“People who are tagged should write a blog post of 6 weird things about them as well as state these rules clearly. In the end, you need to choose 6 people to be tagged and list their names at the bottom of your post. Don’t forget to leave a comment that says ‘you are tagged’ in their comments and tell them to read your blog”
Ini kali ke 2 kena tagged topik ni………. entah suka sangat ye nak main² macam nie. Rasa malas nak buat tapi kesian la pula kat Serina dengan orang New York.
Ada 2-3 tag lain dah siap tapi masih simpan as draft…tunggu hati TERgerak nak publish.
Ni ha…korang nak tau sangat tentang 6 perkara pelik..isshhh…… ada ke pelik?
1. TAK SUKA minum nescafe, nanti sakit perut tapi SUKA HIDU BAU nescafe!
2. BUKAN kaki shopping ( kalau dibandingkan dgn suami ) . Kalau nak beli sesuatu barang, masuk supermarket jalan terus ke bahagian tersebut tanpa singgah setiap tingkat.
3. SUKA BELA ikan air tawar ( skrg ni ada talapia + 100 ekor , sepat + 5-10 ekor TETAPI tak makan ikan air tawar.
4. Tiap kali marah anak², membebel..berleter….saya yang MENANGIS dulu! Tengok filem ” Finding Nemo” pun boleh nangis…wa’aaaa sedih la masa Nemo dah jumpa bapa dia balik…ha ha ha…
5. SUKA DIUSAP atau di gosok belakang . Tabiat ini bermula waktu mengandungkan Intan ( skrg ni Intah dah 8 tahun ). Tiap kali rasa tak selesa, rasa tak dapat nak tidur nyenyak saya mesti PAKSA suami gosok belakang sampai teRlena. Rasa segala kusut dan resah tu hilang meresap melalui tangan dia…. huhuhu…Dia dah faham , jadi dia tak pernah marah…dalam mata terpejam dia boleh gosokkan belakang. Sebab tu kalau nak kahwin, kahwin dengan orang yang sayangkan kita bukan dengan orang yang kita terkejar² tergila²kan yang belum tentu sayangkan kita sebagaimana kita sayangkan dia!
6. Saya DEGIL dan keras hati! Pelik? Mesti pelik sebab saya orang yang sensitif dan mudah menangis tetapi saya juga mempunyai satu sifat berlawanan iaitu KERAS HATI.
Selesailah juga 6 perkara pelik yang saya rasa tak berapa nak pelik sangat pun. Nak tag siapa ye….
No related posts.


wowowo..suka di usap..
hehehe
abgmat ha ha ha…tak lengoh ke ?
sayda sbb selalu time tgh hangit cintan cintu jarang concern ttg hal penting mcm tu…:p
red mummy elok la tu tu..ko ingat best nak kejutkan org tengah2 mlm suruh gosok belakang..isss…:p
hayat okies…kita tunggu!
merakmas a’aha…. best leh sembang2 dgn ikan …he he he..nk usap ape…kes2 ni bkn selalu..ada part2 time..masa2 tertentu je..sbb tu dia jadi pelik..he he he
Kak Jie,
hehehehe…Manyak nyer ikang kak Jie….tentu dah beranak pinak…part usap-usap tu yang best tu…..mesti senang nak pujuk Kak Jie nih……usap belakang jer….Merak tolong usap nih…..heheheheh cayang Kak Jie….
Jie…nt saya buat le yer…
kalo aku suh dia gosok bakang aku kak
bukan aku yg tido dulu
dia yang tido dulu kak oiiiiiiii
this comment is reffered to no 5 (green color only)
~sungguh menusuk kalbu peringatan itu.huhu~
sekali lagi penggaru alias penggosok belakang mengangkat keyboardnya kat sinih plak… hehehe…
one love salam..he he he…kakjie dah link. terimakasih ye….
entah la..agaknya time ngandung tu mmg susah nak tido lena…apa tak nya..ade org dok mengeletek lam perut…
kakjie, salam kenal jugak…
saya dengan selambanya menampal link blog kakjie dalam blog saya! har har haru biru dibuatnya! harap kak jie pun selamba gak… (sesuka hati aku je, kan?!)
tentang suka perati org tu, memang keje dari kecik dah tu… hehhe, memang ada yang akan perati balik punya.
tapi betullah kan, kenapa semua perempuan yang dah kawen dan mengandung, mesti suka kena usap kat belakang yer? hmmm