PadaMu Ku Bersujud

Ku menatap dalam kelam
Tiada yang bisa kulihat
Selain hanya namaMu, Ya Allah

Esok ataukah nanti
Ampuni semua salahku
Lindungi aku dari segala fitnah

Kau tempatku meminta
Kau beriku bahagia
Jadikan aku selamanya
HambaMu yang selalu bertaubat

Ampuniku Ya Allah
Yang sering melupakanMu
Saat Kau limpahkan kurniaMu
Dalam sunyi aku bersujud

© Kujie – Tadi saya tergerak hati untuk klik blog seseorang yang tersenarai dalam Teman Tapi Mesra. Lama sungguh tidak menziarah. Terkedu – rupanya sudah hampir 3 bulan beliau kembali kepada penciptaNya.

Al-fatihah , janji Allah adalah pasti tidak terlewat atau tercepat walaupun sedetik.

Ya Allah, Letakkan aku ini sentiasa dalam PimpinanMu. Keinsafan itu…kekadang ia hadir dan kekadang ia hilang…Tak tahu ke mana perginya keinsafan itu… fikir2 itu kekadang ia baik kekadang ia buruk.  Buruk apabila syaitan datang menghasut.. baik apabila ia mengingatkan diri..

Published by

Kujie

Pemilik tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang kerosakkan atau kehilangan yang dialami disebabkan oleh penggunaan maklumat di dalam laman ini. Jika anda memerlukan perkhidmatan nasihat yang khusus, sila dapatkan pakar bertauliah dan berpengetahuan di dalam bidang berkenaan. Untuk biodata penuh boleh lihat di Biodata Kujie

22 thoughts on “PadaMu Ku Bersujud”

  1. al-fatihah untuk semua arwah-arwah yang telah kembali ke rahmatullah…”ya allah ya tuhanku, kau lindungilah keluarga kak jie dan kau jauhilah segala musibah yang melanda…amin.”

    1. @cheryna, blog kak jie bolah di akses oleh beberapa org kawan… mereka diberi amanah utk meneruskan atau memdelete blog ini sekiranya Kak Jie telah tiada

  2. andai maza pergi! Mahukah kujie menyedekahkah fatihah? Mendoakan keselamatan di atas titian sirat dan alam barzakh ke atas maza?

    huhuhu

    ampunkanlah dosa2 maza, halalkanlah makan minumnya!
    😥 😥

    1. @maza, maza ni…sedih tau ckp mcm tu 😐

      Orang yang hidup diberi peluang untuk memohon keampunan, keredaan serta rahmat Allah swt untuk si mati. Ia juga merupakan penghormatan seorang muslim terhadap saudara seagamanya…..jangan risau

  3. Kubur Setiap Hari Menyeru Manusia Sebanyak Lima (5) Kali ….

    1. Aku rumah yang terpencil,maka kamu akan senang dengan selalu membaca Al-Quran.

    2. Aku rumah yang gelap,maka terangilah aku dengan selalu solat malam.

    3. Aku rumah penuh dengan tanah dan debu,bawalah amal soleh yang menjadi hamparan.

    4. Aku rumah ular berbisa,maka bawalah amalan Bismillah sebagai penawar

    5. Aku rumah pertanyaan Munkar dan Nakir,maka banyaklah bacaan
    “Laa ilahaillallah, Muhammadar Rasulullah”, supaya kamu dapat jawapan kepadanya.

  4. bagus entri ney..
    buat renungan untuk aku yg muda ney..
    Allah boleh mencabut nyawa kita bila2 masa jew..

Comments are closed.