Puasa dan anak-anak

Lumrah bagi ibubapa yang mempunyai anak² mesti berdepan dengan berbagai soal jawap batal tak batal, sah tak sahnya puasa. Macam² soalan yang akan terkeluar dari mereka.Ikut cara saya, saya tidak akan terus menjawap memberi keputusan sah atau tidak puasa itu tetapi saya akan bertanya balik  ‘Perkara-perkara yang membatalkan puasa’. Dari situ saya mengajar dia berfikir untuk mencari jawapannya.Angah deman hari ini, dari semalam lagi. Bersahur tadi masih lembik di meja makan. Dia jarang sakit dan kali ini agak teruk. Saya bagitahu kalau Angah tak sihat, tak perlulah puasa. Dia tak mahu.   Dia mula berpuasa waktu berumur 5 tahun dan terus genap sebulan.

Saya cadangkan dia untuk puasa setakat yang dia mampu. Kalau Angah tak tahan , tengahari nanti berbukalah.

” mama, kalau kita buka puasa tengahari, kena baca doa berbuka tak?”

Oh…saya sendiri terkial² mencari jawapan yang tepat. Saya beritahu itu bukan berbuka puasa tetapi membatalkan puasa. Ada ke ‘niat membatalkan puasa’?

Berbuka puasa dan membatalkan puasa, 2 perkara yang berbezakan?

Itu kisah Angah. Intan pula semalam balik dari sekolah bagitahu kawan dia tanya Intan puasa berapa lama. Dia jawap sebulan.

” Intan..awak puasa sebulan tak mati ke…tak makan sebulan?”

* Intan bersekolah di Sek.Jenis Kebangsaan Cina.  Kawan² dia 95% berbangsa cina.

” Apa Intan jawap?” duga saya.

“Puasa siang saja, malam boleh makan…. ”

Itu jawapan Intan, kira bolehlah bagi seorang anak berumur 9 tahun menerangkan tentang puasa kepada seorang kawan bukan Muslim berbangsa Cina berumur 9 tahun.  Sekurang² dia telah memberi satu info permulaan kepada seorang non-muslim.

Bukan seorang sebenarnya.  Satu kelas.  Tiap kali bulan Ramadan, cikgu kelas akan memberi peringatan kepada murid² sekelasnya supaya jangan makan atau minum di depan murid² Melayu ( Islam ).  Wong Laoshe  ( Cikgu Wong ) mengajar murid² non muslim untuk menghormati kawan² muslim mereka berpuasa.

Bagi orang lain mungkin melihat  hal ini kecil atau sebesar sawi tetapi saya memandangnya sebagai satu permulaan yang baik untuk non muslim mengenali Islam dari peringkat anak².

Di sekolah ini, meja di kantin diasingkan untuk pelajar Muslin dan Non Muslim, jadi mereka telah didedahkan hal² asas tentang kawan² yang beragama Islam.

Perkara-perkara yang membatalkan puasa

1. Memasukkan sesuatu benda ke dalam rongga yang terbuka dengan sengaja.( makan atau minum )
2. Muntah dengan sengaja
3. Bersetubuh dengan sengaja, sekalipun tidak mengeluarkan mani.
4. Mengeluarkan mani dengan sengaja atau dengan jalan bersuka-suka seperti berpeluk cium dan sebagainya.
5. Kedatangan haid , nifas atau wiladah (melahirkan anak
6. Gila sekalipun hanya sekejap.
7. Mabuk atau pengsan sepanjang hari, dari terbit fajar hingga terbenam matahari.
8. Murtad-iaitu orang yang keluar daripada agama Islam, sama ada dengan hati, perkataan atau perbuatan.

Walau bagaimana pun, kita seboleh² perlu berusaha untuk mejaga puasa kita bukan hanya sekadar menahan diri daripada makan, minum dan keinginan syahwatnya. Ini adalah puasa umum bagi kebanyakkan orang.

Sebagai seorang muslim yang baik, kita mesti menjadikan puasa kita sempurna, gemuk pahalanya sekurangnya mencapai taraf puasa ‘Al-Khusus iaitu dengan cara menahan diri dari makan, minum, memelihara syahwat keinginannya, serta mengawal anggota-anggota yang zahir seperti mata, telinga, lidah, tangan, kaki dan bahagian sulit daripada melakukan maksiat.

About Kujie

Pemilik tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang kerosakkan atau kehilangan yang dialami disebabkan oleh penggunaan maklumat di dalam laman ini. Jika anda memerlukan perkhidmatan nasihat yang khusus, sila dapatkan pakar bertauliah dan berpengetahuan di dalam bidang berkenaan.

Untuk biodata penuh boleh lihat di Biodata Kujie

Mereka Yang Berkongsi Rasa

  1. 😀 BIASALAH PUASA KENA SABAR AKAK DULU PUN SAMPAI SAKIT PERUT TAPI DAPAT TAHAN SAMPAI BERBUKA BARU DARJAH DUA MASA TU.YANG PENTING SEMANGAT DAN INGATAN PADA ALLAH.NANTI DAPT BANYAK PAHALA ………..

  2. ‘kerjaya’ sebagai ibu mmg mencabar. macam saya memberi pemahaman kenapa,mengapa dan akibatnya bagi mereka ..

    >>>kadang2 ada soalan yg langsung tak terfikir..
    kena bersedia je la 😆

  3. saya setuju tu kak Jie.. skrg orang cina pun dah faham tentang Amalan dari org Muslim..
    bahkan boss sya orang Jepun pun tahhu pasal ramadhan.. dan mereka amat hormat tentang bulan ramadhan ni..

    dan bukan hanya tentang puasa.. malah.. bila ada Annual Dinner.. pastinya dahulu kala..
    mereka ni semua akan minum beer di meja vvip mereka.. namun setelah kami semua ajk memberitahu secara baik.. mereka menghormati kami semua.. dan Alhamdulillah dah 5 kali jamuan tahunan.. mereka tidak mabuk lagi..

    itu lah.. kadang2.. saya pun terasa.. kaum lain lebih hormati ajaran agama Islam.. dari kaum kita sendiri..

    >>>sebelum kita nak org menghormati kita, kita kena dulu mengamalkan apa sepatutnya..
    tak boleh salahkan org kalau kita sendiri gagal mempamerkan akhlak yg sebaiknya
    kena jadi contoh yg baik.

  4. aeropama dot com says:

    wow! sekali lagi saya amat kagum dgn cara kak jie mendidik anak kakjie…

    lagi kagum kak jie hantar anak kak jie sekolah cina. itu antara perancangan saya untuk bakal anak saya. hantar dia masuk sekolah cina

    >>> truskan kalau rasa itu yg baik…
    masing² sekolah ada kebaikan dan kekurangan masing²
    yg penting, jangan memperkecilkan pihak lain
    dulu..masa mula2 hantar anak ke sekolah cina, mcm2 tanggapan negatif yg diterima…
    dah biasanya tanpa pengetahuan..hanya cakap dengar, bukan dari pengalaman sendiri
    kata org…” utk mengalahkan musuh, kita kena mengetahui kelebihan dan kekurangan musuh “

  5. lumrah la.. nama pun anak2… yg baru mengenal aper tumpose… banyak persoklan yg kadang kita sendiri pun tak terfikir…. walau pun nur tak der anak.. tp kat rumah nie ader anak buah yg baru belajar berpuasa… 😉

    >>> sbb itu ibubapa skrg kena lebih bijak dr anak2..kena ambil tahu banyak hal…kena berilmu

  6. how sweet la intan tu ma 🙂
    nasib dia pandai nk menjawab kan hehe..

    at least..bak kata mama.
    non muslim boleh tahu istilah puasa dalam islam..
    bukannya berpuasa 30 hari sampai x makan.
    tu kompem masuk batu dua la 😆

    >>> itulah..nasib baik dia boleh gak jawap
    kita selalu berprasangka buruk dgn org yg kita tak kenal
    sedangkan utk membuatkan org memahami kita
    kita kena memahami tahap ketidak fahaman org tu
    baru kita tahu cara utk mencapai kesefahaman

  7. moga anak kak jie cepat sembuh

    eee…..saya lagi juniorlah kot ye, smkj, sp.

    >>> Insya allah..hehehe…smkj juga ye?

  8. sekolah aan & sekolah anak tumpang aku 95% org bkn islam.cabaran mmg hebat.alhamdulilah dorang tetap posa penuh 🙂

    >>> itulah…anak2 tu dari tadika lagi dah puasa penuh..tadika cina tu…

  9. ehmm..budak2 sekrang ni soalan pelik2. mungkin dah terlebih makan ubat cerdik kot, hehe

    >>> perubahan zaman..kita ibubapa pun kena lebih cerdik utk menjawap berbagai2 pertanyaan

  10. pening juga yer nak menjawab soklan2 mencabar dari anak2 nih…

    tahniah K. Jie, sebab selalu bagi semangat kat anak2 tuk terus berpuasa..

    >>> tugas ibubapa zaman sekarang ni kena lagi maju dr dia org… kena bersedia dgn mcm2 soalan

  11. murid-murid sekolah china tempat intan belajar tu beruntung sebab ada intan. sekurang-kurangnya mereka tahu erti puasa dan menghurmati orang islam yang berpuasa.

    >>> Maaf, komen ini terpaksa saya edit kerana berbentuk perkauman yang melampau…saya tak bersetuju dengan pendapat ini 100%… penyamun, perompak, pengganas bukan hanya dari satu² bangsa saja… masalah ini bukan kerana dia berasal dari satu² bangsa atau satu² agama…semua orang yang beragama..taat kepada agama mesti berpegang teguh kepada amalan baik dalam hidup . Semua agama mengajar umat/penganutnya untuk berbuat baik sesama manusia.

  12. anak2 neeza selalu tanya soalan2 yang mencabar.. kadang2 rasa malas nak jawab. Tapi bila fikir balik, tak boleh cam tu sebab dia akan ingat apa yang kita buat.. jadi, neeza kena fikir lama sikit dan explain supaya dia faham.. fikir secara kanak2 berfikir 🙂

    >>> betul tu neeza..kita nak menjawap tu kena tengok tahap mana pemikiran dia…

  13. akak…
    sebesar sawi ke sekecik bijik sawi??
    hehehe…

    wong laoshe tu baik hati laa…sib baik dier terapkan nilai2 murni pade org2 cine nih…
    anak akak chong-cheng2 ke kalau kt umah??hehehe…

    err…teknik akak tanye blik utk dptkan jwpan tu bagus,tu namenye probing question…tujuan utk create constructivism mind…bagus2… 🙂

    >>> eh..ye ke..nnt nk kena baca sekali lagi..kehkeh…
    kita sudah hidup bertahun2..celik mata mmg inilah bumi yang kita kongsi bersama…jadi kenapa tidak kita sama² belajar menghormati sesama sendiri
    ehh..ye ke cikgu..kak jie tatau pula itu apa namanya..
    tak de belajar secara formal…

  14. :mrgreen: :mrgreen: :mrgreen: baca je la doa buka puasa… tak salah kan w/pun puasa skrt ari… ekkkk… ada ke puasa sekerat ari 😆

    >>> utk anak²..boleh kita cakap puasa sekerat hari..mcm kita dulu…. utk latihan dia berpuasa… 😆 😆 Kalau dah tua bangka ni pun nak bersekerat²…eemmm… hujung bulan dalam akaun Ramadhan dapat ‘zero’ atau entah² defisit 😆

  15. Kesian Angah… harap cepat sembuh…

    Saya faham sangat keadaan Intan bab saya juga dulu bersekolah SRJK (C) dulu… semua cikgu slalu beritahu semua murid cina yang lain untuk hormat kami yang beragama Islam…

    Banyak perkara yang boleh membatalkan puasa… kalau akak tonton al Kuliyah TV3 Jumaat lepas, banyak penerangan dari Ustaz Wan Sohor Bani Leman… harap ada lagi sambungannya, bab banyak soalan yang tak pernah kita terfikir akan hukumnya bila ianya terjadi… 🙂

    >>> Adry..memang akan ada banyak soalan tetapi bagi kanak² kita kena jawap sekadar pemahaman dia… biar berperingkat².
    Kena bagi dia faham asas perkara² yang membatalkan puasa. Bila masuk peringkat lebih umurnya , kita kena terangkan macam lain pula…tetapi dari asas yang sama.

  16. ya. pendekatan secara psikologi, psikologi kanak-kanak.

    setuju walaupun ianya hanya kisah terpencil dan perkara kecil tetapi ianya suatu permulaan yang amat baik untuk pembesaran kanak-kanak secara normal.

    dapat juga mengajar mereka berfikir dan berusaha untuk mendapatkan jawapan pada perkara yang tak pasti dan ianya manjadi tugas ibu bapa untuk menjawab dengan bijak dalam lingkungan usia mereka.

    >>> kita kena jawap pun ikut tahap umur dia..tak boleh kita jawap …kita bagi dia kenal dan faham asas² dulu..bagi kukuh. Nanti kalau ada kemusykilan yang timbu..dia boleh rujuk kepada asas yang dia faham..mmg akan ada masalah baru di zaman sekarang dan akan datang…
    kita kena sesuaikan jawapan mengikut pemahaman dia

  17. Soalan yang kreatif. Kat sekolah pun jenuh nak jawab soalan yang mcm2.

    >>> sbb tu sy jawap balik dengan suruh dia berfikir dulu…. mesti ada jawapannya..

  18. pening gak yea kalo dapat soalan camtu…hehhe

    selamat posa kakjie 🙂

    >>> soklan tu tak keluar UPSR minggu depan 😮

  19. sahaja aku membatalkan puasa ku hari ini dalam bulan ramadhan…… kekekke…

    >>> korek hidung nak batalkan puasa pun kena berdoa..hehehehe..kadang² budak² yang difikirkan tak terjangkau akal kita.

  20. Kesian angah… moga cepat sembuh 😐

    >>> Dah bawa pergi klinik tadi
    dah suruh buka puasa pun..belikan roti dan 100plus.

Trackbacks

  1. negaraku.net says:

    Puasa dan anak-anak | Hidup Biar Sedap…

    ” Intan..awak puasa sebulan tak mati ke…tak makan sebulan?”…