Majlis Hi-tea Maahad Tahfiz Sulaimaniyyah

Alhamdulillah. .. selepas selamat mendarat pulang daripada kembara Kemboja – Vietnam saya kembali aktif sebagai rutin seorang blogger.

Hari ini saya hadirkan diri ke majlis hi-tea Maahad Tahfiz Sulaimaniyyah Malaysia di Intekma Resort, Shah Alam atas jemputan e-Qurban.

MTS ( Maahad Tahfiz Sulaimaniyyah )telah beroperasi di Malaysia sejak tahun 2008 dan telah mempunyai 5 cawangan – tiga di Selangor Darul Ehsan dan dua di Kedah Darul Aman. Pada mulanya MTS mempunyai 16 orang pelajar dan sekarang mencecah 200 pelajar.

Tujuan penubuhan MTS adalah mendidik anak-anak mengikut gaya hidup Islam dan disiplin Islam dan menyediakan masa depan yang sejahtera untuk mereka dunia dan akhirat.

image

MTS mempunyai asrama pengajian Al-Quran di lebih 6,000 cawangan di seluruh dunia.

Majlis petang ini dimulai dengan bacaan Al-Quran oleh Qari daripada MTS Indonesia, diikuti ucapan aluan daripada Ketua MTS Malaysia, Abi Mustafa Calis, Ketua MTS Asia Pasifik, Abi Hakan dan ceramah ringkas disampaikan oleh Ustaz Alihan dari MTS Australia.

Antara jemputan yang memeriahkan majlis dengan berkongsi bicara dengan fokus “Indahnya Memberi” oleh Ust Hasrizal Jamil.

image

Walaupun saya telah membaca dan mengikuti blog Ustaz Hasrizal sejak sekian lama tetapi dapat mendengar sendiri bicara beliau di depan mata sangat menarik.

Antara isi bicara adalah pengalaman beliau mengenai budaya masyarakat Islam Turki yang sering memberi atau wakaf.  Budaya keindahan wakaf masyarakat Turki yang memberi sesuatu yang sangat berharga. Budaya yang sangat menghargai keperluan orang lain.

Lihat video dibawah

“Sebaik- baik manusia ialah orang yang memberi manfaat pada manusia”

image

Majlis hi-tea dihiburkan oleh pelajar-pelajar tahfiz sendiri dan dijamukan menu istimewa Turki, Pirinç pilavı.

Sedikit maklumat mengenai Maahad Tahfiz Sulaimaniyyah di Malaysia

MTS mempunyai tiga program di Malaysia sekarang.

  • 1. Separuh masa Tahfiz dan setengah masa program akademik.

Program ini ditawarkan untuk pelajar tingkatan satu kerana sasarannya adalah dari tingkatan satu hingga tingkatan lima (SPM) dan melengkapkan menghafal 30 juz dan kelas Saraf & Nahwu.

  • 2. Program Tahfiz.

Program ini mengambil masa dua tahun melengkapkan menghafal 30 juz.

  • 3. Program Agama (Alim)

Program ini akan menghafal Surah Yasin, Mulk dan juz 30 Tajwed, kelas Fiqah dan kelas Saraf & Nahwu. Selepas tamat kelas ini, MTS menawarkan untuk pergi ke Turki untuk meneruskan pembelajaran pendidikan Islam di negara Islam yang lain.

Ibu pejabat Maahad Tahfiz Sulaimaniyyah terletak di Lot 4273 Jalan Sungai Merab, Kampung Teras Jernang, Bandar Baru Bangi, Selangor
GPS Coordinate : 2.918363,101.755761

sent from my GT-i9300 @Intekma Resort

About Kujie

Pemilik tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang kerosakkan atau kehilangan yang dialami disebabkan oleh penggunaan maklumat di dalam laman ini. Jika anda memerlukan perkhidmatan nasihat yang khusus, sila dapatkan pakar bertauliah dan berpengetahuan di dalam bidang berkenaan.

Untuk biodata penuh boleh lihat di Biodata Kujie

Mereka Yang Berkongsi Rasa

  1. tak ajak punnn…
    Jom terjah post menarik dari titan ..SEDA Malaysia Visit Site – Solar Farm Fortune 11 and Labu Palm Oil Mill.My Profile

  2. Minum tea sambil menderma utk org2 yg memerlukan spt Maahad Tahfiz.
    Jom terjah post menarik dari Kamil Salleh ..Contest Seo EridyMy Profile

  3. Sejuk hati dan mata yang memandang..
    Jom terjah post menarik dari Akmal Aizat ..Mengapa Perlu Makan Biji Aprikot?My Profile

  4. Maahad Tahfiz makin diiktiraf..insyaallah…
    Jom terjah post menarik dari suriaamanda ..Kejap Ada…Kejap Dah TakdeMy Profile

  5. semoga semakin banyak sekolah begini untuk anak anak kita nanti..
    Jom terjah post menarik dari kesoma.rai ..Petua anak demamMy Profile

  6. Kira Maahad Tahfiz ni satu organisasi yg besar juga, sebab seluruh dunia ada 🙂
    Jom terjah post menarik dari Azman Ismail ..Muat Turun Waktu Solat Kuala Lumpur PutrajayaMy Profile

  7. Semoga program ini berterus yang mampu melahirkan generasi hebat dalam Islam
    Jom terjah post menarik dari Bahrain ..Giveaway Faizalpj.com Sempena Ulangtahun PerkahwinanMy Profile

  8. ohh..ini sangat bagus. teringin nak pergi melawat.
    Jom terjah post menarik dari encik bakul ..Bagaimana cara nak buat duit dengan Jobdirumah?My Profile

  9. Tahfiz sekarang pun bukan calang-calang dah. Hebat. Alhamdulillah.
    Jom terjah post menarik dari Naimah Wahab ..Join Shaklee Dengan FREEMy Profile

  10. Banyak sebenarnya kita boleh belajar dari Turki.
    Jom terjah post menarik dari Malaysia Tercinta ..Tarikh Peperiksaan SPM, UPSR dan STAM 2014My Profile

  11. Sudah banyak penubuhan tahfiz persendirian. Ia adalah sesuatu yang dilihat pada sudut positif melahirkan lebih ramai mereka yang hafiz Al Quran.
    Jom terjah post menarik dari akubiomed ..Petik buah Strawberry di Genting Strawberry Leisure FarmsMy Profile

  12. Banyak sekarang jenis wakaf dilaksanakan
    Quran pun wakaf.. tanah pun wakaf.. mcm2 ada
    Jom terjah post menarik dari nurmisnan ..Blogger DiPenjara Bersama Konsep Penjara SejahteraMy Profile

  13. banyak juga cawangan seluruh dunia sehingga mencecah 6000…
    Jom terjah post menarik dari papa mifz ..Wordless Wednesday – Telur Sotong Goreng TepungMy Profile

  14. semoga budaya wakaf ni akan subur di Malaysia juga..
    Jom terjah post menarik dari blogger lelaki ..Akibat Lama Tak Update BlogMy Profile

  15. budaya wakaf dan memberi ni kena lebih ketengahkan di kalangan rakyat malaysia…
    Jom terjah post menarik dari Zufar ..Warung PowerMy Profile