Catwalk Bapa Ayam

Location: Cayman Islands
Spotted by: Kirsty Griffiths

Tiba-tiba teringat topik Mengapa Ayam Melintas Jalan? – Why did the Chicken Cross The Road?

Ini yang saya dapat dari email lama dulu… tahun 2006

Karam Singh Walia (TV3):

Seperti yang saudara dapat lihat, kelihatan ayam-ayam itu sedang melintas jalan. Β  Mereka bukan sahaja melintas jalan, malah membuang najis di atas jalan dan ini adalah pencemaran yang paling hebat di maya ini. Bapa-bapa dan ibu-ibu ayam haruslah mengambil inisiatif untuk melatih ayam-ayam agar menahan najis sewaktu melintas jalan, sekian saya sudahi dengan……… Ayam di jalan di lintaskan; Ayam di reban mati tak makan.

Wan Kamarudin (Edisi Siasat NTV7):

Ape kejadahnyer ini semua, KL dah jadik reban ayam, mak bapak ayam asyik menganga saje. Ayam semua dah besar kepala,..dan dah tak nak duduk reban…dan bertambah biadap dan buat perkara yg tak masuk dek akal!

Zainal Ariffin Ismail (TV3 Kisah Misteri):

Ada saksi menyatakan yang mereka dapat melihat ayam-ayam ini melintasi jalan-jalan di kampung ini pada waktu malam. Ada yang menyatakan ayam-ayam ini merupakan penyamaran jin. Dan ada juga mengaitkan ia berkaitan dengan peristiwa silam di kampung ini. Apakah sebenarnya maksud tersirat ayam-ayam ini melintas jalan? Oleh itu saya akhiri, “Jangan biarkan hidup anda diselubungi misteri………”

Zainal Alam Kadir (Wayang Kita Astro):

“Ayam siapa kalau bukan ayam kita…”

Β©kujie – masih monday blues ke?Β  :lol: Saya tak….tengah sibuk dengan projek offline.

40 Replies to “Catwalk Bapa Ayam”

  1. Pingback: Masalah Blog Feed dan link CommentLuv tak keluar | Denaihati
  2. Salam Kak Jie,

    Kak Jie, susahlah nak fokus baca entri bapa ayam ni bila ada iklan kentucky ayam keluar kat sini. Keliru nak tengok dan baca “catwalk” bapa ayam atau nak terliur tengok ayam KFC chef ismail ; D
    Jom terjah post menarik dari Incik RestNrilekS ..NEVER say NEVERMy Profile

  3. Versi Jalil Hamid tak masuk kak jie? πŸ˜€

    Tetiba terlintas kat fikiran, bila KFC nak tukar menu baru, buat KFD pulak ye? Kentucky Fried Duck. Daging itik lagi sedap!
    Jom terjah post menarik dari suara ..Kurang Dan Lebih KitaMy Profile

  4. Wow hebat!!!
    Empat versi cerita ayam…

    Dari empat penyampai yang memang terkenal hebat.
    Karam Singh Walia, Wan Kamarudin, Zainal Ariffin Ismail & Zainal Alam Kadir.

  5. Haha…

    Tie dah siap entri pasal ayam, Jie dah post dulu. Tak pe laa… mana boleh lawan cikgu besor, kan…. :mrgreen:

Comments are closed.