Bila Detik Terakhir Dirinya Tiba…

SEREMBAN 17 April – Artis terkenal yang juga vokalis kumpulan Spin, Abdillah Murad Md. Shari atau lebih dikenali sebagai Achik Spin, 28, meninggal dunia dalam satu kemalangan ngeri di KM 14 Lebuh Raya Kajang Seremban Sdn. Bhd. (Lekas) dekat sini petang ini.

Allahyarham, yang berada di dalam kenderaan pelbagai guna (MPV) yang terbabas dan terbakar, meninggal dunia di tempat kejadian.

Pada masa ini, polis dan anggota bomba masih lagi berada di lokasi nahas dan difahamkan mayat Allahyarham akan dibawa ke Hospital Tuanku Jaafar di sini malam ini.

Pegawai Turus Trafik negeri, Asisten Supritendan Polis (ASP) Abd. Halil Abd. Hamzah mengesahkan kejadian tersebut.

– Utusan, berita oleh : Ainol Amriz Ismai dan Farabi Sheikh Said Al Jabri

Terkejut dengar berita ini dari KLfm tadi. Mula-mula dengar DJ sebut takziah… Acik Spin, ingatkan ada ahli keluarga beliau yang meninggal. Buat tak tahu jer lah. Tiba-tiba seorang kawan yang sedang menjaga emak dia yang sakit di Hospital Seremban sms. Katanya ramai reporter sekarang di Hospital Seremban, Acik Spin meninggal dunia, kemalangan jalan raya. Terkesima sekejap. Aduhai. Seorang lagi telah dipanggil mengadapNYA. Selepas beberapa lagu berselang, barulah berita tersebut diulang semula oleh DJ tersebut.  Sahlah.

Benar sekali, ajal menjemput tanpa mengira usia. Bila tiba masa, tepat detiknya tak terlambat walau sesaat. Apapun kita doakan semoga rohnya dicucuri rahmat. Al- Fatihah.

p/s: Maaf kawan-kawan, tuan blog masih bercuti di kampung Kedah (rindu kat Angah lah tu), seperti biasa skuad pembantu Kak Kujie akan mengambil alih blog sehingga Kak Jie balik semula 😉

UPDATE : Jenazah Achik Spin selamat dikebumikan . Jenazah dimandi dan dikafankan di hospital dan dibawa dengan van jenazah ke rumah mentuanya di Taman Desa Ros, Ampangan sebelum disembahyangkan di surau Taman Bukti, berhampiran Taman Desa Ros.


29 Replies to “Bila Detik Terakhir Dirinya Tiba…”

  1. semoga abg achik ditempatkan dlm kalangan org2 yg beriman dan beramal soleh bersama ankmu putri rania……abg achik tiada pengganti….rindu abg achik sgt2…..buat kak tasya,kak aisyah,ibu dan yg lain bersabar dgn ketentuan illahi…..sedekah al-fatihah buat abg achik…….abg achik satu dlm sejuta….tenang dan bersih jew muka abg achik semasa dikafankan…….mudah2 abg achik tenang di sanew….

  2. terkejut juga masa terima berita ni..

    Alfatihah untuk Allahyarham..
    .-= nuaeman´s last blog ..Negara Kita Negara Orang =-.

  3. al fatihah buat keluarga beliau dan seluruhnya… saya memang minat kt dia lagu dulu2..sebab saya memang jiwa rock kapak dan retro…(^_^)

  4. al-fatihah…semoga roh dicucuri rahmat..amin.. 😛
    .-= atokk´s last blog ..Selamat Hari Lahir Kak Jie (Kujie2.com) =-.

  5. Baru-baru ni orang seni yang pergi meninggalkan kita (Din Beramboi). Semalam Achik Spin pula. Al fatihah buat arwah.

  6. bila ajal datang menjemput..tiada sapa yang menduga..al fatihah buat achik spin
    .-= nazihah´s last blog ..Katalog Novel =-.

  7. al-Fatihah. Memang pemergian yang tidak disangka-sangka. Petang tu arwah baru buat persembahan di TV1
    .-= imran´s last blog ..Netbook Percuma =-.

  8. siapa yang sangka
    .-= Wan Perlis´s last blog ..Perspektif Aku Tentang Isu Pembuangan Bayi =-.

  9. seorang lagi artis tanahair menyahut menemui penciptanya selepas arwah Din Beramboi..semoga rohnya dicucuri rahmat..Al Fatihah..

    p/s: suka dengar lagu Paling Comel nyanyian arwah Achik dgn Ct Nurdiana (Nana)..
    .-= Nadri´s last blog ..Amaran Daripada PETRONAS =-.

  10. Kat tv3, baru keluar promo untuk Jangan Tidur Lagi , 21hb April ni, Achik Spin salah seorang tetamu nya.

    Al fatihah..

Comments are closed.