Yīn & Yáng Di Pusat Jagaan Kucing Omiey Home

Kisah pencarian ibu tumpang untuk Yīn & Yáng. Baca entri awal kisah ini di sini – Mohon Tolong Yīn & Yáng

Bila saya terjumpa dua ekor anak kucing yang baru dilahirkan, keadaan menjadi haru biru.  Saya tak ada pengalaman menjaga dan saya tak mampu luangkan masa untuk menjaga kucing.

 

cara susukan anak kucing baru lahir

Bermulalah satu misi untuk mencari ibu kucing sebenar kepada anak-anak ini.  Saya tak sanggup melihat mereka memeluk botol air suam yang dibalut seolah-olah tubuh ibu.  Memberi minum susu boleh membantu anak kucing ini  untuk hidup tetapi saya mahukan kehidupan yang lebih baik sebagai seekor anak kucing yang mempunyai ibu untuk menjaga.

Saya masuk ke semua page kucing di Facebook.  Tinggalkan pesanan dan mengharap ada yang membantu.  Saya  bertanya dengan jiran-jiran kalau-kalau kucing mereka masih menyusukan anak.  Saya tweet di Twitter untuk mendapatkan ibu tumpang.

 

cara jaga anak kucing

Akhirnya saya terjumpa Pusat Jagaan Kucing Omiey Home di Kepong.  Omiey Home menyediakan tempat tinggal sementara untuk kucing-kucing terbiar sebelum diserahkan kepada sesiapa yang berminat untuk dipelihara.

Bila saya beritahu anak kucing tersebut telah dihantar ke pusat jagaan kucing, ada yang ringan mulut bertanya

” boleh percaya ke? dia jaga elok ke?.. dia biar je kucing tak jaga betul-betul,bla…bla…bla….”

Panduan Menjaga Kucing! Klik Sini!

Biasanya saya akan tanya balik ” awak sanggup ke ambil kucing ni  untuk dijaga?”

Diam…. dengan seribu satu alasan.  Jangan bercakap benda yang ‘ saya dengar orang kata…’

Kalau kita tak mampu nak buat seperti orang lain buat walaupun mungkin tidak sesempurna yang diharap, sekurang-kurangnya dia buat sesuatu ke arah kebaikan. Dia buat, dia usaha. Kemampuan manusia itu terhad, kita kena terima dan sama-sama memberi sokongan.

Pusat Jagaan Kucing Omiey Home pernah terlibat didalam misi kemanusian menyelamatkan 50 ekor kucing dari Pusat Kurungan Haiwan DBKL dari di ‘Put-to-Sleep’ ( PTS) .

Sekiranya anda memerlukan kucing, boleh dapatkan dari Omiey Home di facebook mereka – Pusat Jagaan Kucing Omiey Home.  atau mereka selalu berada di booth Uptown Danau Kota.

Beberapa hari yang lepas, mereka telah berjaya menandatangani perjanjian  menyewa tapak tanah untuk membina ladang kucing terbiar seluruh Malaysia.  Omie Farm di Kg Sg Dara, Behrang Ulu, Tanjung Malim sedang dalam pembinaan dan mereka sangat-sangat memerlukan sumbangan ikhlas untuk membantu projek ini.

Untuk sumbangan, salurkan bantuan anda ke  Cimb Omiey Home 12860001086059 / Maybank admin 562553402447 .

Tiap kali bila kes penderaan binatang  tersebar,  kita mudah menyalahkan manusia lain atas hilanglah sifat-sifat kemanusiaan mereka .  Jadi untuk kali ini, buktikan  bahawa kita ini masih ada sifat-sifat kemanusiaan dengan menyumbangkan walau sekadar RM10 bagi menyokong sekumpulan manusia lain yang berkemampuan menjaga kucing terbiar.

Kalau kita tak mampu buat semua,  kita jangan tinggalkan semua…

 

 

kisah kucing terbiar
Kali terakhir saya tatap Yīn & Yáng , moga mereka dapat melepasi tempoh membesar dan mendapat penjaga yang baik.  Hidup dan mati awak di tangan Allah…. saya hanya berusaha untuk mendapatkan tempat yang lebih baik.

menyelamatkan kucing terbiar
Yin & Yang dimasukkan untuk menumpang kasih ibu .  Dalam ni ada 3 ekor ibu yang masih menyusukan anak.

pusat jagaan kucing terbiar
Detik  yang paling terharu. Si ibu terus saja menjilat  Yáng walaupun itu bukannya anak kandung sendiri. Tanda penerimaan dengan kasih sayang.

pusat jagaan sementara kucing terbiar
Pertama kali selepas 5 hari dilahirkan, Yīn & Yáng bersentuhan dengan tubuh seekor ibu kucing sebenar. Sebelum ini saya mencipta kehangatan badan ibu dengan membalut botol yang berisi air suam.

ibu kucing tumpang anak menyusu
Pertama kali dapat menikmati susu dari ibu kucing sebenar. *mode mengalir airmata*

ibu kucing tumpang susukan anak kucing lain
Wajah yang sarat kasih sayang. Terimakasih mak… awak sungguh baik hati.

©kujie – sesekali macam terdengar suara mengiau

Apesal Tak Klik?

Comments

  1. says

    saya sebenarnya ade 7 ekor kucing tapi kucing saya sekarang ade di pusat jagaan kucing
    kerana tempat tu je larh yang paling sesuai untuk dia..

    sekarang saya masih rindu kan dia lagi..
    kerana saya lah yang menjumpai ketika dia hendak melahirkan anak nya di depan rumah saya

    sebenarnya saya kesian tengok kucing macam tu ..
    saya takut kalau kucing saya ade orang bela
    tapi tak pe lah saya akan kumpul diut dan akan mengambil semua kucing saya itu..

    • cik says

      sama lah mcm sy..sbb terpaksa dan suami ada masalah kesihatan sy terpaksa hantar ke pusat jagaan ni dan bg pd org lain.

      sy juga cuba nk dptkan semula tp staff dipusat jagaan beritahu kucing sy jenis bulu panjang dan akn dpt tuan baru dlm tempoh seminggu je..

      sedihnye….sy mungkin dh x berpeluang jumpe semua kucing2 sy…..

  2. hari says

    hi salam sejahtera….saya hari di sini….saya ada 19ekor kucing…..saya menjaga kucing itu sebab ramai orang di luar kawasan sini simbah air pamas ke atasnya…so sekarang kucing2 itu ada kat kedai saya…dan di tempat perniagaan tak boleh manjaga kucing…..jika anda tau tempat yang pandai & sayang menjaga kucing…tolong inform dengan segera……im from penang
    016-4441704

  3. says

    saya kucing terbiar yang tak dapat dijaga oleh saya lagi kerana selalu tak sihat sehingga tidak boleh berkerja???puas mencari tempat yang sesuia untok nyer???bantu la kat mana…harus ku buat yng terbaik untok nyer

  4. helby suzana(abby) says

    saya ada kucing yang terbiar…sekarang saya x mampu anak jaga kerana selalu x sihat..jika ada sipa siapa yang nak atau jaga…ingin saya berikan….puas saya tanyerkan sipa yang sudi…saya sayangkan tapi tak boleh jaga binatang…..tolong la di mana nak saya hantar kan si putih(kucing)

  5. Nurdiana Nazurah says

    Assalammualaikum,
    saya ada 4 ekor anak kucing yg berusia 3 bulan,tapi tidak mampu utk memeliharanya lagi sebab saya ada alahan….jadi kami nk hantar kucing ni di pusat jagaan kucing..boleh tak beri alamat lengkap and number phone.. TQ.. ;3

  6. ruha says

    Minta tolong beri alamat lengkap tempat awak serahkan yin dan yang. Sy baru jumpa 5 anak kucing dlm umur 1 minggu. Dah try beri susu formula kucing tp dia tak minum. Risau asyik dengar dia ngiau. Kucing jantan sy risau gak. Dia asyik tgk je baby yg lapar tu

  7. says

    sedih masa baca kali pertama kat phone..
    masih sedih bacva kali kedua kat pc..
    dayah sokong tindakan akak , biar mereka yg lebih mampu jaga…
    dan , akak dah usaha yg terbaik utk diorang..
    Jom terjah post menarik dari hidayah ..@FRIM , PerlisMy Profile

  8. says

    nanti dah besar boleh ganti curious cat yang agaknya nanti pencen..hehehe..

    murni sungguh usaha mereka yang berbesar hati membela nasib haiwan2 ni..nak memelihara kucing rasanya memang tak mungkin berlaku..kalau secara fizikal kita tak mampu nak membantu, tak salah kita menyumbang melalui apa cara sekalipun..

    p/s : rasanya ada tak negative talk yang akan cakap, “ala, kemanusiaan pada manusia pun tak terbuat nak kemanusiaan kat haiwan pulak” ??
    Jom terjah post menarik dari pipoq ..Melihat perkembangan anakMy Profile

Trackbacks

  1. [...] Tompok adalah kucing betina yang dibuang yang saya kutip. Pantang tikus atau cencorot lalu depan rumah esok akan mati selepas dikerjakan [...]

Leave a Reply

Your email address will not be published.

CommentLuv badge

Comment moderation is enabled. Your comment may take some time to appear.