Sebelum Balik Kampung, Isi Borang Notis Meninggalkan Kediaman

Bila balik kampung?  Balik mana? Suami Kak Jie balik tak?

Ini soalan wajib 3-4 hari ini.  Saling sapa dan menyapa.

Saya dan anak² beraya di sini , untuk tahun kedua berturut².  Suami tak balik beraya tahun ini. Suami tiada bersama , mestilah sedih tetapi bukanlah nak meratap mendayu² nyanyi lagu raya

♫… manusia miskin kaya semua bergembira ♪
♪ aku miskin hina berselubung duka… ♫


Tradisi kami menyambut raya. Berkumpul dan bertahlil juga tazkirah selepas solat sunat Aidilfitri.

Baca doa selamat, mohon kesejahteraan seisi keluarga.


Sesi bersalam-salaman dan bermaaf maafkan. Dalam satu bulatan mengikut hierarki keluarga.


Sesi bergambar juga termasuk dalam tentatif di pagi raya.  Anak saudara lelaki berbaju cokelat itu bakal jadi bapa orang tak lama lagi.  Yang lain²,  selagi belum ada pengumuman rasmi . still available.

Disebabkan suami tak balik beraya, saya tak sanggup nak balik kampung sambut raya bersama² keluarga yang lain.  Nanti menangis , sedih tengok keluarga lain cukup ahli sekeluarga.

Petang hari raya pertama baru saya bertolak balik ke kampung mertua di Sabak Bernam.  Tidur semalaman, esoknya saya balik ke Baling, Kedah bersama anak².  Untung juga Along dah ada lesen, boleh bergilir memandu.

Doakan segala perancangan dan perjalanan saya anak beranak dilindungi Allah ye kawan-kawan. Pertama kali akan memandu balik beraya ke Kedah tanpa suami. Kereta dah diservice, Pos Insurans Raya pun dah ambil, save semua nombor² penting seperti polis dan PLUS.

Kejap lagi nak isi borang notis meninggalkan kediaman dan hantar dalam kotak di Pondok Rukun Tetangga.  SRS ( Skim Rondaan Sukarela ) sediakan borang untuk diisi oleh penduduk kejiranan kami.

borang notis meninggalkan kediaman

Kepada kawan-kawan yang akan mula bercuti – hati-hati di jalanraya. Setelah berusaha dan merancang ( rehat yang cukup dan kenderaan yang disenggara baik ) , barulah tawakal dan berserah pada Allah.

 

Nota :
PLUSLine : 1800 88 0000
Toll Free GCE – 1 300 88 0035
Hotline GCE – 03 6038 5052

About Kujie

Pemilik tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang kerosakkan atau kehilangan yang dialami disebabkan oleh penggunaan maklumat di dalam laman ini. Jika anda memerlukan perkhidmatan nasihat yang khusus, sila dapatkan pakar bertauliah dan berpengetahuan di dalam bidang berkenaan.

Untuk biodata penuh boleh lihat di Biodata Kujie

Mereka Yang Berkongsi Rasa

  1. waa..siap ada borang notis lagi tu.. 😎

  2. Setiap kali tinggal rumah untuk jangka masa panjang saya akan buat laporan di balai polis berdekatan.

    Biasanya saya akan gambil gambar mengunakan telefon bimbit untuk barangan besar yang ditinggalkan seperti motorsikal dan barangan elektrik. Saya snap gambar no plate. chasis, no siri dan model. Gambar mangga pun diambil.

    Boleh diamalkan dengan menyebut “rumah telah dikunci” sebanyak 5 kali dengan memandang ke arah mangga sebelum bertolak supaya memastikan rumah ditinggalkan berkunci. Walaupun caranya agak gila itulah dipraktik oleh pekerja Jepun sebelum meninggalkan mesin dengan memastikan mesin telah di offkan dengan menyebutnya.

  3. selamat hari raya kak jie! hati2 memandu..
    Jom terjah post menarik dari Lan Bingka ..Hadiah Raya 2011My Profile

  4. BERHATI2 DIJALANRAYA 😆
    Jom terjah post menarik dari princessmia ..“Duit Raya RM1000 dari Blog Denaihati 2011”My Profile

  5. Maza taak perlu ehhh.. Dah ada personal insurance juta-juta he he… :mrgreen:
    Jom terjah post menarik dari Dulu Lain Sekarang Lain ..Cara Terbaru Buat Duit Dari NuffnangMy Profile

  6. Baguih tu bila dapat inform polis tentang ketiadaan kita semasa Hari raya biarpun tak de gerenti selamat 😀 At least kita berusaha dan tak sekadar bertawakal kosong jer kan? Manaa-mana jiran yg tak balik kampung tu pun perlu diberitahu, kot-kot boleh tengokkan rumah. Btw, Selamat Hari Raya Aidil Fitri Maaf Zahir Batinn.
    Jom terjah post menarik dari Dulu Lain Sekarang Lain ..Cara Terbaru Buat Duit Dari NuffnangMy Profile

  7. Selamat Hari Raya Kujie. Maaf segala silap salah selama perkenalan kita.
    Semoga segala perancangan berjalan lancar. Berhati-hati dalam perjalanan ya!
    Jom terjah post menarik dari Kak Long Mawar Merah ..Dari jauh berkirim salamMy Profile

  8. ramai orang yang balik raya lupa ataupun malas untuk isi notis tu…lepas tu bila dah hbis raya..tengok2 rumah dah kena pecah masuk..

  9. maza tak sempat beli insuran pos malaysi yg itwe… aduhai..

    tapi tak pe derrr.. mudah2an selamat.. ahaks..
    :mrgreen: :mrgreen: :mrgreen:

  10. gambar raya 2009 ,2010 pun ada tapi simpan untuk album jer he he he.
    Jom terjah post menarik dari ann ..Satu Ketika DahuluMy Profile

  11. tq selamat hari raya juga buat kak ina kl
    Jom terjah post menarik dari ann ..Satu Ketika DahuluMy Profile

  12. Selamat Hari Raya buat kamu sekeluarga.

  13. gambar taya tahun 2009, raya tahun 2010 suami kak jie juga tak balik Malaysia.

    ada banyak gambar raya dlm komputer ni ..sejak tahun 1998..ambek je 😆
    Jom terjah post menarik dari Kujie ..Dah Boleh Buat ICMy Profile

  14. UpProfits says:

    Uiks..kak kujie dh raya dulu yer..tu gmbr raya tahun lepas ek..anyway, Selamat Merdeka Raya Aidilfitri Kak Kujie.. 😀

  15. selamat hari raya maaf zahir batin pada kak kujie sekeluarga
    Jom terjah post menarik dari Juan ..My First Vlog – Book PreviewMy Profile

  16. Keluarga ramai best ..aku hanya 3 beradik..kakak lak 2 tahun sekali balik..huhhu
    Jom terjah post menarik dari Hanif ..Top Five Regrets – Lima Penyesalan Dalam HidupMy Profile

  17. Selamat Hari Raya Aidilfitri buat Kak Jie.. Maaf zahir dan batin.. :mrgreen:
    Jom terjah post menarik dari Nur ..Selamat Hari Raya AidilfitriMy Profile

  18. Pacifista - X says:

    wah,bagusnya ada SRS tu.kat kawasan rumah saya takde pulak.hmm… 😉
    Jom terjah post menarik dari Pacifista – X ..Selamat Hari Raya, Semua!My Profile

Trackbacks

  1. […] tahun lepas, sebelum balik kampung, saya Isi Borang Notis Meninggalkan Kediaman.  Ini adalah salah satu perkara yang perlu dirancang sebelum pulang bercuti ke kampung sempena […]