Babak Winter Sonata Yang Terkesan

Hari ini saya baca berita dari  Asia News Network mengenai pelakon dan penyanyi Korea  yang popular dalam drama Winter Sonata, Park Yong Ha telah membunuh diri dengan menggantung diri pada wayar pengecas bateri telefon bimbitnya.

Saya pasti ramai rakyat Malaysia terutamanya wanita, gadis dan surirumah ( saya lah ni ) mengenali wajah dan image beliau ini. Tahun 2002, fenomena Winter Sonata yang dibayangi musim sejuk yang putih dan panorama indah menggegarkan hati tiap yang mengikuti kisahnya. Drama penuh syahdu Korea ini berkisarkan tentang cinta pertama yang mempunyai kekuatan hingga mampu menyatukan sepasang kekasih walaupun berbagai rintangan berlaku dalam perhubungan mereka.

Antara pelakon utama Winter Sonata  adalah Park Yong Ha yang membawa watak Kim Sang Hyuk yang pendiam dan mencintai  Jung Yoo Jin (Choi Ji Woo ) sejak dari kecil sehingga tergugat dengan kehadiran Kang Joon-sang (Bae Yong Jun ) .  Moment  Sang Hyuk  berbasikal  membonceng Yoo Jin  masih sukar luput dari ingatan bagi mereka yang mengikuti drama ini.

Popularnya Winter Sonata sehingga Pulau Nami, lokasi penggambaran cinta Joo Sang dan Yoo Jin menjadi tempat perlancungan yang dikunjungi ramai dari seluruh dunia. Pulau tanpa penduduk itu terletak di tengah-tengah Sungai Han dan ia yang berfungsi semata-mata bagi tujuan pelancongan dikatakan milik orang perseorangan, bukan kerajaan Korea.

Antara OST Winter Sonata yang popular adalah From Beginning To End (The First To Now) by Rye

kredit image : crunchyroll.com

©kujie – seperti Kuch Kuch Hota Hai dari filem Hindi, bagi saya drama Winter Sonta ini menjadi icon bagi drama Korea

Published by

Kujie

Pemilik tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang kerosakkan atau kehilangan yang dialami disebabkan oleh penggunaan maklumat di dalam laman ini. Jika anda memerlukan perkhidmatan nasihat yang khusus, sila dapatkan pakar bertauliah dan berpengetahuan di dalam bidang berkenaan. Untuk biodata penuh boleh lihat di Biodata Kujie

38 thoughts on “Babak Winter Sonata Yang Terkesan”

  1. ade lah sbb dye bunuh diri tuuuu……… 🙄
    mungkin ade perkara yg sgt sulit utk dye hadapa……..ko ape thu… ❓

  2. drama korea antara yg sye suka ialah: ➡
    winter sonata 😥
    stairway to heaven 🙁
    boys over flower 😳
    dan byak lgi sampai tk terkira.huhuhu 😉 😀
    sye harap dapat tgk byk lgi drama korea………. :mrgreen:

  3. kesian betul :sad:…….muda2 lgi dah bunuh diri,ape nk jdi……..Allah bgi nyawa,tpi mempersia-siakannya……ingatlah bahawa hidup ini sangat berharga,tpi kamu shj yg tdk dpt melihatnya betapa besar keagunangnya 🙄

  4. Winter Sonata . Cerita tontonan saya sekeluarga time petang petang . Ayah yang tak layan pun boleh jadi layan .

    Cerita yang sangat slow dan menyentuh hati . Dulu tengok sampai nangis-nangis . Bila fikir balik , rasa macam kelakar pulak .

    Sekarang ni , dah jadi trend artis Korea bunuh diri .
    Jom terjah post menarik dari farah ..Hati Kecil Berbicara Mulut Itu Riuh Bertanya My Profile

  5. Winter sonata saya minat juga walaupun penuh dengan air mata.. tapi kalau komedi saya lebih suka full house..

    soundtrack drama ini saya beli dan dengar hari2. mmg menyentuh jiwa

  6. Tak pernah tengok cerita ni kak tapi sangat tahu cerita ni sangat popular & disukai ramai.

    Bunuh diri di usia muda.. Tak pikir panjang kot. Mintak jauh..
    Jom terjah post menarik dari aini ..Kesayangan Aini My Profile

  7. mulanya rasa terperanjat..
    berlegar2 di dalam kepala, adakah dia ini mahu mengikuti jejak artist lagenda barat!

    tapi apa2 hal pun dia dah kembali ke barzah

    namun kenangan menonton dia berbasikal tatkala musim autumn itu amatlah terkesan…

    dan maza pernah rasa resah tak tentu arah serta berebut pulang dek kerna cerita yg satu ini.. huhuhu

    alahai kanzz.. hehehhe :mrgreen: :mrgreen: :mrgreen:
    Jom terjah post menarik dari maza ..Ketuk dulu dan Perempuan Tua diringankanMy Profile

  8. Winter sonata saya minat juga walaupun penuh dengan air mata.. tapi kalau komedi saya lebih suka full house..

    soundtrack drama ini saya beli dan dengar hari2. mmg menyentuh jiwa

  9. memang drama ni terkesan…betul…masa gie japan training pun…amik gmbar pose ala ala winter sonata and autumn in my heart…penangan yg hebat

  10. masa stadi dulu,anis tgk cerita ni..berkobar2 study,kononnya nk futher ke luar negara…anyway,thanks winter sonata..sbb bg semangat kt saya untuk belajar rajin2 masa stadi dulu..mmg terkesan.. 😀
    Jom terjah post menarik dari anis ..FuTHeR STuDyMy Profile

  11. erk..tak tgk cite ni tp rase ade unsur2 sedih, romantik sgt.hehe

    Korean drama slaluny panjang utk satu episode. Kdg2 rasa boring pon ade walau org kate best. Ape2 pun, sape2 yg minat drama korea, boleh belajar skali bahasa diorg dgn budaya. Bukan just tgk dan feeling2 pastu lupe..hehe

    enjoy the drama pd yg blum tgk 😀
    Jom terjah post menarik dari MuNsYi~SaMa ..Duri dan Mawar Ch2My Profile

  12. salam kak jie.
    itulah drama korea yang telah menyebabkan kakchik jadi addicted satu masa dulu. drama yang terkesan di hati hingga rasa nak segera ke korea untuk menikmati keindahan macam dalam winter sonata.
    sayangnya inilah realiti yang berlaku di kalangan artis korea, membunuh diri gara-gara kesempitan hidup dan kesempitan jiwa.
    Jom terjah post menarik dari kakchik ..I want a mom that will last foreverMy Profile

  13. tak ikut sangat drama2 bersiri ni… tapi di sekolah masa tu di kantin inilah topik hangat yang selalu dibualkan oleh cikgu2… dari situ saya tahu sikit2… memang rami sangat pemonat WS ni…
    Jom terjah post menarik dari klcitizen ..AnakMy Profile

    1. winter sonata ni macam kuch kuch hota hai fenomena thn 2002 tu… org perempuan je yang jenis2 airmata suka drama ni… 😆

  14. Betoi tu Kak Jie, lepas WS meletop sambung Autumn In My Heart dan Stairway To Heaven, sekali lagi nangis tergolek2 menghayati cerita dan lagu2 syahdu dalam tu cerita2 tu wahaha. Lepas tu sambung ber-haha-hehe dengan Full House. Sedap lagu2 dalam drama2 ni. Sampai sadur dlm versi BM lah hu hu.

    Lepas tu baru lah kurang sikit tengok sebab tak mau dah start tengok nanti terikat hehe 🙄
    Jom terjah post menarik dari iza~de~bintang ..Pesona Kilau Zamrud dan Cerita Anak DuniaMy Profile

    1. suka drama korea sebab dia tak jerit2…tak jegil2 mata macam hantu… action dia lembut. tertib … cuma dialog yang menyentap hati kita…sampai nangis2..huhuhu 🙄

      1. Betoi tu Kak Jie, lepas WS meletop sambung Autumn In My Heart dan Stairway To Heaven, sekali lagi nangis tergolek2 menghayati cerita dan lagu2 syahdu dalam tu cerita2 tu wahaha. Lepas tu sambung ber-haha-hehe dengan Full House. Sedap lagu2 dalam drama2 ni. Sampai sadur dlm versi BM lah hu hu.

        Lepas tu baru lah kurang sikit tengok sebab tak mau dah start tengok nanti terikat hehe 🙄
        Jom terjah post menarik dari iza~de~bintang ..Pesona Kilau Zamrud dan Cerita Anak DuniaMy Profile

Comments are closed.