Live Blogging

Doa Di Hari Mulia

“Bagi menyempurnakan titah perintah Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong, setelah diperkenan oleh Duli-Duli Yang Maha Mulia Raja-Raja, dengan ini saya mengisytiharkan tarikh Hari Raya Puasa bagi negeri-negeri seluruh Malaysia telah ditetapkan pada hari Jumaat, 10 Sept 2010,” – Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja, Engku Tan Sri Ibrahim Engku Ngah .

Amaran : Mood tuan rumah… !

Untuk semua pengunjung blog , kawan-kawan alam maya, ย silent readers atau sekadar melintas lalu , saya ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan Selamat Menyambut Aidilfitri 1431H dan semoga Syawal bakal menjelma ini akan memulihkan motivasi kita untuk mengeratkan persaudaraan yang sedia terjalin dan semoga Aidilfitri kali ini berlangsung dengan seribu kegembiraan yang menginsafkan.

Maafkan saya jika ada kata-kata yang salah, hati yang berprasangka , janji yang sering saya lupakan atau pun sikap dan sifat yang sering menyakitkan . Saya insan biasa yang tak luput dari khilaf dan salah.

Untuk suami tersayang yang dirindui di Constantine, Algeria.. dengan ucapan…… ucapan kita share berdua kat YM je lah…ย :| tiada perkataan yang sesuai untuk gambarkan perasaan!

Andai jari tak dapat bersentuh,
tangan tak dapat bersalam,
hendaknya batin kita tetap bertaut,
Minal aidin wal faizin,
Mohon maaf zahir dan batin

p.s – sticky post – post baru dibawah

ยฉkujie – ada yang masih membelek Things-To- Do dan Things- To – Buy !

Pemilik tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang kerosakkan atau kehilangan yang dialami disebabkan oleh penggunaan maklumat di dalam laman ini. Jika anda memerlukan perkhidmatan nasihat yang khusus, sila dapatkan pakar bertauliah dan berpengetahuan di dalam bidang berkenaan. Untuk biodata penuh boleh lihat di Biodata Kujie

28 thoughts on “Doa Di Hari Mulia

  1. Salam hari raya aidilfitri.. Ampun maaf dipinta,zahir dan batin.. andai buat rumah terbuka jangan lupa jemput saya ๐Ÿ™‚

  2. Salam Jie, Selamat Hari Raya, maaf jika ada terkasar bahasa. Jgn lupa suruh Intan minum banyak air masak ye…

  3. Salam Jie, Selamat Hari Raya maaf jika ada terkasar bahasa. Jgn lupa suruh Intan minum banyak air masak.

  4. selamat hari raya, maafkan saya andai kata ada salah silap, terkasar bahasa, penulisan yang menyinggung perasaan dan sebagainya, tidak lupa juga buat pembaca blog kakjie ni, sepuluh jari disusun memohon maaf
    Jom terjah post menarik dari mijie ..Jalan-jalan cari pasalMy Profile

Comments are closed.