Ubat Sakit Mata Kucing

Kucing sakit mata, selesema adalah simptom normal kucing jalanan. Saya jumpa kucing ini dengan keadaan mata yang teruk dan selesema. Bukan saja mata yang sakit, dia juga ada kurap, kutu dan cacing.

Ubat cacing dan ubat kutu kucing adalah perkara pertama yang perlu diberikan apabila membawa pulang anak kucing jalanan.  Saya ada first aid kit yang mengandungi ubat asas khas untuk kucing di rumah.

kucing sakit mata merah

Hari pertama Ireng dijumpai – Bawa ke klinik haiwan dan doktor cadangkan untuk membuat pembedahan buang mata yang rosak. Saya enggan dan bawa balik rawat di rumah. Kes bukan serius sangat pun nak operate.  Saya pernah nampak kes lagi teruk daripada ini.

 

Esoknya saya bawa Ireng ke klinik ke dua. Doktor panggil kes ini CCDC – Conjunctivitis and Corneal Disease in Cats atau keradangan mata.

Selepas dicuci dan letakkan ubat mata, kos rawatan dan ubat RM 60

kucing mata sakit

Perubahan mata Ireng dalam masa seminggu. Kerap lap mata kucing yang sakit dan letakkan ubat. Dalam masa yang saya saya berikan Ireng susu kambing dan antibiotik untuk meningkatkan imuninasi.

Selepas seminggu muka pun dah bulat.

kucing sakit mata

Ireng sekarang..dah sihat. Matanya 100% sihat dan aktif.

ubat sakit mata

Antata ubat kucing sakit mata yang saya gunakan apabila ada kes keradangan mata:

  • Chloramphenicol
  • Ilium Optichlor – Eye Ointment
  • Oftalmolosa Cusi Chloramphenicol 1%
  • Terramycin Eye Ointment – tiada dalam gambar

Ubat kucing sakit mata ini berharga di bawah RM 10 dan dibeli di petshop, klinik  atau farmasi.

Nota : Semua kucing saya boleh diikuti di Instagram @kujiecats

50 Replies to “Ubat Sakit Mata Kucing”

  1. Thanks Sis Kujie atas info yang bermanfaat. Banyak info dalam blog Sis ni yang boleh saya gunakan untuk mengubat sakit-sakit kucing ni. Saya boleh info Sis ini dengan kawan-kawan, jiran-jiran dan saudara-mara tentang penjagaan kesihatan mengenai Kucing.

  2. Thanks sis kujie, info yang baik, selalu juga jumpa kucing yang sakit mata. Tapi saya biasa cuci sahaja, buang tahi mata n then dia baik sendiri. Tapi belum pernah jumpa yang kritikal macam nie. Ubat2 yang sis guna nie ex. Chloramphenicol manusia pun boleh guna kan.
    Jom terjah post menarik dari Gambir Emas ..Gambir Emas Performance Gel 4 in 1My Profile

  3. wah kucing saya kgk pernah mengalami kyk gitu gan,,,biasa nya sih itu kucing bayi yg bisa kena,,karna sering di pegang

  4. haritu ada 2 ekor datang rumah, mungkin org buang, anak kecik lagi, mata sebelah takleh buka, nasib bukan penyakit, just melekat taik mata je.. tapi bab kutu tu memang kena ada spray kutu, sbab kalau kutu melekat dkt badan meow mmg mcm2 penyakit ada, cirit la, kurus la, tak lalu makan la huhu..
    Jom terjah post menarik dari Fatimah ..Kerja Kursus Geografi PT3 2016My Profile

    1. Haha jo det är ju klart! Jag hade nog iaf sagt Barret! (Även ifall han bara är plastfarsa)FFVII har lämnat många spår i mitt gamerhjärta!

  5. Saya bingung bagaimana cara mengubati nanah di anak kucing di rumah saye. Kesian si pus jadi tak bisa liat dengan benar. Makasih cak Guk sayang saya paham bagaimana cara mengubati sakit mata kucingnya.

Comments are closed.