Stokin Dan Tuxedo

Stokin

  • Generasi paling awal yang dilahirkan di atas siling  rumah.
  • Ada 2 pasang stokin – stokin pendek di kaki depan dan stokin panjang untuk kaki belakang
  • Keunikan lagi – misai yang menyerlah berwarna putih dan bulu kening berwarna putih di sebelah kiri dan berwarna hitam di sebelah kanan.

Tuxedo

  • Generasi kedua wad bersalin bumbung rumah, adik kepada Stokin.
  • Bertepatan dengan namanya, Tuxedo nampak kacak seperti Brat Pitt dengan dinner suit ala British .

Kedua²nya tidak perlu mengeow meow tetapi hanya dengan pandangan mata yang redup mohon belas , bergaya macho dan gentleman sudah cukup mencairkan hati ‘mama’  untuk  merebus seekor ikan , ditumbuk hancur sebagai menu makan malam.

Kedua²nya tidak pernah disentuh atau  dibelai .

Stokin dan Tuxedo bukan kucing mewah high maintenance tetapi mereka ahli keluarga saya – rujuk banner blog.

Published by

Kujie

Pemilik tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang kerosakkan atau kehilangan yang dialami disebabkan oleh penggunaan maklumat di dalam laman ini. Jika anda memerlukan perkhidmatan nasihat yang khusus, sila dapatkan pakar bertauliah dan berpengetahuan di dalam bidang berkenaan. Untuk biodata penuh boleh lihat di Biodata Kujie

22 thoughts on “Stokin Dan Tuxedo”

  1. haha…aku pun nak tanya jugak tu kenapa kat banner tu cuma sekor je.aku rasa yang sekor lagi tu belum wujud lagi masa kak jie letak banner tu.aku rasa je la… 😀
    Jom terjah post menarik dari Pacifista ..Highlight Bonus PacifistaMy Profile

  2. hahahha.. lucu lah fulak membaca entry ini…

    psst: ada mitos menangkap gambo kucing. katanya kalau tangkap gambo anak kucing, hayatnya takkan lama.. hehehhee

    apa2 hal, hayat itu ditangan Tuhan…..

    :mrgreen: :mrgreen:
    Jom terjah post menarik dari maza ..Rumah usang di kaki gunungMy Profile

  3. kakak saya selalu pesan, kalau tak pandai jaga jangan bela dan jangan kata kamu penjaga kucing itu, sebab berdosa jika kamu lupa memberi kucing makan…jadi bila kucing berkeliaran di luar rumah kamu beri sedikit rezeki buat kucing…saya faham apa yang kakak saya kata…

Comments are closed.