Tunggu Sekejap Wahai Kasih Kerana Hujan Masih Renyai

hujan pagi

Assalamualaikum dan Selamat Hari Isnin.

Permulaan minggu selepas cuti, mood masing-masing diawan-awangan lagi. Tambahan pagi tadi hujan. Pakej lengkap untuk melayan jiwa.

Selepas balik dari hantar Intan ke sekolah, hujan gerimis diikuti lebat. Rutin biasa selepas balik sekolah tiap pagi adalah bawa kucing-kucing saya keluar ke taman.

kucing main di taman
Biasanya memang macam ni lah kucing-kucing saya. Selain main kerja-kerja untuk senam tulang dan otot, kucing  juga makan beberapa helai rumput. Saya percaya itu adalah teknik semulajadi kucing untuk perubatan dan penyembuhan dari sumber alam.

Naluri seekor kucing walau tidak pernah diajar oleh ibu.  Saya selamatkan Julie dari atas bumbung rumah sewaktu umur Julie 2 bulan lebih.  Saya juga bela Alice baru seminggu sewaktu umurnya juga 2 bulan lebih.  Memang Julie dan Alice tidak mempunyai ibu/penjaga untuk dijadikan model.

Tak perlu diajar, naluri anugerah Allah telah menjadikan kucing² ini tahu apa yang seekor kucing perlu hadapi.

kucing comel

Tetapi hari ni hujan… leka je 3 ekor ni menunggu hujan teduh.  Dari belakang saya yang sedih nengok ketiga-tiga ekor ni.  Memasing feeling…

kucing main

Dah jemu tunggu…memasing dah mula main. Berlari dan memanjat tu tak payah cerita.  Si kecik tu walaupun baru seminggu tinggal bersama kami, dia cepat sesuaikan diri dengan perlakuan Julie dan Camo.  Julie dan Camo jenis bergurau kasar, bergomol dan bergumpal.

kucing kudung

Alice ni tak padan kecik, tak padan kucing kaki kudung….dia yang paling berani memanjat.

kucing tempatan comel

Dah penat main…. memasing rehat sambil tunggu hujan reda lagi..hihi.  Paling lawak boleh pula susunan cantik je…Julie, Camo & Alice.

Tak ada apa nak buat pagi ni, saya pun melayanlah kucing-kucing ni main.  Minggu ke 2 bulan September baru kelas saya bermula seperti biasa…dan kembali sibuk seperti biasa.

NOTAKAKIKUJIE : Sewaktu menulis entri ni, memasing dah tidur. Memang biasa selepas pukul 10 adalah waktu tidur.

Published by

Kujie

Pemilik tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang kerosakkan atau kehilangan yang dialami disebabkan oleh penggunaan maklumat di dalam laman ini. Jika anda memerlukan perkhidmatan nasihat yang khusus, sila dapatkan pakar bertauliah dan berpengetahuan di dalam bidang berkenaan. Untuk biodata penuh boleh lihat di Biodata Kujie

20 thoughts on “Tunggu Sekejap Wahai Kasih Kerana Hujan Masih Renyai”

    1. oooo…ingat kucing jantan kita buntingkan kucing betina orang owner tak payah risau ye… cer bayangkan kalau kucing betina kita pula

  1. kat sini pun saya bela kucing dua ekor, oren1 dan oren2 hehe. cuma kesian sebab sini summer panas betul. buka je pintu laju je la diorang nak masuk. saya pula kalau main kucing boleh batuk. Bila batuk sini susah nak sembuh, sbb kering sgt.

    last week, sebab ada tarikan air dan makanan, ada mak kucing ni pergi beranak dekat laman bawah pokok. habis mencicit oren kena belasah. dua dua tu jantan tapi nak bergomol langsung tak reti.

    after all, keseorang kat jeddah ni, ada dua ekor tu, terubat la juga sepi. eheks!
    Jom terjah post menarik dari Khairi ..Arab Saudi, kereta dan jalan rayaMy Profile

Comments are closed.