Ubat Kutu Kucing Jenis Spray

Hari ini cuaca elok panas terik. Kalau semalam dah keluar berfoye-foye dengan rakan blogger, hari ini saya tak ke mana.

Pagi tadi luangkan masa untuk spray ubat kutu Julie. Ada ternampak 2-3 ekor kutu dua tiga hari lepas.

ubat-kutu-kucing

Masa Julie baru diselamatkan, saya jumpa Julie dengan badan berkutu yang sangat kritikal. Saya bawa Julie ke vet dan doktor berikan ubat kutu jenis spray jenama Vime- Frondog.

Harga ubat kucing jenis spray ini RM 50 ( 250ml).  Boleh guna setahun agaknya sebab sekali spray bukan banyak sangat pun.  Bergantung kepada saiz badan dan jenis bulu kucing.

Ubat kucing ada juga jenis spot on yang dikenali sebagai frontline. Frontline diletak di tengkok kucing dan berkesan membunuh kutu selama sebulan.

Kalau di klinik haiwan kerajaan, harga ubat kutu cuma RM 15 tetapi saya tak pernah beli untuk Julie sebab tiap kali pergi untuk vaksin Julie, ubat tak ada. Semak harga ubat kucing di sini – Harga Perkhidmatan Dan Ubat Kucing Di Klinik Haiwan

spray-ubat-kutu-kucing

Kena pakai satung tangan plastik untuk sapu seluruh badan kucing selepas spray ubat kutu.  Julie ni memang jenis mudah nak urus.

Ulang proses spray ini sebulan sekali.  Julie  memang  lepas bebas tak dikurung.  Selalu juga dia bermain dan bersosial dengan kucing lain yang berada di sekitar rumah, sebab itu sebulan sekali kena spray ubat kutu.

Satu lagi tips menjaga kutu kucing dari merebak secara serius, guna sabun anti kutu sewaktu memandikan kucing.


julie yang dulu

Ini Julie waktu saya selamatkan.   Kepala punyalah besar tak padan dengan badan yang kurus kering berkutu.  Julie nampak friendly sejak kecil walaupun belum biasa dengan manusia.

 

About Kujie

Pemilik tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang kerosakkan atau kehilangan yang dialami disebabkan oleh penggunaan maklumat di dalam laman ini. Jika anda memerlukan perkhidmatan nasihat yang khusus, sila dapatkan pakar bertauliah dan berpengetahuan di dalam bidang berkenaan.

Untuk biodata penuh boleh lihat di Biodata Kujie

Mereka Yang Berkongsi Rasa

  1. I love Cat…. thanks
    Jom terjah post menarik dari Kanopi Rumah ..Kanopi Rumah Minimalis KM002My Profile

  2. untung si julie dapat kak jie yek. 🙂
    Jom terjah post menarik dari encik bakul ..Pendaftaran Jobdirumah kekal kembali RM50 sahaja.My Profile

  3. Teringin nak bela kucing jugak.. Tapi tak boleh..
    Jom terjah post menarik dari Anarm ..600 Blogger Hadir Perhimpunan BlogrrrMy Profile

  4. Jelita sentiasalah Julie di bawah jagaan K Jie 🙂
    Jom terjah post menarik dari Naimah Wahab ..Konsep 3B; Cara Optimum Untuk KurusMy Profile

  5. Baik budak Julie ni..dok senyap je bila kena spray ubat kutu..
    Jom terjah post menarik dari Hairul Azni ..Job Di Rumah PenipuMy Profile

  6. Kak jie..

    kalau orang yang berkutu, boleh guna spray yang sama ke?

    ahaks, sedang bercadang mahu mempedajal anak sedara yang berkutu.. hehehe
    kutu embun gitew..

    kenyit mata satu kali… ammmak!

  7. Dulu kecik kecik masa bela kucing mandikan kucing ngan shampoo je..hehe

    Sekarang tak sesuai nak bela walaupun minat…sepatutnya penjagaan dia memang kena teliti la kan…bila nak ada romeo pulak ni…
    Jom terjah post menarik dari cikgu naman ..Icon bisnes online pilihan cikgunamanMy Profile

  8. Ada juga di facebook orang jual spray kutu di kucing. Tak salah sy nama Kucing Sehat dot com. Tapi sy tak beli sbb tak bela kucing hihi. Ternampak page post diorg.
    Jom terjah post menarik dari Akmal Aizat ..Mengapa Perlu Makan Biji Aprikot?My Profile

  9. Satu kucing kena kutu kalau tidka segera ditangani bisa menular/menjalar ke kucing lainnya tu. Cepat sekali penangannya, salut sama Kak Jie yang begitu sangat memperhatikan binatang peliharaannya
    Moga2 lekas baik 🙂
    Jom terjah post menarik dari Rina ..How To Create Page View Hit Counter Code Using PHP ScriptMy Profile

  10. kita pakai yang titis kat tengkuk tuh… senang sket. dak uban tak dapat nak menjilat
    Jom terjah post menarik dari cik lily putih ..Lahirnya UBAN The Kucing HitamMy Profile

  11. Masa kecil senang hendak pantau. Bila sudah ada boyfriend lagi macam-macam penyakit datang.
    Jom terjah post menarik dari akubiomed ..Outing solo dengan kamera DSLR di Jonker Walk 2My Profile

  12. wah julie membesar sbg juara…bertuah kucing nih…
    Jom terjah post menarik dari Faizal Fredley ..Travelog 4 Day 3 Night in Bangkok ThailandMy Profile

Trackbacks

  1. […] Nota : Kalau ada yang nak mandikan kucing dengan syampu kutu, pastikan korang keringkan bulu kucing tu betul-betul selepas mandikan kucing.Jangan biar ia jilat bulu yang masih mengandungi syampu tersebut.Ia toksik kepada kucing dan boleh sebabkan sawan.Tetapi, kalau boleh, elakkan penggunaan syampu yang jenis mandian ni.Ada yang jenis spray.Kalau tak silap harganya RM50 untuk 250 ml.Boleh rujuk di blog Kak Kujie. […]

  2. […] PINGBACK NEGARAKU.MY: Ubat Kutu Kucing Jenis Spray […]