Panjangkan umurnya dalam keimanan

Selamat ulangtahun kelahiran EM – Silent Reader saya yang akan menghantar komen melalui sms.Β  ( lepas ni mesti dapat sms kena marah..hahahaha..sapa suruh dok menyorok je ..sesekali kena usik yang selalu sengap)

Ya Allah, Jadikanlah lipatan hari ini pembuka dengan catatan kegembiraan, kebahagian dan kelapangan supaya temanku ini dapat rasakan dalam detik hidupnya kenikmatan yang ada.

Hindarkan dia daripada segala kepayahan yang merungsingkan, pemikiran yang membingungkan dan pengalaman yang menyedihkan di sepanjang tahunΒ² yang akan datang ini. Kurniakan kepadanya keselamatan dalam pemeliharaan-Mu yang dapat melindungnya dari sebarang kejahatan, keburukan dan kerunsingan.

Ya Allah, rahmatilah permintaanku ini, terimalah kepasrahan diriku kepada-Mu, panjangkan umurnya dalam keimanan, sihatkan tubuh badannya dengan kecemerlangan akal juga berikan dia kesenangan harta benda yang penuh keberkatan.

Ya Allah, ampunkanlah segala kesalahannya, dan terimalah segala kebaikannya, berkatilah masa, waktu dan segala gerak-gerinya Ya Allah.

Ya Allah, Kau peliharalah persahabatan kami ini, jauhi kami dari segala prasangka buruk juga semoga persahabatan yang terjalin ini mendapat rahmat-Mu…

Selamat tambah usia bersama kasih sayang Allah yang tak ada habisnya untukmu. Moga kita diberikan ruang dan waktu untuk bertemu lagi.

p/s…masih single dan available.

36 Replies to “Panjangkan umurnya dalam keimanan”

  1. temakasih atas doa kalian…walaupun lmbat tpi hati ni gembira dpt keliling ngn kwn2 at least ilang rasa sunyi dan kosong di hati cewah…(mama..jgn mulakan ek) ehem..ehem..pd yg kemsalam tu mohler bersalam2 kirim2 xbest lah hehehehe…muka dh nmpk lum jmpa orgnya lagi tkut nnti salam xnk lpas ssh plk (ahahahahahahah gasak ler ayat ade kena pelangkong ngan mama matikler blog ni jdi tpt cari jodoh!:-P

  2. Hantar Pakai SMS Je.. Ini Dah Sampai Ke Tahap “Sempoi” Cam Ni.. Tidak Kesampaian Saya Wat Gitu..

    *Kirim Salam Kat Dia Ye Kak Jie.. πŸ˜€

    mrozaidis last blog post..Sentiasa Senyap @ Sentiasa Bercakap

  3. hepi birthday EM. hehe.

    p/s – tq kak jie

    ubeys last blog post..xkan gambar aku separuh bogel lagi beb… cukup2!

  4. πŸ˜† ya ampun…btul2 terkejut bila bkak blog ni…gasak ler mama asalkan mama bahagia ank mama pun tumpang bahgia.truly said this year was a really2 suprised for my birthday which i cannot get everywhere..nk ucap beribu kali syg kat mama pun rasanya xterucap ngan kata2 moga segala doa dan harapan mama akan menjadi kenyataan πŸ˜‰

    p/s : dh pesan kat mak xbest sorang2 ni tpi jawapannya dilinangi dgn airmata penuh maksud tersurat dan tersirat πŸ˜₯ Oh tuhan ku mohon….

    1. @EM, hehehehe…dah agak dah…lepas 10minit publish terus dpt panggilan..bkn sms mcm selalu
      itulah….kena usik baru nk muncul :mrgreen:

      kak jie tolong doakan gak yg sms last tu dgn cara tersendiri..hahaha

      jaga diri tau…

  5. hoho…aku paling tidak pun dapat komen melalui YM jerk..tak pernah dapat kat sms..hehe

    amans last blog post..CastClick – Syarikat Pengiklanan Ke-10 di Malaysia

  6. wah glamer betullah kak jie. sampaikan reply melalui SMS pun ada hoho.

    tp klu reply kat SMS x dpt trafik eheh.

    kpd pembaca diam kak jie, semoga dipanjangkan umur dan dikurniakan rezeki yang melimpah-limpah.

    megats last blog post..Semakin Tenang, Keluar Dari Rumah Dan Berpindah

Comments are closed.