Kerana aku sayang kamu


<  Angah sewaktu berusia 10 bulan >

Sepanjang minggu ini, 2-3 kali dia memujuk . Besar-besaran katanya. Pagi tadi sekali lagi dia memujuk.

” berapa orang?”

” 8-10″

” huh…! tak de la besar sangat ..ok lah…ok lah…”

Muahhh…! diciumnya pipi saya.

Masa melambai-lambai dia ke sekolah sempat lagi menjerit

” mama…. satu kelas boleh jemput?”

” ye lah…ye lah……….”

Esok harijadi dia ke – 14 .  Dia nak jemput kawan-kawan.

Kami tak pernah buat parti/jamuan harijadi.  Secara tradisinya kami sekeluarga hanya sambut dengan kek 1/2 kilo, sebotol minuman berkarbonat 1.5 liter.

< Along – 4 tahun & Angah – 2 tahun >

Hari ini Along balik dari asrama untuk cuti hujung tahun….sekolah menengah teknik cuti awal seminggu.

Bercerita dan mengimbau hal anak² walaupun secebis seperti ini, saya sudah menangis.  Begitulah hati seorang ibu.

Hargailah ketika ada.

Baru telefon ayah… kat kebun tengah motong katanya.  Minggu lepas balik kampung mertua, harga kelapa sawit jatuh teruk beritanya.

Tetapi jangan silap, mereka lebih bersedia.  Makcik dan pakcik saya suami isteri ( 8 orang ) berangkat ke Tanah Suci tahun ini.

KITA?

Telefon kampung di Baling, harga getah pun menjunam tambah lagi hujan setiap hari.

Saya tak ingin gunakan perkataan ‘kasihan’ kerana jika dibandingkan dengan 30-40 tahun dulu, kehidupan mak ayah saya beratus kali ganda lebih baik.

Kesenangan bagi orang seusia ayah mak saya bukan lagi material, bukan lagi dinilai dengan kekayaan harta benda.  Kesenangan bagi mereka adalah kelapangan hati dan rasa bahagia melihat kehidupan anak menantu dan  cucu yang aman damai.

Daripada 8 anak – 7 daripadanya sudah berkeluarga dan alhamdulillah , walau tidak kaya tetapi tidak  juga miskin.  Cuma adik bongsu saya yang masih di Politeknik.

Di saat orang lain sibuk bercerita tentang Barack Hussein Obama, saya layan syahdu ….cerita anak-anak, cerita adik beradik dan cerita mak ayah.

Apa khabar mak ayah dan keluarga kalian semua?

Apa lagi…….cepatlah telefon mereka.

( ini bukan iklan syarikat telekomunikasi ) :mrgreen:

Published by

Kujie

Pemilik tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang kerosakkan atau kehilangan yang dialami disebabkan oleh penggunaan maklumat di dalam laman ini. Jika anda memerlukan perkhidmatan nasihat yang khusus, sila dapatkan pakar bertauliah dan berpengetahuan di dalam bidang berkenaan. Untuk biodata penuh boleh lihat di Biodata Kujie

80 thoughts on “Kerana aku sayang kamu”

  1. canggih tu kak jie, sambil motong boleh jawab phone, itulah dunia sekarangkan, bertuahkan ada hphone. Ingat dulu, kebun getah ni tempat persinggahan kami bila balik dari sekolah, sambil jalan kutip biji getah, eee banyaklah faedahnya, biji getah, kayu getah dan kulat kecik tu. Nyamannya berjalan balik sambil dengar bunyi daun getah bergesel. Takde pun orang jahat, bersyukur sangat.

    Anak saya pun dah remaja masih nak panggil kawan bila birthday, memang dunia kita dulu sangat bebeza dengan mereka. Saya berbesar hati kalau kawan anak nak datang jamuan sebab waktu hari biasa saya tak suka dia bawa kawan masuk rumah sejak playstationnya dicuri. Letih bila mengingatkan nak cari ballik barang hilang 😀

    zanys last blog post..Takut…

    1. @zany, nostalgia kebun getah….rumah kak jie pun lalu bawah pokok2 getah..
      masa musim daun luruh…terang benderang bila malam bulan penuh
      masa tgh hari blk sekolah, panas terik giler2….
      seronoknya…mcm terdengar bunyi dauh bergesel…buah getah yg meletup pecah berderai…kutip buat lawan laga…atau buah main congkak.

      itulah..mmg beringat2 juga….dlm ramai2 tu kita tak kenal
      yg dtg ikhlas atau yg dtg dgn niat tak baik
      kadang2 bkn kawan2 dia, kawan atas kawan

  2. … anak adalah harta yg tak ternilai, anugerah Allah, manfaatkalah…

    …ibu bapa – berbaktilah kepada mereka selagi masih berpeluang. Doaku supaya jadi anak yang soleh, amin.

  3. hahahhaah. ada tulis tapi saya tak nampak. hee..

    sorry, siang tadi kelam kabut nk kuar g uni*** sbb kwn dh sampai. tu yg baca sepintas lalu je tu entri ni 😆

    anyway, happy birthday to him~ 😀

    !x0r@s last blog post..Bodoh punya theme!

  4. mama!! comel gile angah! hahaha.
    tembam mcm bola.

    kiuttttttttt! :p

    bestnya nk buat party.tak pe lah ma,sekali sekala kan? ngeh3.
    nnt amek gambar2 byk2 tau..

    happy birthday,angah 😉

    yonnas last blog post..Ku Ingin Kamu~

  5. epi besday angah..

    weii nnt tolong promote parfum aku.. 😳

    aku tahu hg mmg promoter yg berkaliber ekeke :mrgreen:

    lepas ni sahih tak mkn ni sbb dia nak menten slim.. 😉

    sabo je aku .. 😎

    combis last blog post..pesta jagung ..

    1. @Neeza, Neeza..Kak Jie dah bawa dlm perut 9 bulan..bila lahir abah dia yg bawa pula..heheheh..adil mcm tu
      mmg pun…dia tembam sgt….dgn rambut lebat, mata bulat, lentik..hahaha..org asik cubit je :mrgreen:

  6. ayah sya dah arwah pun KakJie.. huhuhu… mak tgh ade nih… ade je di depan mata… tengah takda anak… adik2 la jadi penghibur hati… sya sayangkan mereka jugaaaaaa… semacam terasa tempiasnya KakJie… walau berbeza pada situasi…

    @LiYaNNuaRs last blog post..tag bergambar

  7. Puan….
    Puan patut bersyukur sgt2 sbb di usia anak puan begitu masih boleh jemput kkwn ke rumah …….Kkdg ade sstgh anak lelaki ni…… dorg segan nk wat party kat rumah……. So bg sy angah sgt baik…..

    1. @peminat setia (^_^), wahhh…….Angah pun ade peminat setia ke?
      hehehehe… :mrgreen:
      zaman skrg ni, kita kena rapat dgn anak
      kalau dia dah ikut kawan..sudah

  8. best la idop zaman kanak2. hidup zaman tua pun best. leh kawen. heheh!

    Sweet Thinkers last blog post..Ku Rasa Dunia Berlaku Adil

  9. huhu..betul la..
    mak sy pernah ckp, buruk baik mcm mana ank2 dia, dia tetap syg..

    sy adalah salah satu contoh ank yang xdi sayangi oleh abahnya..
    sedih2..
    mcm kambing hitam sy ni di layannya.. 😥

    callisters last blog post..Skeleton in my closet

    1. @callister, erk…. kak jie tatau kisah sebenarnya
      tp bersabar sajalah
      kita boleh pilih kawan2..sahabat
      tapi kita tak boleh memilih adik beradik saudara mara

  10. kak jie tahu tak ada lagu tajuk kerna ku sayang kamu? jiwang giler kak jie..tangkap leleh woooo kalau dengar…kalau nak..cakap kat saya…nama band dia..dygta

    |1f34|-|1r3s last blog post..Do you think my workplace is cool?

    1. @|1f34|-|1r3, Kak Jie tau lagu..

      thn 2005, pernah hntr msg kt seseorang ( lelaki ) suruh bagi lagu ni kat awek dia yg tengah merajuk
      skrg ni awek dia dah meninggal – al fatihah
      dan dia khabarnya di France

  11. owh… sehari sebelum aris ek??? hehehe.. selamat hari lahir utk angah. kalau ada mknn lelebih tu sila la htr ke alamat…… ekekeke
    aris sgt berbesar hati nak kongsi kek angah tuh. : 😆 😆

    (tak sabar nak tgk kek aris setahun ahad nie 😀 😀 )

    Zanas last blog post..Maaf

    1. @Zana, 1st birthday lagi teruja je
      rasa mcm taak sedar pun..udah setahun rupanya

      hehehe..jemputan dia ramai, kek seciput je 😆

    1. @callister, tiap mak syg anak dia tak kira baik ke tak baik
      semua tu dtg dari rahim yg sama….cuma….byk faktor yg menyebabkan
      seorang anak dgn seorang anak yg lain berbeza

      ayah tak sayang anak…ramai

      tak perlu hipokrik
      kita rujuk saja kes tuntutan nafkah anak2 di mahkamah syariah
      bertimbun fail tu….

  12. saya tetiap ari kol mak saya (sbb saya nak membodek beliau).maklomla,saya ‘terpaksa’ beli keta utk bergerak. wpon saya dh bekerja, saya suke nyusah mak bapak saya.herherher

    kompom balik raya aji ni saya kena penampaq ngan mak saya kerana saya kerap ‘membodek’ beliau.
    adehhhh… 😛

    equils last blog post..EQUIL IS BACK!!! – Part 205

    1. @Mak Su, itulah maksu…mengenangkan dah akhir tahun
      buku semua dah selamat hantar
      tak pe la….biar dia n’joy dgn kawan2
      thn depan nk PMR tu :mrgreen:

  13. Macam Tie je…nak besarkan anak sampai bengkak2 mata nih…Sabor aje laa..

    Oh ya…nanti tolong ucapkan happy birthdah pada angah , ekk!

    Ties last blog post..Pindah

  14. epi bezday to angah. moga shat walafiat, panjang umur dan gumbira selalu. dah ada culan2 menantu blom? :)) miahahaha

    1. @anasfadilah, tak guna sms
      ayah tak nampak key mana nk tekan..hehehehe
      sbb tu dia selalu salah org je

      itulah………..syg anak lain, syg cucu lain :mrgreen:

  15. oh dah besar ye anak kak jie dah tingkatan 2 tu..
    seronok kan melihat anak-anak yang kian membesar..
    semoga kak jie sihat-sihat dan ceria selalu bersama keluarga tercinta..

  16. 😛 kejap je dah besar kan (ayat skima sumer mak2)…tapi itulah hakikat kebahgiaan melihat anak membesar dan bahagia di depan mata…

    wah2..angah dah pandai nak berparti tu kakjie…cepat le kakjie kenduri lepas dia abih belajar nanti gamaknya..hehehee (kebahgiaan jugak tuh!) 😛

    1. @muadzlife, iyelah..skrg ni bila jumpa sedara mara masing2 dah bercakap
      dah besar anak2 tu..dah tinggi dari mak bapa 😆
      seronok dia dia org..rasa mcm dah dewasa…

      abah dia tanya, awek angah ade ke nk jemput..hahahaha

  17. Pingback: negaraku.net

Comments are closed.