H1N1 – Sayang… Kalau U Sayang I U Kena Pakai

cara betul pakai mask

Bukan blog saja yang kena pasang extra security – Hotlink Protection, diri sendiri juga perlu ye kawan-kawan. Berita semalam yang saya baca kes H1N1 kembali dengan 2 kes kematian. Dua wanita yang disahkan positif H1N1 telah meninggal dunia di Hospital Melaka.

Marilah kita sama berusaha menjaga diri supaya tidak dijangkiti ataua menjangkiti orang lain. Salah satu nasihat untuk mengawal jangkitan adalah dengan mengamalkan adab batuk yang baik .

Mengapa mesti menutup mulut ketika batuk atau bersin?

Penyakit sistem pernafasan yang serius seperti influenza, batuk kohol, sistem pernafasan akut yang teruk (SARS) dan tibi merebak melalui batuk dan bersin.

Penyakit ini boleh merebak dengan mudah di kawasan yang sesak dengan orang ramai.

Kita boleh hentikan penyebaran kuman semasa sakit dengan memakai penutup hidung dan mulut ( mask ) atau pun palingkan muka daripada orang lain atau makanan sewaktu batuk atau bersin.

Tutup mulut dan hidung dengan sapu tangan atau tisu ketika batuk dan bersin. Buang tisu di dalam tong sampah selepas digunakan. Jangan berkongsi sapu tangan dengan orang lain. Jika tiada pilihan lain, gunalah lengan baju atau skaf tetapi pastikan tidak bersentuhan dengan orang lain sehingga pakaian tersebut ditukar.

Jangan pergi ke tempat yang sesak dengan orang ramai. Anda mudah menjangkiti atau anda mudah dijangkiti. Jika terpaksa, gunakan penutup mulut dan hidung ( mask ).

Ninja Intan
Tak cool ke pakai mask ? Jangan pandang orang yang memakai mask seperti melihat Alien dari Planet Entahmana

Kalau ada tanda-tanda H1N1, jangan pula gatalยฒ nak merayau sana sini..nanti kantoi dengan boss macam video klip di bawah

Setakat mana kita kenal Influenza A (H1N1) ? Beberapa fakta mengenai Influenza A ( H1N1 ) di [ sini ]

ยฉKujie – selamat berhari minggu – u sayang i tak?

37 Replies to “H1N1 – Sayang… Kalau U Sayang I U Kena Pakai”

  1. Rakyat malaysia jangan sedap hati wabak H1NI masih ada lagi.jgn lupa jaga kebersihan diri…ingat cuci tangan ngan betul………

  2. Pingback: 7 cerita menarik hari ini... | hafiz mohd dot com
    1. encik memang rasa macam 2 lps inj.setiap orang sama cuma teruk x teruk je…….

  3. ari tu hari2 pakai mask…
    sekarang asyik luper jerk..
    uhuh..kena pakai balik neh~
    .-= ery´s last blog ..Tin Kosong Dapat Award?? =-.

  4. Salam,

    Saya ingin jemput kak jie dan sesiapa saja untuk menyertai kuiz sempena ulangtahun blog saya. Terima kasih ya.
    .-= Faridrashidi´s last blog ..Ulangtahun Pertama Faridrashidi.Com! =-.

  5. salam,
    baru je ambik pelalian H1N1 last wk.Aduuuuh sakitnya! tapi last only for 1 yr.Next yr kena ambik lg klu nak imune huhuhu…

  6. sekarang h1n1 dah sampai menjadi gelombang kedua, harapnya semua dari kalangan kita dilindungi oleh NYA
    .-= mijie´s last blog ..USD $1 pun duit jugalah, ada nilainya =-.

  7. kesian yg meninggal dkt melaka tu..emak & anak..jadi kita kenalah berhati2 lepas nie terutamanya yg ada anak2 kecil mcm saya..

    p/s; lps nie tauke2 farmasi yg jual mask & lotion tangan senyum sampai ke telinga… ๐Ÿ˜›
    .-= Nadri´s last blog ..Perginya Seorang Pelawak & Penghibur =-.

  8. kira sebelum face mask tuh naik harga balik, baik beli awal2..silap2 bole bukak bisnes nanti..haha
    .-= Azizuan´s last blog ..Google Lancarkan Translate Untuk Haiwan =-.

  9. salam kak…
    salam lama tak menyinggah…
    sibuk ngn bini name fatimah borhan aka FB…
    hahaha

    pasal mask nih, skg kan dah berlambak mask yg reusable tu, yg comel2…
    tak malu la kalau pakai. bertambah kiut lagi ade, tmbh2 kalau yg pakai tu mmg sedia kiut miut…
    hahaha
    .-= chekguBH´s last blog ..Transformasi + 2 Stori Mori… =-.

  10. skang ni memang nak kena selalu berhati-hati. banyak sangat penyakit berbahaya yang boleh ragut nyawa. kalau tak berhati-hati memang kena la nanti.
    .-= zaiMi´s last blog ..Perlumbaan Formula 1 Di Malaysia 2010 =-.

  11. skang ngah demm ni..batuk tak pulak..adess risau gak,.,,skang kes H1N1 ade balik,,kes denggi pon..adess…kn jaga2 la nmpknyer… ๐Ÿ˜ ๐Ÿ˜ ๐Ÿ˜
    .-= eiyda´s last blog ..eiyDa:: Bila banyak masalah..ape nak buat??arrgghh!!!::: =-.

  12. Hati2 kak jie. Tak tau plak H1N1 dah kembali. Bahaya virus ni tapi saya cuma pelik di Melbourne. Melbourne bandar yg terjejas teruk dgn H1N1 tp last year, 2 org je sy nampak pakai mask dari beribu2 org yg tgh bjalan2 dlm bandar. Pelik gak.
    .-= Amir´s last blog ..Dari Allah Kita Datang, KepadaNya Kita Kembali =-.

    1. Kat Melbourne tuh orang terer kontrol bersin kott..haha
      .-= Azizuan´s last blog ..Google Lancarkan Translate Untuk Haiwan =-.

  13. ish..
    Kat Melaka plak tu T.T
    .-= MrRollies´s last blog ..Facebook vs Twitter : Yang Mana Lebih Baik Untuk Bloggers? =-.

Comments are closed.