Pontianak Sengal….

Maka tersebutlah kisah perihal 3 ekor pontianak. Memasing nak nunjuk siapa yang paling terer. Mereka pun mengadakan sebuah pertandingan tunjuk sapa paling power. Pontianak yang paling muda diberi kesempatan untuk memulakan pertandingan.

Lalu dia pun terbang secepat kilat, tak sampai 2 minit dah balik. Mukanya penuh dengan lumuran darah dan menyeramkan.

Terus dia berkata “korang nampak kampung kat seberang bukit itu ?”

Yang dua ekor pontianak tu ngangguk, “Iya, nampak.”

” Satu kampung tu …habiissss aku kerjakan!!!!”

Angin jugak dua ekor pontianak tu dengar keangkuhan pontianak muda. Kini giliran pontianak yang setengah abad pula. Dia pun pergi berdessuuuppp…..pantas juga, tak sampai 1 minit dah balik, mukanya juga penuh dengan cucuran darah.

Korang nampak bandar tu ?”, katanya dengan muka yang kerek.

“Iya, nampak”, yang dua angguk juga.

“Satu bandar itu juga habiiissssss!!!”, kata pontianak yang setengah abad sambil ketawa seram

” muahahaha …..”.

Pontianak yang satunya lagi tambah panas, dia pun nak show off jugak. Dia pun tunjuk skill terbang macam kilat. Amatlah terperanjatnya dua sahabatnya itu, sebab tak sampai setengah minit dia dah balik, dengan penuh cucuran darah di mukanya.

Lalu pontianak yang 2 ekor tu berkata, “gilaa ahh dia ni tak sempat aku nak duduk dia dah balik, memang dia paling power”.

Sambil mengosok² hidungnya pontianak tu pun berkata ,“Korang nampak tembok batu tu ?”

“Nampak !” kata kawan dia yang 2 ekor tu.

“Err aku tadi tak nampak”

Aduuss……….!!!!

* Koleksi Santai Lawak Jenaka

About Kujie

Pemilik tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang kerosakkan atau kehilangan yang dialami disebabkan oleh penggunaan maklumat di dalam laman ini. Jika anda memerlukan perkhidmatan nasihat yang khusus, sila dapatkan pakar bertauliah dan berpengetahuan di dalam bidang berkenaan.

Untuk biodata penuh boleh lihat di Biodata Kujie

Mereka Yang Berkongsi Rasa

  1. lily gelak..gelak..mmg nk bagi korang gelak pagi² Senin yg blues tu… ye arr..tak de icon.

    pakteh tu contoh pakteh taim muda² dulu ka..time pop yeh yeh ..:p

    mat gebuamboi…. advance tul mat gebu ni..dia pula yg dok imagine²..kan abg budin dah kata kalo pontianak 2 jantina tu bertemu tak de depa isap² darah..kahkahkah….

  2. Tgh imagine…abg budin jadi pontianak jantan….jie jadi pontianak perawan bertudunng (ahakss…perawannnn?)…hehehhe..waaa manyakkkk selammmm maaa!!!!

  3. Mmg kelakar cerita tu. Ada satu lagi versi cerita pontianak 3 stooges yg PakTeh dengar, macam ni. Yg langgar tembok batu tu sbb hobi dia pakai rayban masa melepak malam2.

  4. Lily.Lulu. says:

    hehehehe … gelak gelak
    😀

    takde icon nak gelak laa pulak kak jie …

  5. OD pontianak ni kena wat appointment baru keluar dari sarang OD…kena belanja nasi lemak dgn teh tarik kedai mamak…:p

    Nak INterview kena masuk tv…live tau!…ha ha ha..

    cik jura eee…jgn gelak mcm pontianak mlm² camgini..nnt lari semua org

    cikgu panji abis tu cikgu dok fikir ending mcm mana…:p

  6. cikgu panji says:

    Tak sangka ending macam tu…

  7. zura lias says:

    hahhaha…entry nie berjaya buat sy gelak..hahhaa..

  8. Salam Jie…
    Ngeh… tersengih OD baca… ngeh. Katner nak jumpa pontianak tu, Jie? OD nak interbiu nak buat citer sikit… ngeh ngeh ngeh.

  9. syu berdarah jugak..ha ha ha..:p

    kasawari hantu pun ade time sengal gak…:p

    budin masih ingat..kenangan tu…nasib baik lepas kenal tu jadi sabahat tak jadi pontianak..:p

    yang pasti hanya pontianak perempuan tu saja yg berdarah..ha ha ha…dia org share jarum suntikan tu..jgn risau

  10. DUNIABUDIN says:

    Kisah pontianak sengal ni satu nostalgia manis aku. Melalui cerita inilah aku mengenali seorang blogger hebat yang akhirnya menjadi sahabat baikku sampai hari ini, esok, lusa dan selama-lamanya.

    Bagaimanapun terfikir jugak olehku; apakah yang akan terjadi apabila pontianak jantan bertemu pontianak betina. Apakah mereka akan saling menghisap darah, atau berpakat untuk peergi ke tabung darah hospital.

  11. Nasib ada sengal tu.. kalau tak ingat cerita hantu la.. he he

  12. hahahaha..this one made my morning bright.sengeh2 dlm bilik.ekekek

Trackbacks

  1. […] Gila meroyan ke apa, pagi² Jumaat buat lawak 18sx.  Patut bagi tazkirah… Nenek sudah tua gigi tinggal dua 3B Pontianak sengal […]