Press "Enter" to skip to content

Adamaya – I’m Not Single

Slot Akasia Na O Mei dah habis. Saya tengok episod akhir Na O Mei, tapi tak best pun. Ending yang tak berapa berkesan. Cara Arman melamar Na O Mei dengan kad besar tu langsung tak berkesan menyentuh jantung hati..

Cuti-cuti ni ada banyak masa melayan TV. Baru tengok 2 episod Adamaya – kisah cinta tiga segi antara Lisa Surihani ( Maya ), Hussein Ruffedge ( Adam ) dan Faizal Usop ( Dani ) .

Adam berkahwin dengan Maya atas pilihan keluarga dan kemudian ‘bersegi’ pula dengan Dani .   Kisah cinta pasangan berkahwin muda.

Adamaya drama arahan Feroz Kader ini ‘didramakan’ dari filem I’m Not Single arahan Pierre Andre, cuma yang kekal adalah Lisa Surihani untuk watak Maya . Watak Adam dan Dani dalam filem I’m Not Single dipegang oleh Farid Kamil dan Awal Ashaari.

OST I’m Not Single – Yang Terindah nyanyian Dakmie masih lagi menjadi OST Adamaya.

Ost Adamaya – Yang Terindah – Dakmie

Semenjak kau hadir dalam hidupku
Tiada lagi keresahan
Kau mengetuk pintu hatiku
Tanpa sedar hingga ku izinkan

Kau yang bernama cinta
Kau yang memberi rasa
Kau yang ilhamkan bahagia
Hingga aku terasa indah

Maaf jikaku tidak sempurna
Tika bahagia mula menjelma
Bila keyakinan datang merasa
Kasih disalut dengan kejujuran

Mencintai dirimu
Merindui dirimu
Memiliki dirimu
Hingga akhir hayat bersama kamu

Kau yang bernama cinta
Kau yang memberi rasa
Kau yang ilhamkan bahagia
Hingga aku terasa indah

Kau yang bernama cinta
Hingga aku rasa indah

Bolehlah tengok untuk isi masa petang-petang sambil lipat kain…

Trivia


Dakmie
Nama Penuh : Azmee Bin Abdul Manaf
Tempat Lahir : Negeri Sembilan
Kerjaya : Pemuzik, Penyanyi
Kemahiran : Main Alat Muzik
Sumber : sinema malaysia

  • Hussein Ruffedge adalah juara Sehati Berdansa musim ketiga bersana isterinya Nana ( Noor Diyana Mohammad).
  • Faizal Yusop adalah bekas suami Nana ( Siti Nordiana )

80 Comments

  1. Anonymous Anonymous

    😎 MCM CRITA SYA JA

  2. uyek karuzoo uyek karuzoo

    luv u lisa,,u ngan frid kmil mmg ngam larh

  3. IMaH <3 IMaH <3

    😛 waaaaaaaaaaa..sye jd rindu laa
    bler tgk cte adamaya..tp realiti x semuanya indah kan..sdih plak klau orang yg ktew syg x pernah nk hargai apa yg kta buat utk dia..
    kadang2 dia x pernah sedar yg kta syg sgt2 kat dia
    bila dah smpai msa,tiba2 dia ckap kat kta yg dia sudah ada org lain
    mmang sya x pernah mncitai org lain slain dia
    dialah yg pertama n terakhir dlm hidup…
    xsnggupp…huhuhu…… 😥 😥 😳

  4. nieyu nieyu

    cinta ni lakonan ja kan… but aku enjoy 😥

  5. wawa wawa

    :mrgreen:

  6. lina19 lina19

    best la jgk tpi…….ending cite ni tlalu simple…sptutnye tnjk la moment2 bhgie dorg…since dlm cite ni dorg asek gado je kan?…huhu………hope ade smbgn “Adamaya 2” ke kan……..he2..

    • Anonymous Anonymous

      betul3x

      • Anonymous Anonymous

        tapi best jga kan3x

  7. scha scha

    best ngat citer ni…bhagia nyer idop lau kat dunia ni ada mcm watak adam….

  8. zul zul

    adamaya mesti ada balik kerana saya ska lisa surihani

  9. faniey faniey

    best….rasa nk tengok lagi…..plizzzzzzlh……….

  10. fazana fazana

    sy ska dgn cita ni.tp sy x ska akn dani.dia tu penyebok,,hehehweehe,..tp sy hrp cita nie dpt di siarkn semula..,.,.,.,

  11. yoona yoona

    best cite ni..
    br je habis tgk on9..
    sbijik cm kisah novel..
    kes kahwin terpaksa n salah sorg buat hal..
    tp meaningful..
    crite pn x meleret-leret..
    =)

  12. luqman hakim luqman hakim

    sye suke btul la adamaya nie.,…coz sye pown ad ksah cinta mcm 2jugak….klu dalam cter sye,sye jdy watak adam lar….tpy malang nyer gurl tdyb jtuh ke tngan lucky tdy…. tpy x pe cinta monyet je….form 3 maklum la….:)

    • Anonymous Anonymous

      kasian nye awk.sye pun hrap dlm watak maya

  13. eref eref

    cite ni best..
    actually start cite ni.. saye pun dilemma cam maya neh. 🙄 . after tgk impak n ending cite neh… saye dah stick dgn keputusan.. sayangi suami sendiri walau terpaksa kawin..n jgn dilayan cerita2 lama.. hee 😉

  14. nifah nifah

    cite adamaya nie best gilerrrla….kalaula ad adamaya yg ke-2kan best….arap wat la…1 MALAYSIA nk tngok…. 😀

  15. marina marina

    kalu lar ada laki mcm adam…..

  16. Anonymous Anonymous

    best sangat!!! paling best ending dia…sangat tersentuh ngn apa yg adam wat kat maya..hukhuk…bes cite, terus tepon husband..alalala 😆

  17. min min

    😉 😉 adk suka tengak cite best,…..adamaya forever

  18. Lisa Lisa

    cerita ini tiru cerita i’m not single

  19. cima cima

    sgt best….. 😀
    tahniah la buat sume pelakon….terutamanya faizal (DAni)
    berkesan sungguh lakonan die smpi saya pn rase cm nk tumbuk je muke die time tgk cite ni….hahaha…
    sein n lisa the best…. :mrgreen:

Comments are closed.