Jika semua sama , akankah ada ghairah sambut sesuatu yang indah?

Ini adalah gambar Aidilfitri 2006 ,  raya terakhir bersama arwah bapa mertua saya. Setiap tahun sewaktu bersalam dengan bapa di pagi Syawal, bapa akan cium ubun-ubun semua anak cucu juga menantu bapa. Tahun ini, amat terasa akan kehilangan bapa.Sepatutnya mengikut giliran, saya menyambut 1 Syawal di kampung saya di Baling tetapi dalam situasi begini tidak salah jika kita bertolak ansur mengikut keadaan.

Walaupun tanpa bapa, kami meneruskan juga tradisi bertahlil dan membaca doa selamat di pagi Syawal. Bezanya tahun ini kami bertahlil untuk arwah bapa. Masing-masing berlinangan airmata bila memandang emak keseorangan … selalunya bapa akan berada di sebelah emak.

Petang raya pertama, baru saya bertolak balik ke Baling. Perjalanan dalam hujan lebat dengan penat dan mengantuk kami berhenti di R&R Sg. Perak. Saya mengambil alih tugas memandu sampai ke Gerik.

Saya lebih suka memandu di waktu malam dari siang kerana semua anak dan suami tidur lena tiada siapa yang komplain atau mengomel itu tak kena ini tak kena….stereng di tangan . Kami selamat sampai ke kampung hampir jam 2.30 pagi.

Pagi raya ke 3 saya sudah bersiap untuk balik semua ke Serendah. Jadual yang sendat dan padat. Kali ini kami berkonvoi dengan adik saya yang akan pulang ke rumah mertuanya di Tanjung Malim.

Dalam perjalanan balik, kami singgah makan tenghari di Medan Ikan Bakar Tasik Raban, Lenggong, Perak. Semua menunya ikan air tawar, saya cuma mampu memandang.

Selepas Kuala Kangsar, 3km sebelum Terowong Menora kesesakan mula dirasai. Untuk mengelakkan kesesakan di dalam terowong, polis telah mengadakan sekatan di pintu masuk terowong, jadi lama juga kami terpaksa berhenti mengikut giliran untuk melepasi terowong.

Kereta saya berada di lorong tengah. Keadaan sungguh aman dan sejuk kerana hujan gerimis. Kabus menyapa lembut di sebalik bukit bukau kehijauan. Rasa lelah segala penat berkejaran dari Serendah – Sabak Bernam – Baling – Serendah. Anak² senyap sunyi tertidur dari awal perjalanan.

Tiba- tiba …….

honk….honk…honk………

Saya dan suami tersentak. Kami pandang di hadapan……….. ruang hampir 50 meter kosong tanpa kenderaan.

Rupa-rupanya kami sekeluarga tertidur di tengah-tengah lebuhraya!!!! Kereta di lorong kiri dan kanan telah bergerak cuma kereta di lorong tengah terhenti disebabkan kami sekeluarga nyenyak di tengah lebuhraya.

Pandang kereta kiri dan kanan dan lihat jiran ‘selebuhraya’ senyum memandang . Entah berapa lama kami terlelap.

Rasa puas sangat tidur saya kali ini. Lepas tu, mata terus segar boleh memandu terus sampai ke rumah. Siapalah agaknya kereta di belakang kami yang entah berapa puluh kali membunyikkan hon untuk mengejutkan kami sekeluarga…. mungkinkah anda?

©Kujie – kalaulah malam, seram juga bila terkenang kisah volkswagen kuning di Terowong Menora.

p/s – entri kitar semula kerana setiap kali teringatkan Aidilfitri, kenangan ini tidak pernah dilupakan.

Published by

Kujie

Pemilik tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang kerosakkan atau kehilangan yang dialami disebabkan oleh penggunaan maklumat di dalam laman ini. Jika anda memerlukan perkhidmatan nasihat yang khusus, sila dapatkan pakar bertauliah dan berpengetahuan di dalam bidang berkenaan. Untuk biodata penuh boleh lihat di Biodata Kujie

19 thoughts on “Jika semua sama , akankah ada ghairah sambut sesuatu yang indah?”

  1. wakakka… mesti hanggit aje org belakang tu kanzzz.. heheheh

    maza pun pernah alami lebih kurang sama gak.. tapi tak lah jauh sampai 50m gitew. wakakkaka

    cuma sendiri tersedar dan cepat2 bergerak gitew. wakakka
    .-= maza´s last blog ..Bingkisan Peminangan: Maza =-.

    1. @pakcikli00, Waalaikumsalam … itu tradisi keluarga suami…mmg kami akan bertahlil dan berdoa bersama2…keluarga besar berkumpul serentak

  2. haha…gelak guling2 baca entry ni.. 😈
    .-= Life For Hire´s last blog ..Info tambahan Buka Puasa Negaraku! bahagian 2 =-.

  3. bestkan kenangan2 lalu mengusik jiwa…kenangan lah yang buat kita senyum sorng2 or gelak ramai2 bile diceritakan kannnn??

    salam lebaran~ heheh.

  4. huh,saspen, igtkn nyaris accident tadi. suka pandu malam takut suami komen,ha3. besela ppuan bawak keta, mcam2 krenah sket kan?hu3… lama2 pro la tu k.jie..

    p/s:©Kujie – kalaulah malam, seram juga bila terkenang kisah volkswagen kuning di Terowong Menora.

    citer antu eh? ade artikel tak kakjie? leh share?
    .-= JHafiz´s last blog ..Kayuh Perlahan² =-.

  5. aduh tertidur ditengah lebuhraya!!?? hu3 sungguh bahaya. nasib baik 50m je kosong kalau 50km?

    kadang-kadang sesuatu yang terjadi merupakan kenangan yang tak dapat dilupakan. keramahan dan kebaikan seseorang apatah lagi yang punyai perhubungan persaudaraan membuahkan emosi.

    ps – akak tak suka makan ikan air tawar ke? he3. sama la mcm org umah sy.

    pss – kisah volkswagen? kat lebuhraya karak ke? xmo igt lagi hu3

Comments are closed.