi saya ‘tak sampai’ hati untuk menghalau mereka. Sudah ditakdirkan kucing² ini akan habiskan kehidupan mereka bersama kami, terima sajalah.

Saya tak ada masalah dengan kucing² tersebut. Mereka tak bising, kurang bergaduh, jarang masuk ke dalam rumah ( sesekali tu adalah…. nama pun binantang ) tetapi satu masalah biasa adalah berak merata-rata.

Sesekali ada juga dia berak atas sofa atau katil anak-anak, tetapi itu salah diri sendiri kerana keluar rumah dan terkunci kucing di dalam rumah. Maklumlah kucing² kami tak bersuara, kalau dia ada dalam rumah, diam di bawah meja atau di hujung ruang tamu, langsung tak sedar.

Biasanya kucing berak di atas rumput halaman rumah atau di tepi pagar. Ditiup angin, semerbak bau tersebar menusuk hidung.

Panduan Menjaga Kucing! Klik Sini!

Saya ada petua yang diturunkan oleh seorang kawan untuk mencegah kucing kita sendiri atau kucing jiran membuang najisnya merata-rata di luar rumah. Tepi pasu , celah pokok , tepi pagar rumah atau rak simpanan kasut.

Caranya, ambil minyak masak yang telah digunakan. Maksudnya minyak masak yang telah kita gunakan untuk menggoreng ikan. Percik-percikkan minyak tersebut di sekitar tempat yang menjadi port kegemaran untuk kucing melepaskan hajat.

Secara logiknya, kucing tidak akan berak di tempat dia makan. Kucing pun tau jaga persekitaran… ok. Kalau tempat tu ada bau-bau ikan ( dari minyak gorengan ikan ) dia tidak akan berak di situ.

Cubalah…. tapi kalau kucing yang hanya makan makanan diproses, saya tak pastilah dia kenal ke tidak bau ikan. Kucing-kucing saya kucing tempatan, makan nasi dengan  ikan yang ditumbuk saja.

About Kujie

Pemilik tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang kerosakkan atau kehilangan yang dialami disebabkan oleh penggunaan maklumat di dalam laman ini. Jika anda memerlukan perkhidmatan nasihat yang khusus, sila dapatkan pakar bertauliah dan berpengetahuan di dalam bidang berkenaan.

Untuk biodata penuh boleh lihat di Biodata Kujie

Comments

  1. Salam cik. Mungkin saya boleh satu produk utk menghalau kucing dari berak merata2 ni terutama sekali kucing jiran, kucing mendatang atau kucing liar. Boleh gunakan produk menghalau kucing ” stray cat repellent” dari Jepun. Produk ni mengeluarkan bau yg nenyebabkan kucing menjadi x selesa & segera beredar. Yg penting murah, mudah & tak menyeksakan binatang.
    Harap dapat menyelesaikan masalah semua

  2. salam

    ni petua dari saya.. saya curahkan air basuhan ikan kat dalam pasu, sbb kucing liar suka berak kat c2. confirm kucing tak pergi berak dah..kucing plak confuse..mungkinkah ikan-ikan berlegar-legar dlm pasu.. hihi… tapi lalat pulak yang mai

    petua minyak ikan tu saya aka cuba,, belum try lagi.
    Jom terjah post menarik dari Nazifa ..Mut Mut Penawar AjaibMy Profile

  3. shahrull says:

    Sy shah from peneng..
    saya ada masaalah dgn kucing jiran..selalu sangat berak dekat rumah..malah atas seamen pun dia berak, dh tk larat nk gaduh dgn jiran pasal kucing…sampai sekarang ni kami tk brtegur sesiapa..
    ada tak tip-2 yg brnas..sebab banyak sgt cara yg saya guna hanya tinggal nk bukus semua kucing tu je yg masih belum nk buat…dh la bela kucing 10 ekor, time berak je p rumah aku….mau tk marahsampai rumah pun dh mcm toilet je bau…
    please tell me, what can I do..

  4. saya ni baru blajr nk bela kucing,,ambk la sekor dari kawan kt tempat kija,,,mula2 trsangat la gumbira sbb dia membuang kt dlm bilik air….sennag hati la kononyer,,tp ari ni sya konfiden dia akan berak kat tempat sama,,tapi sangkaan sya silap,,habis langsir ngn kapet sya,,apa lg,,ngamuk sakan la,,,sya trus la cuci,,dgn dia2 sekali sya cuci,,,pas ni kena letak dlm bilikair jer la kalu nk g kija,,,,,adoii sakit ati,,sakit pala,,,,dok cerita ngn kwn2 yg kucing sya ni bagus,,,,allah nak uji sya la nih,,,allahukbar…….

  5. Dekat mana nak dapat get off my garden repellent ye?

  6. tyka guna “get of my garden” je kak jie.. rm13 kt kedai.. he he.. siap beli untuk jiran sebab jiran bising kucing g berak tempat dia.. terpaksa la beli demi kucing kesayangan
    Jom terjah post menarik dari Datin Tyka ..Kelebihan Membaca Ayat Seribu DinarMy Profile

  7. Dulu ada kucing kampung selalu berak kat tepi pintu rumah,saya letak serbuk kari ikan,memang menjadi,kucing tu tak datang dah,dia berak kat rumah jiran lain pulak.
    Jom terjah post menarik dari azman ..Adeh! KakMy Profile

  8. Bagus tip ni. Boleh dipraktikkan kat rumah. Kucing yang ada di rumah sekarang ni sudah membiak menjadi lima ekor termasuk ibunya sekali. Takut pula, berak merata-rata. Tak saper yang nak bersihkan.
    Jom terjah post menarik dari shaharil ..Hadiah Tudung Daripada Blogger YanmieOnlineMy Profile

  9. Dulu pernah maksu Hariz buatkan seperti di atas. Ternyata memang tak berak merata-rata.
    Jom terjah post menarik dari ProfHariz ..Luahan hati lelaki kacakMy Profile

  10. Assalamualaikum,
    Terima kasih, kak jie…saya memang sangat-sangat memerlukan petua ini. Kucing buat port betul-betul depan pintu pagar rumah…kalau pi simbah racun serangga atau ritset, dia pindah ke pasu bunga pulak.

    Harap2 petua ni akan menyelesaikan masalah saya.
    Jom terjah post menarik dari Anyss ..Video Debat PTPTN Khairy vs RafiziMy Profile

  11. sama la macam kucing2 yang ada kat rumah saya ni..datang melepak dan menjadikan tandas je..
    tapi kalau diorang punya berak tu saya tak kesah lagi la sebab senang nak dibuang, paling tak tahan kalau bab kencing tu..pancut sana sini..dah la susah nak hilangkan baunya..
    Jom terjah post menarik dari pipoq ..Wordless Wednesday – TV 5DMy Profile

  12. Saya tidak dapat hendak bela kucing kerana isteri dan anak-anak ada asma jadi terpaksa lupakan hajat tersebut walaupun dari kecil sudah membela kucing. Kalau balik rumah orang tua dapatlah melepas rindu pada kucing yang dibela oleh orang tua saya.
    Jom terjah post menarik dari akubiomed ..Butik Little Scarf Collections(LSC) memenuhi keinginan wanita muslimahMy Profile

  13. Bagus gak petua ni x pernah tahu pun sebelum ni.
    Sapa-sapa yang kretif boleh la cuba try buat produk semburan elak kucing berak merata.
    Rasanya kat kedai-kedai x dak lagi produk cam ni.

    Kalau jadi boleh jual merata dunia.mesti ada orang beli.
    Jom terjah post menarik dari Old-Trafford ..Nazmi Faiz Mansor Sah Sign Kontrak bersama SC Beira-Mar Selama 3 MusimMy Profile

  14. nak tergelak bila baca kucing tak kenal bau ikan. Hahahaha.. tapi logiknya memang ada, kalu dah ari-ari makan friskies sampai tembam, ekor pun x larat angkat main seret je. :)
    Jom terjah post menarik dari faizul ..Piala Thomas 2012, bagaimana nasib Malaysia?My Profile

    • entah…. ada ke tidak kucing yg tak kenal bau ikan
      sebab tak ada kucing yg dibela utk pet…yg ada kucing kampung yg datang tanpa dijemput, pergi tanpa ditangisi….kami mcm berkongsi hidup bersama je
      Jom terjah post menarik dari Kujie ..Tips pengubahsuaian jubin rumahMy Profile

  15. Kak Jie, kalau kucing melepas dalam lubang tandas dan tak reti siram, tak kan nak renjis minyak kat dalam tandas pulak kot ? huhuhuhu

    ~_^
    Jom terjah post menarik dari HAdira Kifly ..MU…Means for ?My Profile

  16. tu la salah satu sebab tak berapa gemar bela kucing. suka kacau aje diorang. hehe..
    Jom terjah post menarik dari titan ..Himpunan Jutaan Belia – Mei 2012My Profile

  17. la… tapi saya takut ckit kat kucing cuma anak2 suka .. tq infonyer
    Jom terjah post menarik dari KesumaAngsana ..Petua Pelik Orang Dulu2My Profile

  18. Kalau kucing makan friskies dgn apa ye nak disemburkan? :D
    Jom terjah post menarik dari Azwan ..Iklan Seks di Harian MetroMy Profile

  19. tq kak…. nanti kena try…kucing kat flat aku suka berak merata…
    Jom terjah post menarik dari daddydee ..Penderaan Kanak-Kanak : Bukalah Mata dan HatiMy Profile

  20. kucing skang makan berger mekdi. mane dia kenal dah bau ikan goreng. kalau filet goreng tu, mungkin la dia cam kot. heheheh.. jangan marah. saje sakat. dah kui 11 dah ni :p
    Jom terjah post menarik dari Azman Ishak ..SONY NEX-C3 Review: Impresi Awal.My Profile

  21. hehehe.. teringat dulu kucing sy selalu berak di katil… peh!! pengsan…

    nasib baik skrg dah pandai berak kat luar.. ;-)
    Jom terjah post menarik dari sariyusa ibrahim ..PEDAL… DAH KAHWIN BARU TAHU…My Profile

  22. petua lagi satu ambil tali dan ukur panjang ekor kucing tersebut
    kemudian tali tadi dicucuk dgn kayu tempat dimana kita hendak
    kucing lepaskan hajat.. insyaAllah .. 2 atau 3 kali dia akan ikut..
    Jom terjah post menarik dari nurmisnan ..Majlis perkahwinan adik perempuan bongsu – Lega mak abahMy Profile

  23. wahhh untuk kucing melepas hajat pun ada petua yer… bagus tu…
    Jom terjah post menarik dari sweetkurma ..lelaki kacak…..kantoiiii sudah…!My Profile

  24. alongxp says:

    ada tak tips untuk kita setkan tempat dia berak? maksudnya bia dia belajar, kalau nak berak je, pegi keluar… si kucing saya ni, walaupun pintu dah terbukak.. dia mesti nak berak kat luar… tips kat atas ni mungkin berkesan untuk dia tak lagi berak kat satu tempat tu, tapi takut die pindah tempat lain pulak.. kalau tempat lain tu kat luar ok la.. kalau dia pindah g masuk almari baju? mau jadi tomyam kucing saya kerjakan.. hahaha
    Jom terjah post menarik dari alongxp ..10 kapal berhantuMy Profile

  25. kucing saya tu selalu lepaskan hajat di karpet. Sian saya nak basuh karpet kak Jie :)